Melur Untuk Firdaus ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia arahan Zamri Zakaria dengan skrip oleh Wan Mahani Wan Hassan. Dibintangi oleh barisan pelakon ensembel yang diterajui oleh Anna Jobling dan Meerqeen, siri ini merupakan adaptasi dari novel 2019, My Rude Wife karya Cik Nor Cinta.[1][2]Musim pertama drama ini memulakan tayangan di Slot LestaryTV3 bermula 27 Mei 2022 sehingga 15 Julai 2022 menggantikan Do You Love Me Captain.[3][4][5]Musim keduanya memulakan tayangan perdananya di Slot Akasia TV3 dari 16 Mac 2023 sehingga 21 April 2023 menggantikan Ku Akad Kau Dengan Bismillah.[6][7][8] Ia juga boleh didapati melalui penstriman dalam talian di Disney+ Hotstar. Drama ini kembali ditayangkan di Mediacorp Suria pada tahun 2024.
Ibu bapa Firdaus Iskandar mahu dia berkahwin dengan Melur. Bagaimanapun, dia menentang perkahwinan itu kerana dia sudah mempunyai teman wanita bernama Dee. Ibu bapanya kemudian memberinya masa 48 jam untuk mendapatkan Dee mengahwininya. Bagaimanapun, Dee belum bersedia untuk terikat. Melur sebenarnya mempunyai perasaan terhadap Firdaus dan sedih apabila mengetahui Firdaus tidak merasakan perkara yang sama. Namun dia sedaya upaya untuk memikat hatinya malah meletakkan 7 syarat yang perlu Firdaus patuhi agar Melur tidak mengganggu hubungannya dengan Dee.
Perhubungan Melur dan Firdaus terus diuji dengan pelbagai rintangan. Namun, mereka nekad untuk mengukuhkan lagi hubungan mereka. Kemunculan Mawar menggoyahkan lagi rumah tangga mereka.
Mawar merupakan anak tunggal kepada Tuan Idrus, pemilik Idrus Platinum Sdn Bhd. Mawar terjatuh cinta pandang pertama pada Firdaus dan sentiasa cari peluang berduan dengan Firdaus.
Drama ini telah mencetuskan fenomena di Malaysia dan Asia Tenggara setelah ditayangkan di TV3 apabila ia mencatatkan 11 juta penonton sehingga episod akhir pada 15 Julai 2022 dan mencapai 823 juta interaksi dalam media sosial sepanjang tayangan, berdasarkan sumber penarafan Nielsen 2022 bagi tempoh Mei hingga Julai 2022.[12]