Kerana Cinta Itu Ada ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2022 arahan Azri Izhar, dibintangi oleh Aedy Ashraf, Nabila Razali, Puteri Sarah Liyana dan Alvin Chong. Siri ini memulakan tayangan perdana di Slot Akasia, TV3 bermula 28 Disember 2022[1] menggantikan Terima Kasih Cinta.
Sinopsis
Mengisahkan tentang seorang gadis bernama Nabila Aulia, graduan lulusan pengurusan perniagaan yang kini mengusahakan resort keluarganya.
Ketika bekerja di situ, Nabila Aulia (ataupun lebih mesra dipanggil, Bella) telah bertemu dengan Tengku Aisy Mateen, yang merupakan anak pemilik hotel terkemuka di Kuala Lumpur. Selepas beberapa pertemuan romantis yang tidak dijangka, membuatkan mereka berdua jatuh cinta.
Pada Bella, Aisy merupakan lelaki paling hebat yang pernah hadir dalam hidupnya. Manakala bagi Aisy, Nabila bukan hanya seorang gadis biasa tapi bidadari yang Allah kirimkan dari syurga. Villa Paksina menjadi saksi kisah cinta mereka.
Namun hubungan percintaan ini putus di tengah jalan dek kerana fitnah oleh kawan baik Bella sendiri, Dahlia Rizwani yang semenjak dahulu sentiasa menyimpan rasa cemburu dan sakit hati pada kawan baiknya.
Bella membawa diri bertahun-tahun lamanya dan Aisy tetap setia menanti. Hatinya yang terluka buatkan Bella membenci Tengku Aisy tanpa tahu antara dia dan Aisy masih terikat dalam hubungan suami isteri.
Dapatkah hubungan cinta mereka kembali terjalin atau terpaksa mengambil keputusan untuk melepaskan?
Pelakon
Rujukan
|
---|
|
1980-an | |
---|
1990-an | |
---|
2000-an | |
---|
2010-an | |
---|
2020-an | |
---|
1Slot yang ditamatkan. |
Alaman