Bubur (Jawi: بوبورcode: ms is deprecated ) merupakan sejenis masakan daripada rebusan bijirin seperti beras atau oat dengan banyak cecair seperti air, susu atau santan. Bubur boleh dimakan manis dengan gula, madu atau buah-buahan mahupun berlauk. Pada kebiasaannya bubur adalah cair. Terdapat pelbagai jenis bubur, yang biasanya dinamakan menurut bahan yang digunakan bagi menghasilkan bubur tersebut.