Juara Lagu1993 ialah pertandingan yang membariskan lagu-lagu Melayu untuk dinobatkan sebagai "Juara Lagu" bagi tahun 1993. Malam pertandingan ini telah diadakan di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur pada 19 Disember 1993 dan diacarakan oleh Azwan Ali, Fauziah Ahmad Daud dan Aznil Nawawi. Format kategori bagi tahun ini telah ditukar iaitu daripada Pop Kreatif dan Rock kepada Balada dan Pop Rock.
Lagu Tema AJL VOL II diguna pakai pada edisi kali ini dan video montaj lebih progressif menampilkan 3 jenis kategori yang dipertandingkan didalam AJL.
Buat kali kedua berturut-turut, kategori Balada memenangi Juara Lagu.
Hanya 2 kumpulan rock dapat sertai pentas akhir AJL kali ini, tetapi kedua-dua kumpulan tersebut bertanding dalam kategori berbeza, iaitu Kumpulan Spring dalam kategori Balada & Kumpulan Ilusi dalam kategori Irama Malaysia.
AJL kali ini juga memperkenalkan kembali kategori persembahan terbaik, cuma diubah format 1-2-3 kepada hanya 1 juara persembahan terbaik.
Edisi ini merupakan kejayaan pertama Adnan Abu Hassan dalam AJL dengan memenangi Kategori Pop Rock.
Edisi ini juga menampilkan pertama kali lagu berunsur Tribute layak masuk ke pentas akhir AJL, dengan lagu "DIR" nyanyian Rahim Maarof ditujukan kepada Allahyarham Sudirman Haji Arshad yang meninggal dunia pada 22 Februari 1992.
Aishah menjadi penyanyi jemputan menyampaikan beberapa lagu popular beliau.
Juri profesional AJL 8 terdiri daripada Mike Bernie, Ali Bakar, Yusni Hamid, Dr Ariff Ahmad, Zubir Ali, Khairil Johari Johar, Johan Abdullah, Manan Ngah, Ahmad Nawab (Ketua Juri) dan Selvathy (Juruaudit TV3)
Purnama Booty merupakan selaku pengarah muzik bagi band yang mengiringi setiap persembahan solo bagi Edisi kali ini.