Akademi Fantasia atau AF merupakan satu rancangan pencarian bakat menerusi program realiti TV yang disiarkan di Malaysia sejak tahun 2003 yang menggunakan 100% undian penonton secara SMS. Impak daripada rancangan ini ialah menerusi pembekalan bakat-bakat baru yang diperlukan untuk merancakkan industri muzik dengan mengambil kriteria keperluan pasaran. Pemenang AF biasanya mempunyai ciri-ciri khas untuk popular di samping mempunyai kualiti hasil daripada pembelajaran di akademi.
Pertandingan Anugerah Juara Lagu atau AJL pula merupakan satu platform untuk penulis lagu di Malaysia mempersembahankan karya mereka untuk diadili juri profesional. Sejak 2004, kehadiran bekas pelajar AF mula mendapat tempat di dalam industri hingga menjadikan mereka sebagai artis pelapis yang meneruskan tradisi di anugerah berprestij seperti AJL. Penyertaan bekas pelajar AF yang telah bergelar artis berjaya memeriahkan pertandingan baik sebagai penyanyi atau penulis lagu.
Berikut adalah senarai alumni AF yang pernah terpilih untuk bertanding di AJL.
Finalis AJL
|
Separuh Akhir
|
Senarai penyertaan alumni
Penerangan
- ↑Nota 1 AJL merupakan pertandingan lagu, tetapi aspek persembahan diambil kira. Terdapat beberapa kes di mana penyanyi asal tidak dapat membuat persembahan dan terpaksa menggunakan penyanyi gantian yang mana mereka layak untuk bertanding bagi kategori vokal dan persembahan. Selain daripada penggantian sesama rakan AF, beberapa artis dari AF juga pernah menggantikan penyanyi asal bukan keluaran AF. Mereka ialah;-
- ↑Nota 2 Walaupun "Tangisan Dalam Kerinduan" gagal mara ke peringkat akhir, tetapi lagu itu memenangi Lagu Popular Pilihan Penonton ketika peringkat separuh akhir menerusi undian SMS.
- ↑Nota 3 Penyanyi veteran Rosiah Chik telah meninggal dunia dua bulan sebelum pertandingan separuh akhir. Penyanyi Aspalela Abdullah dipilih untuk berduet bersama Bob Yusrizan untuk lagu "Hantaran Hati".
- ↑Nota 4 Kaer Azami tidak dapat membuat persembahan untuk lagu "Izinku Pergi" kerana menyambung pelajaran di Indonesia. Tempatnya diganti oleh Sahri, dari AF1.
- ↑Nota 5 Mawi tidak dapat membuat persembahan untuk lagu "Doa & Lagu" bersama Heliza Helmi kerana sibuk dengan persiapan perkahwinan. Tempatnya diganti oleh Zahid Baharuddin dari AF2.
- ↑Nota 6 Atas masalah kontrak, Hazama Azmi tidak dapat membuat persembahan untuk lagu "Pokok" bersama Meet Uncle Hussain biarpun dalam masa sama bertanding menerusi lagunya yang lain. Tempatnya diganti oleh Nubhan Ahamad dari AF6.
- ↑Nota 7 Lagu "Ombak Rindu" memenangi Anugerah Mobile Celcom, tajaan Celcom
- ↑Nota 8 Lagu "Bahagiaku, Deritamu" memenangi Anugerah Mobile Celcom, tajaan Celcom
- ↑Nota 9 Shahir Zawawi tidak dapat membuat persembahan untuk lagu "Dia Yang Kau Pilih" di peringkat separuh akhir. Tempatnya diganti oleh Faizul Sany dari AF10.
Fakta Penyertaan
- Kemenangan terbanyaki
- Penyertaan Terbanyak1
- ↑Nota i Hanya kemenangan dan penyertaan ke peringkat akhir sebagai pencipta lagu dan penyanyi asal sahaja dikira. Jumlah kemenangan pula dikira mengikut jumlah piala yang diterima. Misalnya, setiap artis boleh menang 3 piala bagi setiap satu 1 lagu kemenangan kerana peranan sebagai artis, pencipta lagu dan penulis lirik.
- ↑Nota ii Jumlah kemenangan Hafiz Suip adalah tidak termasuk dua lagi piala untuk Anugerah Mobile Celcom (anugerah penajaan).
- ↑Nota iii Biarpun memenangi AJL 22 dengan sebuah lagu sahaja, tetapi Rich L. Gimbang mengumpul 6 buah piala di atas peranannya setiap satu sebagai artis, pencipta lagu dan penulis lirik untuk dua kemenangannya dalam peringkat kategori dan juara keseluruhan.
- ↑Nota iv Jumlah kemenangan dan penyertaan Aizat Amdan adalah tidak termasuk peranan beliau sebagai penyanyi gantian kepada Yuna Zarai yang memenangi anugerah utama pada AJL27 dengan lagu "Terukir Di Bintang"