Akademi Fantasia atau lebih dikenali sebagai (AF) adalah sebuah rancangan televisyen realiti pertama di Malaysia yang memberi peluang kepada pesertanya untuk bersaing dan merebut gelaran juara dalam usaha menempatkan diri dalam jenama malaysia.[1]
Rancangan ini juga menyediakan tempat belajar yang menggabungkan konsep hiburan dan akademik bagi memudahkan pesertanya menyesuaikan diri. Ia juga dirangka khas menyemai nilai-nilai murni serta memberikan inspirasi dengan memupuk sikap keterbukaan, kebanggaan, keazaman dan melangkaui diri sendiri.
Bagaimanapun rancangan Akademi Fantasia sudah diberhentikan sejak tahun 2016 dan digantikan dengan Big Stage. Rancangan televisyen ini telah merekodkan sebanyak 13 musim bersiaran.
Lagu tema bagi Akademi Fantasia (AF1-AF9) iaitu "Menuju Puncak" telah dicipta oleh Aubrey Suwito dan nyanyian adik perempuan kepada komposer sendiri iaitu Juwita Suwito. Namun, lagu "Menuju Puncak" telah diberi nafas baru pada tahun 2013 untuk Akademi Fantasia 2013. Lagu "Menuju Puncak 2013" yang baru telah dinyanyikan oleh Stacy (Juara AF6), Adira (Naib Juara AF8) dan Zahid (Juara AF2). Lagu Menuju Puncak versi yang baru ditambah dengan elemen rap (nyanyian Zahid) dan temponya dirancakkan
menepati muzik pada masa sekarang. Kini Kembali Menuju Puncak Pada tahun 2024 Penyanyi Dari Indonesia Aubrey Suwito Juga Juara Akademi Fantasia 2016 Amir Masdi
Logo
Logo Akademi Fantasia yang terdiri dari simbol huruf A besar dengan sejumlah lingkaran miring warna putih di dalamnya serta lingkaran miring besar warna jingga dan garis tebal warna hitam serta tulisan Akademi di atas Fantasia di bawah dengan kapital. Logo ini ialah adaptasi rancangan televisyen berasal dari Meksiko yang ditayangkan oleh TV Azteca, "La Academia".
Empat tahun kemudian logo Akademi Fantasia diubah menjadi lingkaran miring warna merah dan garis lebih tebal warna putih serta tulisan Akademi di atas dan Fantasia dibawah dengan kapital warna putih.
Satu tahun kemudian, logo Akademi Fantasia diubah lagi menjadi desain kristal yang terdiri dari huruf A besar warna putih dengan sejumlah lingkaran di bawahnya serta lingkaran miring besar warna merah dan garis tebal warna emas serta tulisan AKADEMI di atas dan FANTASIA di bawah menggunakan huruf besar.
Empat tahun kemudian, logo Akademi Fantasia kembali dipakai hanya menggunakan segitiga digayakan singkatan AF dengan format baru lebih segar dan mudah dilihat memiliki warna merah, jingga, magenta dan ungu.
Slogan
"Satu Harapan, Satu Tujuan, Satu Destinasi, Mengubah Impian Jadi Realiti" (2003-2011)
"Serlahkan Bakat Superstar Dalam Diri Anda" (2008 Versi Iklan)
"Transformasi Sudah Bermula / Satu Transformasi Akan Berlaku" (2009 Versi Iklan)
"Realitinya Disini, Inilah AF!" (2013-2016)
Segalanya Sudah Baharu Kini Era Baharu Generasi (2024-Kini)
Musim
Musim pertama mula disiarkan pada Jun 2003 dan menjadi salah satu daripada rancangan yang mencatat rating paling tinggi ditonton di Astro Ria.
Pada 13 Januari 2011, Astro pernah mengumumkan bahawa musim kesembilan merupakan musim terakhir bagi Akademi Fantasia. Akademi Fantasia telah berhenti bersiaran selama lebih dari setahun. Walau bagaimanapun, pada Mei 2013, pihak Astro telah mengumumkan bahawa Akademi Fantasia akan kembali untuk musim kesepuluh. Akadami Fantasia kembali pada 2013 dengan format baru untuk mengikut faktor terkini dan semasa. Selain itu, Akademi Fantasia 2013 adalah serba baru dan tidak pernah dibuat dalam mana-mana musim AF sebelum ini.
Satu sidang media untuk Majlis Pelancaran Akademi Fantasia 2013 telah diadakan oleh Astro di The Avenue, Pavilion, KL pada 23 Mei 2013 yang dihadiri oleh rakan media hiburan dan artis kelahiran Akademi Fantasia seperti Hafiz, Zahid, Stacy, Mawi, Adira, Akim dan Hazama. Pada sidang media tersebut, pihak Astro telah mendedahkan konsep dan perubahan besar dalam Akademi Fantasia 2013 seperti logo AF, lagu Menuju Puncak versi baru dan tarikh bagi ujibakat AF2013. Untuk musim ini, calon peserta juga boleh memilih untuk samada menyertai program ini secara solo atau berduet. Selain itu, calon peserta juga masih boleh memilih untuk menghantarkan klip video penyertaan secara online di laman sesawang www.akademifantasia.com.my.
Rancangan Akademi Fantasia kali ini lebih dikenali sebagai "Akademi Fantasia 2013" (AF2013) dan disiarkan di saluran (SD) iaitu Astro Ria dan saluran (HD) iaitu Astro MAYA HD pada September 2013.
Musim kesebelas pada tahun 2014 menggunakan format asal yang digunakan sebelum Astro mengumumkan yang musim kesembilan adalah musim yang terakhir. Ia berjaya meraih kembali sokongan dan kepercayaan penonton dengan tontonan konsert akhir mencecah 2.5 juta penonton.
Cogankata:Satu harapan, satu tujuan, satu destinasi. Mengubah impian menjadi realiti.
Untuk tahun 2014, cogankatanya bertukar kepada REALITINYA DI SINI, INILAH AKADEMI FANTASIA.
Pada tahun 2015 pula, Astro Ria mula menyiarkan saluran HD sendiri pada 29 Mei. Jadi, musim keduabelas Akademi Fantasia akan disiarkan secara serentak menerusi saluran HD dan SD yang menggunakan nama Astro Ria.
Tahun 2024 Slogan Baharu
Segalanya Sudah Baharu Kini Era Baharu Generasi'
Ringkasan Musim
Sebanyak 14 musim disiarkan dengan butiran berikut:-
Pengacara: Datuk Aznil Hj Nawawi Juri Tetap: Dato' Rmli M.S & Datuk Syafinaz Selamat
Bil. Episod: 8 Bil. Pelajar: 24
Senarai Pelajar AF MEGASTAR:
Pelajar AF
Keputusan
Catatan
Idayu
Juara (RM100,000) & Trofi
Tersingkir Minggu ke-4 AF3
Marsha
Naib Juara (RM10,000) & Trofi
Pemenang Tempat Keempat AF3
Syamel
Tempat ke-3 (RM3,000) & Trofi
Naib Juara AF2015
Bob
Tempat ke-4 (Trofi)
Pemenang Tempat Keempat AF2
Shahir
Tempat ke-5 (Trofi)
Juara AF8
Amir J
Tersingkir minggu ke-7 (15 Oktober 2017)
Tersingir Minggu Ke-3 AF9
Amir
Juara AF2016
Indah
Tersingkir minggu ke-6 (8 Oktober 2017)
Pemenang Tempat Keempat AF2013
Sufi
Tersingkir minggu ke-5 (1 Oktober 2017)
Juara AF2015
Ewal
Tersingkir minggu ke-4 (24 September 2017)
Pemenang Tempat Ketiga AF2014
Adira
Tersingkir minggu ke-3 (17 September 2017)
Naib Juara AF8
Azhar
Naib Juara AF2013
Aril
Tersingkir minggu ke-2 (Homecoming 10 September 2017)
Naib Juara AF7
Nubhan
Pemenang Tempat Ketiga AF6
Faizal
Juara AF4
Rosma
Tersingkir Minggu Ke-6 AF1
Faizul
Juara AF2013
Amylea
Pemenang Tempat Ketiga AF3
Anding
Tersingkir Minggu Ke-5 AF2
Zahid
Tersingkir minggu ke-1 (Homecoming 3 September 2017)
Juara AF2
Firman
Juara AF2014
Ara
Pemenang Tempat Keempat AF2016
Adam
Pemenang Tempat Ketiga AF2
Mila
Juara AF5
Diskografi
Album Kompilasi Artis AF
Setiap musim Astro menerbitkan album kompilasi yang memuatkan lagu-lagu nyanyian peserta AF. Dengan penghasilan lagu-lagu baru untuk konsert akhir, maka tradisi ini diteruskan hingga musim terbaru dengan penambahan lagu bonus untuk pelajar yang gagal mara ke peringkat akhir.
AF7 tidak menerbitkan album kompilasi khas memandangkan kesemua lagu-lagu baru finalis dimuatkan sebagai lagu-lagu bonus ke dalam album solo Hafiz Suip yang berjudul Masih Jelas. Manakala untuk AF4, AF5, AF6, AF2016 pula pihak Astro tidak menerbitkan sebarang album kompilasi.
Stacy merupakan juara AF terakhir yang sempat merakamkan album studio bersama Maestro Records sebelum syarikat tersebut ditutup secara rasminya pada 31 Mac 2009. Bermula 1 April 2009, Astro Entertainment Sdn Bhd (AESB) telah mengambil alih untuk menguruskan artis-artis Akademi Fantasia dan artis lain yang berada di naungan pihak Maestro sebelum ini.[2]
Menerbitkan sebuah lagu single untuk setiap finalis dan pelajar adalah satu inisiatif yang dibuat oleh Astro untuk membantu bekas-bekas pelajar AF meraih perhatian di dalam industri muzik. Format pertandingan memerlukan setiap finalis yang beraksi di konsert akhir untuk menyanyikan sebuah lagu baru secara live. Untuk itu, produksi membuat kerjasama dengan komposer-komposer baru dan lama dari Malaysia untuk menghasilkan lagu yang sesuai dengan peserta. Proses ini mendapat kerjasama dan perhatian pihak fakulti AF yang dilantik untuk mengajar pelajar-pelajar AF.
Berikut adalah senarai lagu daripada finalis Akademi Fantasia yang pernah dipersembahkan secara langsung di konsert akhir AF.
Peserta termuda - Stacy (AF6) (berusia jelang 3 bulan sebelum berusia 18 tahun)
Peserta tertua - Rina (AF6) (berusia 44 tahun)
32 orang peserta menyertai pertandingan ketika berusia 21 tahun.
Finalis teramai - AF 2 dan AF 2013 (6 finalis, dimana AF 2013 mempunyai penyertaan 5 individu dan sepasang duo)
Peratusan undian tertinggi - Azwan (AF2014) sebanyak 72% pada minggu ke-8.
Jumlah undian terbanyak diterima - Mawi (AF3)
Jumlah undian kumulatif terbanyak - AF 2
Johor Bahru dan Kota Kinabalu merupakan bandaraya dengan wakil penyertaan teramai iaitu masing-masing sebanyak 14 penyertaan. Namun jika diambil kira kawasan Lembah Klang sebagai konurbasi, gabungan penyertaan adalah sebanyak 51 dengan 30 daripadanya dari Kuala Lumpur dan 21 dari Selangor.
Kuala Lumpur merupakan negeri dengan penyertaaan teramai iaitu sebanyak 34 penyertaan menerusi 32 peserta, diikuti Sabah dengan 33 penyertaan menerusi 29 peserta.
Senarai penyertaan alumni Akademi Fantasia di Anugerah Juara Lagu
Akademi Fantasia atau AF merupakan satu rancangan pencarian bakat menerusi program realiti TV yang disiarkan di Malaysia sejak tahun 2003 yang menggunakan 100% undian penonton secara SMS. Impak daripada rancangan ini ialah menerusi pembekalan bakat-bakat baru yang diperlukan untuk merancakkan industri muzik dengan mengambil kriteria keperluan pasaran. Pemenang AF biasanya mempunyai ciri-ciri khas untuk popular di samping mempunyai kualiti hasil daripada pembelajaran di akademi.
Pertandingan Anugerah Juara Lagu atau AJL pula merupakan satu platform untuk penulis lagu di Malaysia mempersembahankan karya mereka untuk diadili juri profesional. Sejak 2004, kehadiran bekas pelajar AF mula mendapat tempat di dalam industri hingga menjadikan mereka sebagai artis pelapis yang meneruskan tradisi di anugerah berprestij seperti AJL. Penyertaan bekas pelajar AF yang telah bergelar artis berjaya memeriahkan pertandingan baik sebagai penyanyi atau penulis lagu.
Berikut adalah senarai alumni AF yang pernah terpilih untuk bertanding di AJL.
↑Nota 1 AJL merupakan pertandingan lagu, tetapi aspek persembahan diambil kira. Terdapat beberapa kes di mana penyanyi asal tidak dapat membuat persembahan dan terpaksa menggunakan penyanyi gantian yang mana mereka layak untuk bertanding bagi kategori vokal dan persembahan. Selain daripada penggantian sesama rakan AF, beberapa artis dari AF juga pernah menggantikan penyanyi asal bukan keluaran AF. Mereka ialah;-
↑Nota 2 Walaupun "Tangisan Dalam Kerinduan" gagal mara ke peringkat akhir, tetapi lagu itu memenangi Lagu Popular Pilihan Penonton ketika peringkat separuh akhir menerusi undian SMS.
↑Nota 3 Penyanyi veteran Rosiah Chik telah meninggal dunia dua bulan sebelum pertandingan separuh akhir. Penyanyi Aspalela Abdullah dipilih untuk berduet bersama Bob Yusrizan untuk lagu "Hantaran Hati".
↑Nota 4Kaer Azami tidak dapat membuat persembahan untuk lagu "Izinku Pergi" kerana menyambung pelajaran di Indonesia. Tempatnya diganti oleh Sahri, dari AF1.
↑Nota 5Mawi tidak dapat membuat persembahan untuk lagu "Doa & Lagu" bersama Heliza Helmi kerana sibuk dengan persiapan perkahwinan. Tempatnya diganti oleh Zahid Baharuddin dari AF2.
↑Nota 6 Atas masalah kontrak, Hazama Azmi tidak dapat membuat persembahan untuk lagu "Pokok" bersama Meet Uncle Hussain biarpun dalam masa sama bertanding menerusi lagunya yang lain. Tempatnya diganti oleh Nubhan Ahamad dari AF6.
↑Nota 7 Lagu "Ombak Rindu" memenangi Anugerah Mobile Celcom, tajaan Celcom
↑Nota 8 Lagu "Bahagiaku, Deritamu" memenangi Anugerah Mobile Celcom, tajaan Celcom
↑Nota 9Shahir Zawawi tidak dapat membuat persembahan untuk lagu "Dia Yang Kau Pilih" di peringkat separuh akhir. Tempatnya diganti oleh Faizul Sany dari AF10.
↑Nota i Hanya kemenangan dan penyertaan ke peringkat akhir sebagai pencipta lagu dan penyanyi asal sahaja dikira. Jumlah kemenangan pula dikira mengikut jumlah piala yang diterima. Misalnya, setiap artis boleh menang 3 piala bagi setiap satu 1 lagu kemenangan kerana peranan sebagai artis, pencipta lagu dan penulis lirik.
↑Nota ii Jumlah kemenangan Hafiz Suip adalah tidak termasuk dua lagi piala untuk Anugerah Mobile Celcom (anugerah penajaan).
↑Nota iii Biarpun memenangi AJL 22 dengan sebuah lagu sahaja, tetapi Rich L. Gimbang mengumpul 6 buah piala di atas peranannya setiap satu sebagai artis, pencipta lagu dan penulis lirik untuk dua kemenangannya dalam peringkat kategori dan juara keseluruhan.
↑Nota iv Jumlah kemenangan dan penyertaan Aizat Amdan adalah tidak termasuk peranan beliau sebagai penyanyi gantian kepada Yuna Zarai yang memenangi anugerah utama pada AJL27 dengan lagu "Terukir Di Bintang"
Program ini juga berjaya melahirkan penyanyi terbaik negara seperti Hafiz, Syamel, Aizat Amdan, Akim Ahmad, Qhirzansha, dan penyanyi popular seperti seperti Stacy dan Adam. Kini, Akademi Fantasia telah pun diiktiraf sebagai 'Rancangan Nyanyian Paling Lama Disiarkan' di Malaysia dan kejayaan ini telah dicatatkan dalam Malaysian Books of Records.
Setiap musim Akademi Fantasia terdapat 10 konsert minggu akhir (kecuali Akademi Fantasia Musim 1 iaitu hanya terdapat 9 konsert dan Akademi Fantasia 2016 hanya terdapat 8 minggu konsert) dan bermula dengan 12-16 peserta yang dipanggil pelajar. Walau bagaimanapun, pada Musim 3 dan Musim 4, konsert prelude telah diadakan bagi menentukan pelajar yang berkelayakan. Setelah pelajar-pelajar siap dipilih, mereka akan mendiami di sebuah rumah yang dipanggil Akademi. Para pelajar akan menghabiskan sepenuh masa mereka dengan berlatih menyanyikan lagu tugasan, berlakon, dan menari, dan juga aktiviti lain yang berkaitan dengan seni persembahan selama 10 minggu di dalam Akademi. Kelas-kelas tersebut akan dikendalikan oleh tenaga pengajar yang bertauliah (yang dipanggil 'cikgu'), yang mana mereka sememangnya telah diiktiraf menerusi kareer mereka dalam industri hiburan. Diari Akademi Fantasia bersiaran pada setiap hari yang memaparkan aktiviti pelajar di akademi. Akademi ini akan diketuai oleh seorang pengetua, yang bersilih-ganti setiap tahun. Walaupun demikian, pada Akademi Fantasia Musim 6, akademi ini diketuai oleh Ramli M.S., yang pernah menjadi pengetua Akademi Fantasia Musim 2.
Sistem penjurian ditentukan sepenuhnya oleh penonton melalui undian SMS dan undian dekoder Astro (pelanggan Astro perlu menyambungkan dekoder mereka dengan sambungan wayar telefon untuk menghantar undian). Pelajar yang menerima undian terendah akan disingkirkan selepas tamat konsert atau selepas pengumuman undian ditutup. Meskipun begitu, terdapat kejutan luar biasa ke atas penyingkiran pelajar yang melibatkan dua pelajar dan tiga pelajar sekaligus, atau tiada penyingkiran dibuat mengikut keputusan krew penerbitan. Bagi Akademi Fantasia Musim 6, pengkritik tetap terkini termasuk penyanyi, pelakon, dan pengacara Fauziah Ahmad Daud dan penyanyi Ning Baizura. Pengkritik dan kakitangan sebelumnya termasuk kakitangan stesen radio nombor satu Malaysia Era FM iaitu Kudsia Kahar, pelakon Adlin Aman Ramlie, penyanyi rock-ballad Hattan, dan juga model terkenal dan penyanyi Fauziah Latiff. Aznil Nawawi, yang pernah mengacarakan rancangan ini bagi 5 musim sebelumnya, menarik diri sebagai pengacara TV ketika penghujung rancangan Musim 5 atas sebab konflik jadual kerja. Beliau digantikan oleh AC Mizal, pelakon sensasi dan pengacara.
Rancangan ini melakar sejarah pada Musim 5 yang menyaksikan Norsyarmilla Jirin diberikan takhta sebagai juara wanita pertama, memecah dominasi juara lelaki pada empat musim sebelumnya. Namun demikian, ia kemudian disusuli menerusi kejuaraan juara wanita kedua iaitu Stracie Angie Anam pada Musim 6.
Kontroversi
Utama
Kontroversi utama semasa musim Akademi Fantasia tentang sistem penjurian yang berdasarkan SMS dan undian dekoder Astro. Sistem penjurian mendapat kritikan hebat yang mana pengundi hanya mengundi pelajar kegemaran masing-masing berdasarkan rupa paras dan personaliti berbanding bakat pelajar.
Semasa Piala Dunia berlangsung
Sewaktu demam Piala Dunia melanda seluruh dunia, rancangan ini semakin dilupakan, apatah lagi rating penonton AF4 dan pengundi-pengundinya jatuh merundum kesan daripada Piala Dunia 2006 yang berlangsung di Jerman, yang mana sesetengah perlawanan berlangsung bermula jam 9.00 malam waktu Malaysia. Bagaimanapun, perkara tersebut tidak akan berulang apabila AF8 pada tahun 2010 akan bermula Mac dan berakhir pada bulan Mei tahun 2010 bagi membolehkan peminat bola sepak mengikuti kesemua perlawanan Piala Dunia 2010 secara langsung bermula 11 Jun hingga 11 Julai tahun yang sama.
Sepanjang kewujudan rancangan ini, hanya sekali saja program ini bertembung dengan Piala Dunia iaitu pada 2006, berbanding dengan rancangan realiti Mentor (TV3) dan Akademi al-Quran (TV9) yang masing-masing sudah dua kali bertembung dengan kejohanan bola sepak terpenting di dunia itu, iaitu pada 2006 dan 2010.
Statistik Pelajar Akademi Fantasia
Juara yang paling tua: Vincent Chong Yi-Cern (Musim 1), Ahmad Zahid Baharuddin (Musim 2), & Asmawi Ani (Musim 3) , kesemuanya 23 tahun
Juara yang paling muda: Stracie Angie Anam (Musim 6), 18 tahun
Juara yang paling tinggi: Vincent Chong Yi-Cern (Musim 1), 6'0" (180 cm)
Juara yang paling rendah: Norsyarmilla Jirin (Musim 5), 4'8.6" (148 cm)
Juara yang paling berat: Ahmad Zahid Baharuddin (Musim 2), 172 lb (78 kg)
Juara yang paling ringan: Norsyarmilla Jirin (Musim 5), 88 lb (40 kg)
Undian tertinggi secara berturut-turut: Asmawi Ani (Musim 3)
Undian tertinggi yang diperoleh: Asmawi Ani (Musim 3)
Peratusan tertinggi yang diperoleh: Mohd Azwan Satar - 72% (Musim 11)
Tidak menduduki kedudukan dua tercorot: Ahmad Zahid Baharuddin (Musim 2), Asmawi Ani (Musim 3), Mohammad Faizal Ramly (Musim 4), Stracie Angie Anam (Musim 6), Mohd Hafiz Suip (Musim 7), Siti Adira Suhaimi (Musim 8), Mohd Firman Bansir (Musim 11), Mohammad Razman Abdul Aziz (Musim 11), & Amir Syazwan Masdi(Amir) (Musim 13)
Semua pelajar
Jumlah pelajar: 121
Pelajar yang paling tua: Hairina Abdul Halim (Musim 6), 44 tahun
Pelajar yang paling muda: Nur Azilah Seeron (Musim 4) 17 tahun 6 bulan
Negeri yang sering diwakili: Sabah, 22 pelajar
Pelajar yang paling tinggi: Mohd Farha Jasmen (Musim 5), 6'0.4" (184 cm)
Pelajar yang paling rendah: Norsyarmilla Jirin (Musim 5), 4'8.6" (148 cm)
Pelajar yang paling berat: Yusrizan Usop (Musim 2), 205 lb (93 kg), Bila (Musim 12) (120kg)
Pelajar yang paling ringan: Nurullah Abdul Hamid (Musim 2), 82 lb (37 kg)
Pelajar yang paling kacak: Amir (Musim 13)
Pelajar yang paling cemerlang setiap minggu: Reshma (Musim 13) 3 kali
Pelajar yang suara mirip Sudirman dan R. Azmi: Amal (Musim 13)
Pelajar yang digelar paling nakal, gila-gila dan colourful: Muhammad Shahrul Amin Kamarozaman(Sharul) (Musim 12),
Undian terendah yang diperoleh dalam kedudukan 2 tercorot: Mohd Shawal Ruslan (Musim 5), 3 kali
Menduduki kedudukan dua tercorot secara berturut-turut: Mohd Shawal Ruslan (Musim 5), 3 kali
Undian tertinggi secara berturut-turut: Asmawi Ani (Musim 3)
Undian tertinggi yang diperoleh: Asmawi Ani (Musim 3)
Tidak menduduki kedudukan dua tercorot: Mohammad Khairul Nizam Mohammad Wahi & Ahmad Azizi Mohamed (Musim 1), Ahmad Zahid Baharuddin (Musim 2), Asmawi Ani & Felix Agus (Musim 3), Mohammad Faizal Ramly & Nur Farhan Azizan (Musim 4), Muhammad Nur Aswad Jafar & Candra Clement (Musim 5), Stracie Angie Anam, Mohammad Idris Mohd. Zazizi & Ahmad Nubhan bin Ahmad (Musim 6), Siti Adira Suhaimi (Musim 8)
Pelajar yang disingkirkan secara berpasangan: Syaiful Reza Mohamed & Amylia Mohd Azlan, Mohamed Zulkefli Mohd Idir & Mohd Yazer Yusof, (Musim 3) Lutfyah Sheikh Omar & Muhammad Shauqi Naaim Salmi, (Musim 6) Ahmad Sobri Hasmuni & Zuzafrini Zulkifli, Nur Fazelah @ Zizie & Rubisa Tiasin, Siti Aishah & Claudia Fay (Musim 7) [nama pertama adalah pelajar dengan undian terendah]
Pelajar yang disingkirkan yang melibatkan tiga pelajar: Nurul Fatin Yahya, Mohd. Farha Jasmen & Nonny Nadirah Zainuddin, kesemuanya (Musim 5)
Pelajar yang terlibat dalam minggu tiada penyingkiran: Nurlizawaty Ismail (Musim 1), Edlin Abdul Rahim (Musim 2), Norsyarmilla Jirin (Musim 5), Nadia Haswani Hasnan (Musim 6), Mohd. Rashidi Mohamad Isa (Musim 7) Zafarina Jamhari (Musim 8), Lenaber Hidir (Musim 9)
Pelajar yang diserap masuk semula ke dalam pertandingan selepas disingkirkan: Norlinda Nanuwil (Musim 2), Asmawi Ani (Musim 3), Marsha Milan Londoh (Musim 3), Lotter P.Edwin Edin (Musim 4), Khairil Azam Pilus (Musim 7) & Ahmad Shahir Zawawi (Musim 8)
Pelajar yang diselamatkan daripada penyingkiran melalui kuasa veto pengkritik tetap: Syamel (Musim 12)
Pelajar yang menarik diri: Wan Nurul Zhana Wan Mohd Hanizan (Musim 5)
Pelajar yang tidak mempersembahkan persembahan ketika konsert: Nurul Fatin Yahya & Muhammad Nur Aswad Jafar, kedua-keduanya (Musim 5)
Versi antarabangsa
Indonesia: Akademi Fantasi Indosiar - telah menamatkan 6 musim dan menerbitkan rancangan AFI Junior 2008 yang sedang disiarkan. Musim 1 bersiaran pada Disember 2003, saluran Indosiar. Rancangan ini kembali untuk musim keenam pada tahun 2013 selepas 7 tahun terhenti.[5]
Mexico: La Academia - diacarakan oleh Monica Garza. Rancangan asli disiarkan sehingga tahun 2012, tetapi musim kesebelas menggunakan format berbeza.
Thailand: Academy Fantasia - yang telah bersiaran selama 12 musim sehingga 2015.
Amerika Syarikat: La academia USA - Musim pertama bersiaran pada 20 November 2005.