2 jam 30 minit (siaran langsung) 1 jam (siaran ulangan)
Juara Lagu
"Gemilang"
← 2004
2006 →
Anugerah Juara Lagu ke-20 merupakan program hiburan berbentuk pertandingan lagu yang berprestij telah diadakan pada 5 Februari2006 dan disiarkan secara langsung di TV3 bermula jam 8.30 malam sehingga 11 malam. Sepertimana tahun-tahun sebelumnya, Anugerah Juara Lagu mengekalkan tradisi mempertandingkan semua 12 lagu dalam tiga kategori iaitu Irama Malaysia & Etnik Kreatif, Balada & Pop Rock.
11 orang penyanyi telah mempertandingkan lagu dalam Anugerah Juara Lagu ke-20 ini yang bukan hanya telah memberikan satu bentuk persaingan yang sihat, malah pertandingan ini menyaksikan satu persembahan mantap, bertenaga, kreatif dan inovatif dan semuanya terserlah dengan iringan 33 pemuzik yang dipimpin oleh maestro muzik terkenal, Ramli M.S.
Konsep
"Evolusi Muzik Berterusan" telah dijadikan tema atau konsep bagi Anugerah Juara Lagu kali ini. Secara dasarnya takrifnya ialah "proses perkembangan" atau "proses pergerakan mengikut zaman" dan sahih ia adalah persesuaian apabila dijadikan konsep untuk anugerah kali ini kerana itulah yang disaksikan sepanjang 20 tahun yang dibina menerusi program ini.
Evolusi yang dicipta menerusi AJL memberikan refleksi kepada perkembangan muzik, budaya dan seni yang sentiasa bergerak di atas landasan positif di mana ia sentiasa memanjat tangga modenisasi dengan berpaksikan kreativiti tetapi dalam pada masa yang sama masih mengekalkan nilai-nilai tradisi yang selalu menjadi kebanggaan kita, rakyat Malaysia.
Konsep evolusi direalisasikan dalam AJL 20 yang secara harafiah menjejaki proses perkembangan seni muzik itu dari era Seniman Agung, Allahyarham Tan Sri P. Ramlee ke era Pop Yeh Yeh dan kemudian meniti era Pop Hindustani sebelum disuntik era Blues, Pop, Rock, Rap, Irama Malaysia, Etnik Kreatif, Hip Hop sehinggalah ke era Fusion dan Progresif.
Pengacaraan
Kali ini, tugas mengacara tidak akan diletakkan sepenuhnya di bahu Cheryl Samad, sebaliknya beliau telah dibantu oleh beberapa pengacara jemputan lain di kalangan personaliti tanah air seperti Amy Mastura, Farah Fauzana, Ezlynn, Hans Isaac dan Ally Iskandar yang menemani Cheryl secara bergilir dengan menampilkan fesyen yang menunjukkan pelbagai genre muzik dan budaya telah dialami oleh aliran muzik Malaysia.
Mawi, Hazami, Jaclyn Victor masing-masing memenangi 2 kategori
Tiada kumpulan muzik (band) layak ke AJL kali ini
Rohana Jalil mencipta rekod apabila menjadi penyanyi pertama yang membuat kemunculan di AJL dalam tiga dekad berturut-turut iaitu penyertaan di era 80an, 90an dan 2000an.
Pada awalnya Hans Isaac akan menjadi sebahagian daripada hos AJL 20 namun dia menarik diri pada saat akhir,lalu tempatnya diganti oleh Ally Iskandar.
Amy Mastura menunjukkan contoh professionalism yang baik apabila terus mengacara biarpun mempunyai masalah kehilangan suara akibat selsema dan batuk. Amy beraksi dengan suara serak yang menimbulkan saat-saat lucu dalam majlis tersebut.