Anugerah Juara Lagu 38 (AJL 38) merupakan anugerah muzik berprestij yang mengangkat martabat komposer, penulis lirik dan penyanyi. Setiap tahun, AJL akan menobatkan pemenang dalam kategori Persembahan Terbaik, Vokal Terbaik, Tempat Ketiga, Tempat Kedua dan Juara Lagu. Pemenang bagi setiap kategori akan memenangi sebuah trofi AJL berserta wang tunai.
• Pengarah muzik bagi AJL 38 adalah Genervie Kam, isteri kepada penyanyi Hazama. Edisi kali ini Hazama tidak tercalon untuk ke peringkat semi final Muzik-muzik 38.
• Rata-rata lagu yang dipertandingkan baik di SFMM38 mahupun AJL38 tidak mempunyai tontonan yang tinggi di platform YouTube. Mengundang sedikit kegusaran ramai kerana pilihan lagu kurang popular di kalangan pendengar lagu tempatan. Ini bersesuaian dengan objektif untuk menaikkan karya-karya terbaik lagi berkualiti, bukan mengangkat lagu-lagu popular.
• Ketiga-tiga penyanyi yang mendapat tempat juara, naib juara dan tempat ketiga mempunyai nama yang bermula dengan abjad "A".
• Aina Abdul secara rasmi tersenarai didalam pemenang Vokal Terbaik tiga kali berturut-turut (hat-trick) bersama Dayang Nurfaizah dan Hafiz Suip.
• Aina Abdul mencipta sejarah rasmi Anugerah Juara Lagu apabila menjadi Penyanyi, Komposer dan Penulis Lirik (orang yang sama) pertama berjaya memegang kesemua trofi Juara (Terus Hidup, AJL-37), Naib Juara (Semalam, AJL-35) dan Ketiga (Jangan Mati Rasa Itu, AJL-38).
• Amir Jahari meneruskan tradisi alumni graduan Akademi Fantasia menjuarai AJL menuruti jejak Rich (Estranged), Aizat Amdan, Hafiz Suip, Akim Ahmad (Akim & The Majistreet) dan Hael Hussaini.
• Mula debut di AJL 27 dengan lagu 'Tanpamu' Amir menunggu 11 tahun untuk merangkul gelaran juara.
• Amir Jahari merupakan peserta kelahiran Sarawak ke 3 menjuarai AJL setelah Hafiz Suip dan Dayang Nurfaizah.