Anugerah Juara Lagu1987 (AJL 87) adalah pertandingan yang membariskan lagu-lagu Melayu untuk dinobatkan sebagai "Juara Lagu". AJL 87 telah diadakan pada 20 Disember1987 di Auditorium Besar Angkasapuri, RTM dan diacarakan oleh Karim Muhammad dan Noor Kumalasari. AJL 87 menampilkan juara bulanan untuk dipertandingkan.
Edisi kali ini, Buat pertama kali Pengacara duduk [bermeja] mengacarakan anugerah juara lagu, diikuti pada AJL 3 1988, AJL 6 1991, AJL 7 1992.
Lagu "Angan-angan" telah mengalahkan lagu "Sinaran" nyanyian Sheila Majid ketika peringkat separuh akhir bulanan bulan Januari dan sejak itu, lagu nyanyian Sheila Majid tidak pernah dicalonkan lagi dalam carta muzik-muzik dan Anugerah Juara Lagu.
Edisi ini adalah satu-satunya penyertaan Penghibur No 1 Asia, Allahyarham Dato' Sudirman bin Haji Arshad ke Pertandingan Akhir Juara Lagu dengan mempertaruhkan lagu Merisik Khabar sekaligus mendapat Persembahan Terbaik.
Sudirman memenangi persembahan terbaik dengan menggunakan suasana yang kelam dan pemetik api sahaja.
Ketika persembahan dilakukan, berlaku ganguan teknikal pada persembahan Kumpulan FREEDOM dimana mikrofon kedua-dua penyanyi, Seha & Shuib tidak berfungsi dengan baik lalu mengganggu kelancaran dan mutu persembahan mereka.
Edisi ini juga buat pertama kali, Kategori Lirik Terbaik diperkenalkan bagi menaikkan martabat & mutu & kualiti penciptaan lirik & penulis lirik lagu, sebelum disatukan semula dengan Kategori Keseluruhan Juara Lagu pada edisi Juara Lagu 7 1992.
Lirik Terbaik berjaya mengiktiraf Habsah Hassan sebagai pemenang wanita pertama memenangi Juara Lagu melalui lagu Menaruh Harapan.
Seramai 4 Kumpulan memasuki Peringkat Akhir Juara Lagu ini, iaitu Kumpulan Alleycats dengan 2 buah lagu, Kumpulan Freedom, Kumpulan Rock Headwind & Kumpulan Steps. Kumpulan Skyfire menggantikan Raja Ema dengan Lagu Angan-Angan.