DatukHajiSuhaimi binHajiAbdul Rahman (lahir 28 Julai 1958) atau lebih dikenali sebagai Amy Search merupakan seorang pemuzik, penyanyi, penulis lagu dan pelakon Malaysia, terkenal sebagai vokalis utama selaku pengasas dan ketua utama kumpulan SEARCH,SEARCH merupakan band rock Malaysia paling berpengaruh di Malaysia dan merupakan kumpulan rock no 1 Malaysia, Search, yang telah menerbitkan lebih 20 album studio yang terjual laris, berpuluh-puluh lagu dan single yang terlaris, dan puluhan konsert yang sering terjual habis tiketnya. Selain itu, beliau juga bergiat aktif dalam bidang lakonan, antara filem lakonannya termasuk Kembara Seniman Jalanan (1986) dan Fenomena (1990).[1] Sepupu beliau, Amir Pearl atau nama penuhnya Dato' Seri Mohd Amir Mohd Esa merupakan seorang vokalis dari Kumpulan Pearl yang popular dengan lagu hits Aku Tak Bersalah di awal tahun 90an.
Kerjaya muzik
Pada mulanya, Datuk Amy bekerja sebagai seorang seorang penala piano sebelum menjadi penyanyi utama dan pemain gitar bersama dua rakan sekolahnya untuk menubuhkan kumpulan The Detours Brothers pada tahun 1971-1973. Kemudian Amy menjadi penyanyi utama dan pemain gitar irama untuk menubuhkan Soft White Eyes yang diketuai oleh Umarul yang merupakan pemain gitar utama Kumpulan Iklim pada tahun 1973. Pada tahun 1978, Awang menyertai kumpulan Soft White Eyes dan bertukar nama menjadi Kumpulan Titanic pada tahun 1979 dan berkubur pada tahun 1981 sekaligus menghidupkan kembali pada tahun 1983. Amy dan dijemput dua orang itu, Nasir dan Din untuk menyertai kumpulan Flash seterusnya mereka menukar nama kepada menubuhkan nama Kumpulan Search bagi menggantikan tempat Zainal sebagai penyanyi dan pemain gitar irama sejak 1981. Apabila Zainal meninggalkan Flash (Search), Datuk Amy menjadi penyanyi utama dan tamborin selaku ketua kumpulan dan pengasas kumpulan manakala dua orang itu Din sebagai pemain gitar irama dan Nasir Daud sebagai pemain gitar bes sebelum dia menarik diri dan meneruskan kerjayanya sebagai penyanyi solo.[2]
Kumpulan Search juga tidak lari dari mengalami perpecahan. Paling tidak dapat diterima oleh peminat setia mereka ialah pengunduran Datuk Amy sekitar tahun 1996 dari Kumpulan Search membuatkan ramai peminat mereka kecewa kerana waktu itu Kumpulan Search sudah bertapak lebih 10 tahun dalam industri muzik tempatan dan di antara kumpulan rock paling lama bertahan di Malaysia. Datuk Amy mengambil keputusan untuk meninggalkan Kumpulan Search lalu menerbitkan album solo yang keduanya iaitu Camouflage. Sebelum Datuk Amy keluar Search beliau juga pernah merakamkan album solo yang pertama yang diberi judul Magic.[3]
Pada tahun 2008, Datuk Amy mencuri perhatian media Nusantara dengan meluahkan perasaan tidak senang hati atas kecenderungan stesen radio Malaysia yang seakan-akan mengutamakan lagu Indonesia.[5]
Pada 30 Mac 2020, beliau mengumumkan pengundurannya sebagai vokalis Search buat kali kedua, sambil menyifatkan kualiti vokal sebagai punca utama.[6] Beliau dilaporkan tidak akan terlibat dalam mana-mana konsert Search pada masa depan.[7]
Pada tahun 2010, Amy membintangi pementasan muzikal Suatu Masa: Amy yang "bukan berbentuk rock" di Istana Budaya dari 26 hingga 28 Mac.[9] Muzikal anjuran Mentari Channel Network yang mengambil masa sejam 45 minit untuk setiap pementasan ini dijayakan bersama iringan muzik Orkestra Simfoni Kebangsaan, dengan ciri-ciri monolog yang penuh emosi.[10]
Bakat
Profil dan keupayaan vokal
Diklasifikasikan sebagai bersuara “Serak-serak Basah”, beliau ialah salah seorang penyanyi rock bersama kumpulan Search yang terbaik Malaysia yang memenangi kategori Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu di Anugerah Industri Muzik, anugerah Malaysia yang bersamaan dengan Anugerah Grammy di Amerika Syarikat.
Adjie Esa Poetra, seorang pengajar vokal Indonesia menyifatkan suara serak tingginya sebagai "Beliau (Amy Search) sangat berhati-hati dan tidak pernah gagal dalam penghasilan nada dan dia dapat menghasilkan nada yang paling seni dan indah yang mungkin.... Dalam mana-mana lagu, dia boleh menyanyi dengan meringankan tetapi berkuasa selain memiliki lebih daripada empat oktaf pelbagai vokal serak.
Salah satu lagunya paling rumit untuk dipersembahkan adalah "Tiada Lagi", sebuah lagu dari Mayangsari dipengaruhi Jepun di mana ia memerlukan Amy bermain peralihan falsetto dan nada vokal serak tinggi dan jarang dipersembahkan secara langsung.
Kehidupan peribadi
Beliau mendirikan rumahtangga yang pertama bersama Faridah, (1983-1985), dan bercerai kemudian berkahwin pula dengan Noorliza Abdul Latiff, (1990-1994). Sekali lagi rumahtangga Amy dilanda krisis dan berpisah lalu Amy mengahwini Roslisa Ahmad, sekali lagi Amy dilanda ujian dalam rumahtangganya membuatkan mereka berpisah lagi hinggalah berjumpa dengan Norhasniza "Nourish" Hassan yang berasal dari Melaka kekal hingga kini.[11] Hasil perkahwinan Amy beliau telah dikurniakan 5 orang cahaya mata semuanya iaitu Nabila Huda (1984), Irisha Myra (1997), Alexander Zulkarnain (2004), Sania Samara (2005) dan yang bongsu Qaqa At-Tameemi (2009). Isterinya, Nourish mengalami keguguran ketika hamil empat bulan.[12]
Beliau ialah seorang penggemar kopi dan teh tarik dan melancarkan jenama teh beliau yang diberi nama Phewiiit!. Amy berkata: "Kepada peminat rock, bersedia untuk Teh Tarik Phewiiit ! istimewa saya. Ini sesuatu yang saya selalu mahu lakukan, kerana saya seorang pencinta Kop . Dari zaman awal saya sebagai seorang pemuzik yang bercita-cita, kepada penyanyi rock, kopi tidak pernah lekang dengan jiwa saya selepas kerja keras seharian".[13]
^Rizal Johan (20 Januari 2010). "Amy Search turns to musical". The Star Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-09-27. Dicapai pada 22 Januari 2010.
^Nur Aqidah Azizi (5 April 2010). "Search no further for Amy". Malay Mail. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-04-09. Dicapai pada 5 April 2010.