Yang Tercinta adalah album studio pertama rakaman oleh juara Akademi Fantasia Musim 3, Mawi. Album ini diterbitkan pada 18 November 2005, iaitu selang tiga bulan selepas kemenangannya dalam program realiti popular tersebut. Meskipun tempoh proses pembikinan album ini sangat singkat namun M.Nasir mengatakan bahawa album ini bukan album tangkap muat sebaliknya album ini mudah dihasilkan oleh pihaknya disebabkan Mawi juga mempunyai aliran muzik yang sama dengannya iaitu nusantara dan world music dan itu memudahkannya untuk mencurahkan konsep idea dalam menghasilkan album sulung juara AF3 ini.[1]
Senarai runut
No. | Tajuk | Penulis | Pencipta | Masa | |
---|
1. | "Kian" | Lukhman S | Fauzi Marzuki | 3:51 |
2. | "Lagu Jiwa Lagu Cinta" (duet M. Nasir) | Loloq | M. Nasir | 4:12 |
3. | "Kurnia Tuhan" | Loloq | Ajai | 4:10 |
4. | "Di Pintumu" | M. Nasir | M. Nasir | 4:26 |
5. | "Perempuan" | Loloq | M. Nasir | 3:41 |
6. | "Cinta Hakiki" | Yasin Sulaiman | Yasin Sulaiman | 4:07 |
7. | "Aduh Saliha" | Loloq | M. Nasir | 4:41 |
8. | "Yang Tercinta" | Loloq, Othman | M. Nasir | 4:16 |
|
Pencapaian
Tahun
|
Acara
|
Kategori
|
Karya yang dicalonkan
|
Keputusan
|
2006
|
Anugerah Juara Lagu ke-20
|
Etnik Kreatif
|
"Aduh Saliha"
|
Menang
|
Persembahan Terbaik
|
Menang
|
Rujukan