Dari segi geografi, kawasan ini disaliri oleh Sungai Air Tawar yang mengalir ke arah Barat, ke laut Selat Melaka. Jarak dari laut hanya kira-kira 2 km sahaja. Oleh itu penduduk kawasan ini terlibat dengan kegiatan pertanian terutama tanaman padi , kelapa dan kelapa sawit. Di pantai Bagan Nakhoda Omar penduduknya ramai menjadi nelayan.
Kemudahan awam
Antara kemudahan awam yang terdapat di sini ialah Klinik Pergigian Sungai Air Tawar , Klinik Kesihatan Sungai Air Tawar ; Balai Polis Sungai Ayer Tawar ; Sekolah Kebangsaan Seri Mawar ; Masjid Ar-rahmaniah ; Masjid Ubudiah ; Sekolah Menengah Kebangsaan Munshi Abdullah ; Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Cina) Moon Teck ; dan Sekolah Rendah Agama Simpang 4 Bagan Nakhoda Omar