Sidang Kemuncak Asia Timur Keduabelas diadakan di Pasay, Filipina pada 13–14 November 2017. Sidang Kemuncak Asia Timur ialah mesyuarat tahunan pemimpin negara dari rantau Asia Timur dan negara-negara yang mengambil bahagian.[1][2]
Delegasi yang hadir
Ketua negara dan ketua kerajaan dari 18 negara mengambil bahagian dalam sidang kemuncak. 14 daripada 21 hadirin telah menghadiri ke APEC Vietnam 2017 di Da Nang, Vietnam hanya dua hari sebelumnya (11 November), termasuk hos sidang kemuncak, Presiden Filipina Rodrigo Duterte.
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump juga menghadiri ke Sidang Kemuncak Asia Timur ke-12 ini di Philippine International Convention Center, tetapi dia perlu meninggalkan mesyuarat ini awal termasuk foto kumpulan, kerana masalah domestik yang baru dicipta oleh Parti Demokrat.[3] Setiausaha Negara Rex Tillerson kemudian menggantikan tempat Presiden Trump dalam mesyuarat ini.[4]
Galeri
Hadirin tamu
Rujukan