Epinefrina (juga dikenali sebagai adrenalina, adrenalin, atau β,3,4-trihidroksi-N-metilfenetilamina) ialah sejenis hormon dan neurotransmiter.[1] Epinefrina dan norepinefrina merupakan dua hormon berbeza tetapi berkaitan yang dirembes oleh medula kelenjar-kelenjar adrenal. Kedua-duanya juga dihasilkan pada penghujung gentian saraf simpatetik, tempat hormon-hormon tersebut digunakan sebagai pengantara kimia untuk membawa impuls saraf kepada organ efektor.[2] Penyiasatan farmakologi bagi epinefrina membuat sumbangan besar kepada pemahaman sistem autonomi dan fungsi sistem simpatetik. Epinefrina kekal sebagai ubat berguna untuk beberapa petanda kecemasan. Ini oleh sebab ada tindakan tidak spesifiknya terhadap adrenoreseptor dan perkembangan berbilang ubat terpilih ikutan yang menyasarkan subjenis adrenoreseptor. Perkataan adrenalin digunakan secara umum untuk menandakan pengaktifan meningkat bagi sistem simpatetik yang berhubung kait dengan tenaga dan keterujaan gerak balas lari atau lawan.[3][4] Pengaruh adrenalina terutamanya terhad kepada kesan metabolisme dan kesan bronkodilasi terhadap organ-organ yang tidak berpenyarafan simpatetik terus.[5][6]
Boron WF, Boulpaep EL (2005). Medical Physiology: A Cellular And Molecular Approach. Philadelphia, Pennsylvania, Amerika Syarikat: Elsevier/Saunders. ISBN1-4160-2328-3. OCLC56191776.