Pada jaringantulang, kortisol meredam fungsi osteoblas hingga menurun pembentukan tulang yang baru. Oleh kerana sifat umum glukokortikoid yang menurunkan penyerapan senyawa kalsium pada saluran pencernaan dan menurunkan reabsorsi kalsium pada renal ke dalam sistem kardiovaskular dengan sifat diuretik, secara keseluruhan kelebihan kortisol akan mengakibatkan osteoporosis.
Sedangkan pada sistem saraf pusat, kortisol dapat mengubah pengujaan neuron dan menginduksi apoptosis khususnya pada sel jaringan hipokampus. Hal ini dapat mempengaruhi perilaku dan aspek psikologis individunya, depresi merupakan hal yang sering dijumpai pada terapi hormon glukokortikoid. Dan penderita depresi tanpa terapi hormon glukokortikoid, juga sering menunjukkan peningkatan dan perubahan pola waktu sekresi kortisol yang diikutian dengan perubahan jam biologi.
Pada sistem renal, kortisol meningkatan laju filtrasi glomerular dengan meningkatkan aliran darah glomerular, dan pengeluaran asid fosfat dengan menurunkan reabsoprsinya pada tubula proksimal. Konsentrasi hormon kortisol biasanya sekitar 100 kali lebih tinggi daripada hormon aldosteron, namun kortisol jarang berinteraksi dengan pencerap aldosteron, oleh kerana kortisol dengan cepat akan bereaksi dengan enzim11-beta hidroksisteroid dehidrogenase tipe 2 menjadi bentuk nonaktif yaitu hormon kortison di dalam tubula proksimal.[7] Karena kortisol memiliki daya cerap yang sama kuat dengan hormon aldosteron, saat nisbah kortisol jauh melebihi kadar 11β-HSD, hormon ini menghalangi aldosteron yang akan bereaksi dengan pencerapnya hingga menimbulkan kesan diuretik. Hal ini dapat menjadi faktor pemicu simtoma tekanan darah tinggi yang dijumpai pada penderita sindrom Cushing.
Pada sistem janin, kortisol berperanan dalam pembangunan dan pematangan sistem saraf pusat, retina, kulit, saluran pencernaan dan paru-paru, khususnya sangat penting dalam proses sintesis surfaktan alveolar yang berlangsung sepanjang minggu-minggu terakhir masa kandunganjanin. Bayi yang lahir jauh dari tempoh kematangan ini terkadang mendapatkan terapi glukokortikoid sebagai stimulasi agar terjadi sintesis surfaktan pada organ paru.
Kortisol terhasil pada zona fasikulata yang terletak pada korteks adrenal, lapisan kedua bahagian paling luar kelenjar adrenal yang menempel atas ginjal badan. Penghasilan kortisol diatur oleh otak tepatnya pada bahagian hipotalamus. Sekresi corticotropin-releasing hormone (CRH) atau disebut juga kortikoliberin pada hipotalamus[8] mencetuskan rembesan hormon lain pada hipofisis anterior iaitu adrenocorticotropic hormone (ACTH) atau disebut juga kortikotropin.
Kortikotropin dilepas ke dalam pembuluh darah yang dibawa ke seluruh tubuh termasuk kelenjar adrenal. Kortikotropin merangsang pelepasan hormon glukokortikoid, mineralokortikoid, dan hormon seks androgenik; kortisol merupakan antara hormon glukokortikoid utama yang terbentuk dalam kelenjar.
^"Cortisol decreases bone formation by inhibiting periosteal cell proliferation". Endocrinology. 114 (2): 477–80. February 1984. doi:10.1210/endo-114-2-477. PMID6690287.
^(Inggeris) Stephen Nussey; Saffron Whitehead (2001). Endocrinology: An Integrated Approach. St. George's Hospital Medical School, London, UK. BIOS Scientific Publishers Ltd. m/s. Chapter 4 The adrenal gland. ISBN1-85996-252-1. Dicapai pada 28 April 2011.CS1 maint: multiple names: authors list (link)
^(Inggeris) Stephen Nussey; Saffron Whitehead (2001). Endocrinology: An Integrated Approach. St. George's Hospital Medical School, London, UK. BIOS Scientific Publishers Ltd. m/s. Diagram showing the major actions of cortisol on metabolism. ISBN1-85996-252-1. Dicapai pada 2011-04-29.CS1 maint: multiple names: authors list (link)
^(Inggeris) Stephen Nussey; Saffron Whitehead (2001). Endocrinology: An Integrated Approach. St. George's Hospital Medical School, London, UK. BIOS Scientific Publishers Ltd. m/s. Cortisol and the aldosterone receptor in the kidney. ISBN1-85996-252-1. Dicapai pada 2011-04-28.CS1 maint: multiple names: authors list (link)
^(Inggeris)"You & Your Hormones: Cortisol". the Society for Endocrinology. Diarsipkan tanggal 2014-11-24. Diakses tanggal 2014-11-24.