Kejohanan Bola Sepak EropahUEFA2008 atau UEFA Euro 2008 akan diadakan di Austria dan Switzerland dari Jun 7 dan dijangka berakhir dengan final di Ernst Happel Stadion di Vienna pada Jun 29, 2008. Ia merupakan pembidaan tuan rumah bersama yang kedua berjaya dalam sejarah kejohanan. Di dalam kejohanan ini, Sepanyol telah berjaya menewaskan Jerman 1-0 dalam perlawanan akhir. Ini hanya merupakan kali kedua di dalam sejarah kejohanan di mana pasukan pemenang telah menang kesemua perlawanan di peringkat kumpulan; pasukan lain yang pernah berbuat demikian ialah pasukan Perancis semasa 1984.
Austria/Switzerland, Greece/Turki, dan Hungary telah diketengahkan sebelum undian terakhir. Greece dan Turki telah ditolak dan membiarkan pertembungan antara Hungary dan Austria/Switzerland untuk menentukan siapa yang memperolehi kemenangan.
Stadium
Switzerland akan bermain kesemua perlawanan peringkat kumpulan di Basel, dan Austria akan bermain kesemua perlawanan peringkat kumpulan di Vienna.
Dalam tahun 2004, venue Zürich menjadi satu masalah kepada penganjur. Pada asalnya, stadium Hardturm dicadang diubahsuai untuk digunakan sebagai venue bandaraya berkenaan, akan tetapi cabaran undang-undang telah melewatkan rancangan kepada satu peringkat di mana venue tersebut tidak dapat disiapkan pada waktunya. Ini memberikan satu masalah, oleh kerana perjanjian di antara UEFA dan penganjur mengarahkan bahawa empat venue akan digunakan dalam setiap negara. Masalah ini diselesaikan apabila penganjur mencadangkan untuk mengubahsuai stadium Letzigrund; UEFA telah bersetuju dengan perubahan rancangan dalam bulan Januari 2005. Stadium Letzigrund menganjurkan perlawanan pertamanya pada 23 September2007. [1]. Perlawanan bola sepak yang pertama diadakan stadium Letzigrund pada September 23, 2007.
Undian untuk pusingan kelayakan berlangsung di Montreux, Switzerland pada Januari 27, 2006 (12:00 CET). Austria dan Switzerland layak secara automatik untuk kejohanan akhir sebagai tuan rumah.
Format kelayakan telah diubah berbanding kejohanan lalu. Pemenang dan naib juara daripada tujuh kumpulan kelayakan secara automatik layak, dengan tuan rumah mengisi dua tempat dalam kejohanan pusingan akhir 16 pasukan. Perubahan ini bermakna tidak ada perlawanan-penentuan antara pasukan menduduki tempat kedua dalam kumpulan - mereka yang layak secara terus ke pusingan akhir. Pasukan-pasukan yang menduduki tempat ketiga tidak mempunyai peluang untuk melayakkan diri. Enam daripada kumpulan kelayakan mengandungi tujuh pasukan, dan yang lain, Kumpulan A, mengandungi lapan pasukan.
Setiap negara mesti mengumumkan satu skuad terdiri daripada 23 pemain, tiga daripadanya mestilah penjaga gol, pada 28 Mei2008. Jika seorang pemain mengalami kecederaan serius sehingga menghalang dia daripada beraksi sebelum perlawanan pertama pasukannya, dia mungkin boleh diganti oleh pemain lain.[2]
Peringkat kalah mati ini berbeza dengan kejohanan lepas. Pasukan dalam kumpulan A dan B akan diasingkan daripada pasukan dalam kumpulan C dan D sehingga ke final. Ini meningkatkan peluang perlawanan kumpulan berulang dalam peringkat kalah mati, dan final antara dua pasukan diundi dalam bahagian sama adalah mustahil. Alasan untuk perubahan format tahun ini ialah untuk menseimbangkan masa rehat dalam peringkat ini.[3] Juga, satu lagi perubahan besar, untuk kali pertama dalam Kejohanan Eropah, hanya dua venue (St. Jakob-Park, Basel dan Ernst Happel Stadion, Vienna) akan digunakan untuk tujuh perlawanan dalam peringkat kalah mati.[3]
Peraturan baru tidak mengambil kira semua kad kuning diterima dalam suku akhir. Namun, pemain yang diberikan kad kuning dalam kedua-dua peringkat kumpulan dan suku akhir akan terlepas separuh akhir melalui suspensi, tetapi boleh bermain dalam final.
Dua maskot rasmi untuk UEFA Euro 2008, dinamakan setelah satu undian daripada orang awam di kedua-dua tuan rumah, antara pilihan ialah:
Zagi dan Zigi
Flitz dan Bitz
Trix dan Flix
Selepas menerima 36.3% undian, Trix dan Flix telah dipilih. "Saya yakin maskot-maskot dan nama-nama mereka akan menjadi sebahagian penting dalam memahami keseluruhan acara," kata Christian Mutschler, pengarah kejohanan di Switzerland.[1]