Kejohanan akhir UEFA Euro 1972 telah diadakan di Belgium. Ini adalah edisi keempat Kejohanan Bola Sepak Eropah, yang diadakan setiap empat tahun dan disahkan oleh UEFA. Kejohanan akhir berlangsung di antara 14 dan 18 Jun 1972.
Pada masa itu, hanya empat negara boleh bermain kejohanan akhir yang bermakna bahawa hanya terdapat separuh akhir, perlawanan akhir dan perlawanan tempat ketiga.
Tuan rumah hanya diumumkan selepas pusingan kelayakan, yang bererti bahawa mereka terpaksa memenuhi syarat, juga untuk peringkat akhir.[1]
Pusingan kelayakan dimainkan sepanjang tahun 1970 dan 1971 (saingan peringkat kumpulan), dan 1972 (suku akhir). Terdapat lapan kumpulan yang layak daripada empat pasukan setiap satu. Perlawanan telah dimainkan di secara (timbal balas) tempat sendiri dan tempat lawan. Kemenangan bernilai 2 mata, seri 1 mata dan kekalahan 0 mata. Juara kumpulan hanya boleh melayakkan diri ke suku akhir. Peringkat suku akhir telah bermain secara (timbal balas) tempat sendiri dan tempat lawan. Pemenang peringkat suku akhir akan mara ke perlawanan akhir.
Dengan empat gol, Gerd Müller merupakan penjaring terbanyak dalam kejohanan itu. Secara keseluruhan, 10 gol dijaringkan oleh 7 pemain yang berbeza dalam 4 perlawanan, bagi purata 2.5 gol setiap permainan. Tiada satu gol dikreditkan sebagai gol sendiri.