Piala Negara-Negara Eropah 1964 merupakan edisi yang kedua Kejohanan Bola Sepak Eropah. Kejohanan akhir telah diadakan di Sepanyol. Ia telah dimenangi oleh tuan rumah 2-1 mengalahkan juara bertahan Republik Soviet.
Kejohanan ini adalah satu pertandingan kalah mati; 29 pasukan dimasukkan (Greece menarik diri selepas diundi dengan Albania). Republik Soviet, Austria dan Luxembourg mendapat bye ke pusingan kedua. Pasukan memainkan tempat sendiri-dan-tempat lawan sehinggalah perlawanan separuh akhir; empat pasukan terakhir akan beralih ke kejohanan akhir, tuan rumah yang telah dipilih selepas pasukan dikenali.[1]
Dengan dua gol, Ferenc Bene, Dezső Novak, Jesús María Pereda adalah penjaring terbanyak dalam kejohanan itu. Secara keseluruhan, 13 gol dijaringkan oleh 10 pemain yang berbeza, dengan tiada mereka dikreditkan sebagai gol sendiri.