Thierry Daniel Henry (lahir 17 Ogos 1977 di Paris, Perancis) merupakan seorang jurulatih bola sepak profesional Perancis, pundit, penyiar sukan dan juga bekas pemain bola sepak. Beliau kini merupakan pengurus pasukan bola sepak bawah 21 tahun dan Olimpik kebangsaan Perancis. Beliau dianggap sebagai salah seorang penyerang terhebat sepanjang masa, dan antara pemain terhebat dalam sejarah Liga Perdana Inggeris. Beliau telah dinamakan sebagai pemain terbaik dalam pasukan Arsenal. Henry adalah naib juara untuk kedua-dua Ballon d'Or pada 2003 dan Pemain Terbaik Dunia FIFA pada 2003 dan 2004. Beliau dinobatkan sebagai Pemain Terbaik FWA dengan rekod sebanyak tiga kali, Pemain Terbaik Pemain PFA rekod sebanyak dua kali, dan direkodkan dalam Pasukan PFA Terbaik sebanyak enam kali berturut-turut. Beliau juga pernah dimasukkan dalam FIFA FIFPro World XI sekali dan UEFA Team of the Year sebanyak lima kali. Pada tahun 2004, Henry telah dinamakan oleh Pelé dalam senarai FIFA 100 pemain terbaik dunia.
Rujukan
Pautan luar
Templat:Skuad Perancis Piala Dunia 2006
Templat:Skuad Perancis Piala Dunia 2010
Persondata
|
Nama
|
Henry, Thierry
|
Nama alternatif
|
Henry, Thierry Daniel
|
Pemerihalan ringkas
|
Footballer
|
Tarikh kelahiran
|
17 August 1977
|
Tempat kelahiran
|
Les Ulis, Paris, France
|
Tarikh kematian
|
|
Tempat kematian
|
|