* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik
Alfredo Stéfano Di Stéfano Laulhé[2] (es; 4 Julai 1926 – 7 Julai 2014) ialah pemain bola sepak dan seorang jurulatih yang pernah bermain sebagai penyerang. Beliau ialah salah satu pemain paling hebat sepanjang zaman.[3] Digelar "Saeta Rubia" ("Panah Pirang"), beliau terkenal dengan pencapaiannya bersama Real Madrid, di mana beliau memainkan peranan penting dalam pencapaian kelab itu dalam Piala Eropah dan La Liga semasa 1950-an dan 1960-an. Di Stéfano bermain bola sepak antarabangsa untuk tiga negara. Sepanyol selepas bermastautin di Madrid, Argentina pada tanah kelahirannya dan Colombia semasa dia diminta untuk menyertai sebuah kejohanan tempatan.
Di Stéfano telah dianugerahkan Ballon d'Or untuk Pemain Bola Sepak Eropah Terbaik pada 1957 dan 1959.[4] Dia adalah penjaring gol termahsyur Madrid dalam sejarah El Clásico, bersama Cristiano Ronaldo.[5][6] Kemudian Presiden UEFA Michel Platini menggelar Di Stéfano "seorang yang hebat di kalangan yang hebat" manakala rakan seangkatan Eusébio dan Just Fontaine mengatakan bahawa dia adalah "pemain bola sepak paling sempurna dalam sejarah permainan yang panjang ini".[7]