Patrick Vieira
Patrick Vieira (lahir 23 Jun 1976) ialah bekas pemain bola sepak Perancis dan ketua jurulatih semasa New York City FC. Dia mula terkenal ketika bermain untuk Arsenal dari tahun 1996 sehingga 2005 dimana dia menjadi kapten kelab, memenangi tiga kejuaraan Liga Perdana Inggeris dan empat Piala FA Inggeris. Dia berpindah dari Arsenal pada tahun 2005 dan menghabiskan semusim di Juventus. Vieira kemudiannya berpindah ke Internazionale dan memenangi tiga kejuaraan Serie A sebelum berpindah ke Manchester City untuk dua musim sebelum bersara pada tahun 2011. Di peringkat antarabangsa, Vieira membuat 107 penampilan untuk Perancis dan merupakan sebahagian daripada skuad mereka yang memenangi Piala Dunia FIFA 1998 dan Euro 2000; dia juga merupakan ahli skuad Perancis yang muncul naib juara Piala Dunia FIFA 2006. Rujukan
Pautan luar
Templat:Ketua Jurulatih Major League Soccer Templat:Skuad New York City FC Information related to Patrick Vieira |