Giampiero Boniperti (sebutan bahasa Itali: [dʒamˈpjɛːro boniˈpɛrti]; lahir 4 Julai 1928) merupakan bekas pemain bola sepak Itali yang telah menghabiskan 15 musim sepanjang kariernya di Juventus antara tahun 1946 dan 1961. Beliau telah merangkul lima gelaran Serie A dan dua trofi Coppa Italia. Beliau juga mewakili pasukan kebangsaan Itali di peringkat antarabangsa dengan mengambil bahagian dalam kejohanan Piala Dunia 1950 dan 1954 serta beraksi di Sukan Olimpik 1952. Selepas bersara daripada arena bola sepak, Boniperti telah menjadi pengerusi Juventus dan pemangku ke Parlimen Eropah.
Seorang bekas penyerang, Boniperti dianggap oleh sesetengah pengulas termasuk Mario Sconcerti, sebagai salah seorang pemain terhebat Itali dan Juventus. Beliau juga dianggap oleh sesetengah pendapat seperti Bruno Nicolè sebagai pemain terhebat Itali sepanjang zaman;[2][3][4][5] dengan 182 jaringan gol dalam semua kejohanan, Boniperti merupakan penjaring terbanyak dalam sejarah Juventus selama lebih daripada 40 tahun sebelum rekodnya dileburkan oleh Alessandro Del Piero pada 10 Januari 2006.[6] Del Piero juga mencatatkan rekod kelab dengan melakukan penampilan terbanyak bersama Juventus iaitu sebanyak 443 penampilan Serie A pada 14 Februari 2010 semasa beliau beraksi dalam perlawanan ke-444nya di Serie A menentang Genoa;[7] dengan 443 penampilan Serie A bersama Juventus, Boniperti kini menduduki tangga ketiga yang melakukan penampilan terbanyak di belakang Del Piero dan Gianluigi Buffon.[8] Boniperti juga memegang rekod minit bermain tertinggi di Serie A oleh pemain Juventus (39,680) sehingga rekodnya dipintas oleh Buffon pada 19 Mac 2017 ketika perlawanan menentang Sampdoria.[9] Boniperti kini merupakan penjaring terbanyak Serie A kesebelas. Pada Mac 2004, beliau telah disenaraikan oleh Pelé sebagai salah seorang daripada 125 pemain terhebat yang pernah hidup.
Kerjaya kelab
Dilahirkan di Barengo, Piedmont, Boniperti menyertai Juventus pada usia 16 tahun; beliau telah pun membina reputasinya sebelum ini di peringkat belia apabila beliau menjaringkan sebelas gol dalam satu perlawanan.[10][11] Beliau beraksi dalam perlawanan sulungnya untuk the Old Lady di Serie A pada 2 Mac 1947 ketika menentang Milan yang berakhir dengan kekalahan 2-1 , which ended in a 2–1 defeat.[12] Beliau menghasilkan jaringan pertamanya dalam saingan liga pada tiga bulan kemudian semasa aksi menentang Sampdoria. Juventus mengakhiri kempen liga pada musim Serie A sebagai naib juara di belakang musuh tradisi, Torino. Giampiero menamatkan kancah musim dengan lima jaringan gol dalam enam perlawanan.[13][14][15]
Walaupun beliau mula bermain di posisi penyerang tengah, beliau juga beraksi di posisi penyerang dalam atau sayap kanan. Pada musim keduanya di Juve, beliau yang menginjak usia 20 tahun berjaya menjaringkan 27 gol sekali gus memintas Valentino Mazzola sebagai penjaring terbanyak liga.[16][17] Boniperti meraikan kejuaraan liga pertamanya bersama Juventus semasa musim 1949-50. Semasa ulang tahun hari lahirnya ke-24, beliau menambahkan lagi koleksi scudetto kedua dalam kariernya pada musim 1951-52. Walaupun beliau dinamakan sebagai kapten pasukan pada tahun 1954, Juve seterusnya menghadapi saat-saat kesukaran dan bergelut untuk merebut semula status sebagai juara Itali.[18][19]
Pada tahun 1957, Juventus mengikat dua penyerang: John Charles dan Omar Sivori. Hasil tambahan penyerang, Boniperti bersama dua penyerang berbisa tersebut membentuk Magical Trio. Pada empat musim terakhir Boniperti bersama kelab sebelum beliau bersara, Juventus meraih kejayaan dalam saingan liga apabila mereka menjuarai tiga gelaran Serie A (1957–58, 1959–60 dan 1960–61) dan memenangi dua trofi Coppa Italia (1958–59 dan 1959–60).[20][21] Pada masa persaraannya, Boniperti menjadi penjaring terbanyak Juventus sepanjang zaman dengan menjaringkan 182 gol dalam semua kejohanan. Rekodnya bertahan selama lebih daripada 40 tahun sebelum ia dikejutkan oleh Alessandro Del Piero pada 10 Januari 2006.[22] Sehingga tahun 2010, Boniperti kekal sebagai penjaring kedua terbanyak kelab dan pemain ketujuh yang melakukan penampilan terbanyak untuk Juventus. Dengan beraksi dalam 443 perlawanan di Serie A bersama Juventus, beliau memegang rekod sebagai pemain yang melakukan kemunculan terbanyak di kejohanan itu sehingga ia dipintas oleh bekas kapten Juventus, Del Piero pada 14 Februari 2010.[23]
Kerjaya antarabangsa
Selepas beraksi dalam 14 perlawanan di Serie A, Boniperti dipanggil oleh pasukan kebangsaan Itali dan beliau melakukan kemunculan sulungnya bersama pasukan kebangsaan pada 9 November 1947 dalam aksi menentang Austria yang berakhir dengan kekalahan 5-1.[24][25] Beliau menjaringkan gol sulungnya untuk Itali dalam aksi menentang Austria juga beberapa tahun kemudian pada Mei 1949 yang tamat dengan kemenangan 3-1. Boniperti berjaya melakukan 38 kemunculan (24 perlawanan daripadanya sebagai kapten pasukan) dan menjaringkan lapan gol. Beliau juga beraksi di pentas kejohanan Piala Dunia 1950 dan 1954 (beliau mengetuai Itali dalam Piala Dunia 1954) serta Sukan Olimpik 1952.[26][27]
Selepas persaraan
Eksekutif Juventus
Tidak lama selepas persaraannya, keluarga Agnelli menawarkan Boniperti jawatan eksekutif iaitu sebagai direktor dalam pengurusan pasukan. Pada tahun 1981, beliau dilantik sebagai pengerusi lembaga pengarah (Itali: presidente del consiglio di amministrazionecode: it is deprecated ), jawatan yang dipegang olehnya selama bertahun-tahun. Beliau juga menjawat sebagai salah seorang daripada pengerusi kehormat (Itali: Presidenti Onoraricode: it is deprecated bersama dengan Franzo Grande Stevens).[28][29][30][31][32]
Politik
Dari tahun 1994 hingga 1999, Boniperti telah dilantik sebagai pemangku dalam Parlimen Eropah bersama parti berhaluan tengah dan kanan, Forza Italia.
Kehidupan peribadi
Cucu kepada Boniperti, Filippo mengikuti jejak langkah datuknya untuk membabitkan diri dalam kerjaya bola sepak dan beliau beraksi untuk pasukan bawah-20 Primavera Juventus sebagai pemain tengah.[33][34]
^ name="Gli eroi in bianconero: Giampiero BONIPERTI"
^Roberto Di Maggio; Igor Kramarsic; Alberto Novello (11 Jun 2015). "Italy - Serie A Top Scorers". RSSSF. Diarkibkan daripada yang asal pada 31 October 2015. Dicapai pada 27 October 2015.
^"The Fifa 100". The Guardian. 4 March 2004. Dicapai pada 27 October 2015.