Sungai Kelamah

Papan tanda Sungai Kelamah

Sungai Kelamah merupakan satu kawasan yang terletak berhampiran dengan bandar Gemas, Negeri Sembilan, Malaysia. Kedudukan dalam peta pada latitud 2.5666667 Utara dan longitud 102.55 Timur. Ketinggian pada 48 meter dari aras laut.

Binaan

Sebuah tugu peringatan daripada marmar setinggi 8 kaki telah dibina di Sungai Kelamah bagi memperingati tentangan sengit tentera Australia terhadap kemaraan tentera Jepun padas 14 Januari 1941 , semasa Perang Dunia Kedua. Tentera Jepun sedang mara ke bandar Segamat. Tentera Australia dipimpin oleh Leftenan Kolonel Gallahan.

Demografi

Kawasan Sungai Kelamah merangkumi FELDA Sungai Kelamah, Tugu Peringatan Sungai Kelamah dan taman perumahan

Perhentian kereta api Sungai Kelamah

Perhentian Sungai Kelamah merupakan perhentian keretapi dari/ ke Gemas.

Lihat juga

Rujukan