Setiausaha kerajaan negeri berperanan sebagai ketua pentadbir utama negeri. Beliau juga merupakan ketua pegawai perkhidmatan awam di Negeri Sembilan selain menjadi penasihat pentadbiran utama kepada Menteri Besar.
Setiausaha kerajaan negeri juga berperanan sebagai pengerusi jawatankuasa peringkat negeri bagi menyelaraskan agensi-agensi negeri, selain menjadi ahli jawatankuasa perhubungan antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri[2].
Senarai Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan
Encik Othman bin Mohamed (1 Februari 1948)
Encik Mohamed Salleh bin Haji Sulaiman (27 Jun 1949)
Y.M Tunku Mohamed bin Tunku Besar Burhanuddin (11 Ogos 1950)
Encik Mohamed Salleh bin Haji Sulaiman (1 Januari 1951)
Encik Lokman bin Yusof (15 April 1952)
Encik Muhamad Ghazali bin Shafie - Pemangku (1 September 1952)
Encik Abdul Aziz bin Haji Abdul Majid (1 Oktober 1952)
Y.Bhg.Dato' Shamsudin bin Naim (1 Mac 1953)
Encik Lokman bin Yusof (1 Oktober 1953)
Encik Mohamed Sharif bin Abd. Samad (1 Disember 1955)
Tuan Haji Abdul Aziz Bin Haji Mohamed Khamis - Pemangku (25 Oktober 1956)
Encik Mohamed Sharif bin Abdul Samad (1 Disember 1956)
Encik Mohamed Sharif bin Abdul Samad (1 Ogos1958)
Encik Mohamed Bazain bin Mohd. Talhah - Pemangku (1 April 1959)
Encik Mohamed Sharif bin Abdul Samad (21 Jun 1959)
Y.M. Raja Azam bin Kamrulzaman (11 Januari 1960)
Tuan Haji Anjang Saith bin Haji Abbas (5 Februari 1962)
Encik Mansoor bin Zainal (16 Jun 1965)
Encik Kamarudin bin Abdul Rahman (1 Ogos 1970)
Y.Bhg. Dato Wan Salaidin bin Wan Ismail (1 Mac 1972)
Encik Mohd Saffian bin Haji Abdul Majid (18 Oktober 1973)
Encik Mohd. Yusof bin Haji Lasim (7 Jun 1975)
Y.Bhg. Dato' Ismail bin Mansor (1 November 1978)
Y.Bhg. Dato' Amiruddin bin Kaharudin (1 April 1985)
Y.Bhg. Dato' Shamsudin bin Md. Dubi (16 Mac 1990)
Y.Bhg. Dato' Haji Ahmad Tajuddin bin Haji Ujang (17 Mac 1993)
Y.Bhg. Dato' Haji Mohmad Shaid bin Mohd Taufek (1 April 1996)
Y.Bhg. Dato' Haji Mohd Ali bin Abd Samad (16 Mei 1999)
Y.Bhg. Dato' Hamzah bin Haji Ghazalli (9 Oktober 2003)
Y.Bhg. Dato Abdullah Sani bin Ab. Hamid (22 April 2005)
Y.Bhg. Dato' Kamarudin bin Siaraf (28 Disember 2006)
Y.Bhg. Dato' Haji Norzam bin Mohd. Nor (20 Ogos 2007)
Y.B. Dato' Seri Haji Mat Ali bin Hassan (1 Januari 2009)
Y.B Dato' Seri Dr. Razali bin Ab Malik (11 Jun 2018)