Wisma Negeri, Negeri Sembilan merupakan bangunan dibawah tadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan. Dibina pada tahun 1987 yang terletak di Seremban, Negeri Sembilan dan telah telah dirasmikan oleh Almarhum Tuanku Ja'afar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman, Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan pada 26 September 1987. Ia turut menempatkan Bangunan Dewan Undangan Negeri, Negeri Sembilan.
Struktur binaan
Struktur Bangunan Dewan Undangan Negeri, Negeri Sembilan ini adalah berasaskan senibina Rumah Gadang, Minangkabau.