Yang Amat Mulia Putera Yang Empat Negeri Sembilan |
---|
|
|
|
|
---|
|
|
Pembentukan | 1831 |
---|
Yang Amat Mulia Putera Yang Empat Negeri Sembilan ialah istilah khas bagi empat orang putera di Negeri Sembilan yang menjadi pewaris takhta Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan. Keempat-empat putera ini akan menjadi calon Yang di-Pertuan Besar yang akan dipilih oleh Undang Yang Empat sebaik sahaja berlakunya kemangkatan Yang di-Pertuan Besar semasa[1]. Putera Yang Empat terdiri daripada mereka yang menyandang jawatan Tunku Besar Seri Menanti, Tunku Laxamana, Tunku Muda Serting dan Tunku Panglima Besar[2].
Peranan
Tugas-tugas Putera Yang Empat termasuklah menyelia hal ehwal istana dan pegawai-pegawai istana dan sebagai penasihat kepada Yang di-Pertuan Besar[2].
Di samping itu, Perlembagaan Negeri memperuntukkan bahawa Tunku Besar Seri Menanti adalah anggota Dewan Keadilan dan Undang yang dianggotai Yang di-Pertuan Besar, Undang Yang Empat, Tunku Besar Tampin dan beberapa anggota lain[2].
Penyandang semasa
Rujukan