Raja-raja Melayu memainkan peranan penting dalam sejarah, perlembagaan, dan institusi kerajaan Melayu di Nusantara. Malaysia, sebagai sebuah negara berdaulat, mengekalkan institusi Raja sebagai tonggak sistem pemerintahannya. Mengikut takrif "Raja" di bawah Fasal 2 Perkara 160 Perlembagaan Persekutuan, Malaysia mempunyai 14 orang Raja. Namun, hanya 9 Raja dari negeri-negeri beraja yang menjadi Ahli Majlis Raja-Raja.
Bagi Negeri Sembilan, keadaan unik berlaku kerana ia mempunyai enam Raja, iaitu Yang di-Pertuan Besar dan empat Undang Luak (Sungai Ujong, Jelebu, Johol, dan Rembau), serta Tunku Besar Tampin dan hanya Yang di-Pertuan Besar dilantik oleh baginda sekalian mewakili Negeri Sembilan ke Majlis Raja-Raja. Sebelum pembentukan Malaysia, Negeri Sembilan adalah gabungan negeri-negeri kecil yang membentuk sebuah konfederasi. Raja-Raja ini kekal berkuasa di wilayah masing-masing, yang dikenali sebagai luak, hingga ke hari ini dan mempuyai kuasa sebagaimana Raja-Raja di Negeri-Negeri lain.
Yang di-Pertuan Agong merupakan ketua negara Malaysia yang dilantik setiap 5 tahun daripada 9 orang Raja-raja Melayu yang berkuasa. Jawatan ini diperkenalkan pada 31 Ogos 1957 ketika Persekutuan Tanah Melayu merdeka daripada jajahan British. Setiap raja-raja melayu bersetuju untuk memilih setiap daripada 9 orang raja untuk menjadi Yang di-Pertuan Agong.
Yang di-Pertuan Negara
Gelaran Yang di-Pertuan Negaraini merupakan ketua negara Brunei.
Raja-raja Melayu
Raja-raja Melayu kini merupakan raja berpelembagaan tidak seperti dahulu, Raja-raja Melayu menjadi tunggak kerajaan monarki mutlak. Setiap raja-raja melayu dilindungi oleh perlembagaan. Setiap daripada mereka berkuasa ke atas negeri taklukannya. Mereka menjadi ketua agama bagi setiap negeri dan berkuasa ke atas kerajaan negeri.
Senarai Raja-raja Melayu adalah:
Majlis Raja-Raja Melayu bermula apabila negeri-negeri Melayu bersekutu seperti Selangor, Perak, Negeri Sembilan dan Pahang menjalankan mesyuarat antara sesama sendiri dengan wakil British. Nama mesyuarat tersebut dipanggil Durbar.
Kesultanan Kedah merupakan kesultanan melayu yang paling tua sekali di antara raja-raja Melayu. Sebelum ini jajahan taklukan negeri Kedah tersebar luas sehingga ke Pattani.Pulau Pinang dan Perlis juga merupakan berada bawah taklukan kesultanan Kedah.
Sultan Selangor berasal daripada keturunan pahlawan MelayuBugis iaitu Daeng Chelak.Daeng Chelak juga merupakan Yang diPertuan Muda Riau. Anak kepada pahlawan tersebut Raja Lumu telahpun dipilih dikalangan penduduk Kuala Selangor untuk dijadikan sebagai ketua ataupun pemimpin di situ. Walaupun Raja Lumu merupakan keturunan MelayuBugis tetapi pelantikannya sebagai Sultan Selangor yang pertama diiktiraf dan ditabalkan oleh Sultan Perak. Kemudian gelaran Sultan Salehuddin Shah Ibni Daeng Chelak diguna pakai bagi menggantikan gelaran raja lumu. Meskipun Sultan Selangor berketurunan bugis tak bermakna seluruh penduduk Selangor adalah bugis mereka semuanya adalah berasal daripada Melayu Johor. Ada beberapa kaum Jawa dan Bugis yang sempat menetap di Selangor sebelum kedatangan British. Kebanyakan daripada mereka itu menetap di bahagian Selangor yang bersempadan dengan laut seperti Sabak Bernam dan Kuala Selangor.Namun kesemua daripada mereka sudah menjadi Melayu asli kerana pengaruh budaya masyarakat Melayu di Selangor. Daerah terawal di Selangor adalah Kuala Selangor,Hulu Selangor,Klang,Kuala Langat, dan Hulu Langat. Daerah Sabak Bernam terbentuk daripada perpisahan Bernam dan Kuala Selangor, daerah Kuala Lumpur terbentuk apabila British menjumpa kawasan perlombongan bijih timah baharu di Kuala Lumpur. Apabila Kuala Lumpur diberikan kepada Kerajaan Pusat, sebahagian daripada daerah Kuala Lumpur adalah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur manakala bahagian yang lain adalah daerah Gombak. Daerah Petaling wujud apabila pembangunan di Kuala Lumpur terlalu pesat lalu pelombong-pelombong berhijrah ke sini. Daerah Sepang wujud daripada perpisahan daripada Kuala Langat.
Kesultanan Negeri Sembilan wujud daripada penghijrahan secara beramai-ramai orang MelayuMinangkabau daripada pulau Sumatera. Nama Darul Khusus itu bermaksud kesultanan ini berbeza daripada negeri-negeri melayu beraja yang lain. Negeri Sembilan mengamalkan adat perpatih yang lain daripada negeri lain yang mengamalkan adat temenggung. Nama kesultanan ini dahulunya dikenal daripada nama Sungai Ujong dan Naning. Kesultanan ini bagaimanapun ada mengambil tanah taklukan negeri Selangor iaitu di Lukut dan Linggi. Dikatakan orang Minangkabau bergaduh besar dengan orang-orang melayu Selangor. Lalu kawasan tersebut berada di bawah kesultanan Negeri Sembilan.Nama baharu kesultanan ini,Negeri Sembilan bermaksud dahulu kesultanan ini mempunyai 9 daerah, walaubagaimanapun kini Negeri Sembilan hanya mempunyai 8 daerah. Bahasa negeri sembilan ataupun lebih dikenali sebagai bahasa nogori adalah pencampuran daripada bahasa tempatan iaitu bahasa Melayu dengan bahasa minangkabau.
Kesultanan Perlis wujud daripada pembahagian wilayah di utara Kedah yang berlaku daripada penjajahan siam. Siam membahagikan kawasan Kedah kepada dua bahagian iaitu kawasan Kedah pada hari ini dan kawasan di utara Kedah. Kawasan inilah yang menyebabkan berlakunya kewujudan kesultanan Perlis iaitu kesultanan termuda sekali di Malaysia
Gelaran Raja-Raja Melayu
Sultan
Gelaran Sultan digunapakai oleh 7 raja-raja melayu seperti
Selangor : Sultan Sharafuddin Idris Shah ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-HajKebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Wathiqu Billah Al [[RAJA TENGKU Muhammad Haanifiyah B AHMAD ZIKRI
Perak : Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfurlah
Istana Negara merupakan kediaman rasmi Yang di-Pertuan Agong.Selain itu, setiap acara rasmi kerajaan diadakan di situ seperti pelantikan Perdana Menteri Malaysia,jemaah Menteri dan anggota kerajaan.Istana Negara juga berperanan sebagai tempat mesyuarat majlis raja-raja Melayu bagi membincangkan tentang hal ehwal negara. Sebelum ini Istana Negara terletak berdekatan dengan Muzium Negara. Namun istana tersebut adalah kecil dan sempit. Maka, Istana Negara telahpun ditukar ke tempat lain yang berdekatan dengan Parlimen Malaysia. Istana Negara lama tersebut telahpun dijadikan sebagai Muzium Diraja.
Istana Alam Shah adalah istana rasmi bagi Sultan Selangor. Setiap acara rasmi berkenaan negeri Selangor diadakan di istana tersebut seperti pelantikan Sultan Selangor, Menteri Besar Selangor, jemaah exco negeri dan bermacam lagi. Terdapat dua lagi istana bagi Sultan Selangor iaitu di Shah Alam dan Putrajaya.
Istana Besar Seri Menanti adalah istana rasmi bagi kesultanan Negeri Sembilan bagi menggantikan istana lama seri menanti yang diperbuat daripada Kayu yang tidak berpaku. Istana lama tersebut sudah dijadikan sebagai muzium.
Tabal merupakan bunyian yang digunakan ketika ketibaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Raja-raja. Negeri yang memiliki diraja adalah Kedah, Perak, Terengganu dan Selangor. Tabal diraja Selangor adalah berasal daripada Perak. Sejarah pembentukan kesultanan Selangor berkait rapat dengan Perak. Oleh kerana itu Selangor memiliki tabal tersebut. Tabal negeri Terengganu dihadiahkan oleh Kesultanan Lingga rentetan dari hubungan persaudaraan antara keduanya setelah dimansuhkan oleh Belanda pada 1911.
Peranan Rakyat
Sebagai rakyat kita perlulah menghormati raja-raja melayu dan perlembagaanya. Kita perlu menghormati dan mentaati setiap titah mereka. Sesiapa yang membuatkan raja-raja melayu berasa marah akan menyebabkan dirinya derhaka oleh raja-raja melayu.