Semasa pemerintahan Sultan Johor Moden pertama, Sultan Abu Bakar, pembukaan banyak ladang-ladang gambir di Johor menyebabkan kepada keperluan untuk mendapatkan tenaga kerja. Baginda telah membuka pintu kepada para penduduk asal Indonesia untuk bekerja dan menetap di Johor. Kebanyakan daripada mereka berasal dari suku Jawa dan Bugis.[3]
Nama etnik
Pada hari ini, kebanyakkan etnik Melayu Johor menggelar diri mereka sebagai Bangsa Johor.[4]
Sebahagian besar adat serta budaya masyarakat Melayu Johor mempunyai persamaan dengan Melayu Semenanjung Malaysia. Perbezaan utama ialah dialek mereka yang agak berbeza dengan Bahasa Melayu standard. Antara Kebudayaan Melayu Johor ialah:
Tan Sri Muhyiddin Yassin - Perdana Menteri Malaysia ke-8 dari 2020-2021, Timbalan Perdana Menteri Malaysia ke-10 dari 2009-2015 dan Menteri Besar Johor dari 1986-1995
Tun Dr. Awang Hassan - Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang dari 1981-1989
Dato' Seri Hishammuddin Hussein - mantan Menteri Kabinet kanan persekutuan serta mantan Ketua Pemuda UMNO
Tun Sardon Jubir - Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang dari 1975-1981
Tun Musa Hitam - Timbalan Perdana Menteri Malaysia ke-5 dari 1981-1986
Tan Sri Hassan Yunus - Mantan Menteri Besar dan Mufti Johor
Datuk Dr. Abdul Latiff Ahmad - mantan Menteri Kabinet serta Ahli Parlimen selama lima penggal untuk kawasan P154 Mersing dari 1999-2022, mantan Exco serta Ahli Dewan Undangan Negeri Johor untuk sepenggal dari 1994-1999 untuk kawasan Endau
Tun Dr. Ismail Abdul Rahman - Timbalan Perdana Menteri Malaysia ke-2 dari 1970-1973
Tan Sri Dr. Abu Bakar Suleiman - Doktor perubatan kanan merangkap mantan Ketua Pengarah Kesihatan dari 1991-1999
Tun Fatimah Hashim - Menteri dari kalangan wanita pertama menganggotai Kabinet Malaya
Tan Sri Dr. Yahya Awang - Doktor bedah kardiologi yang dikenali sebagai tokoh pengasas Institut Jantung Negara. Beliau melakukan dua operasi bypass koroner pada Perdana Menteri Mahathir Mohamad pada tahun 1989 dan 2007