Rumpun Bahasa Melayu-Polinesia Terutamanya Bahasa-bahasa Dayak Ngaju • Iban • Klemantan • Kayan • Ot Danum • Barito • Bakumpai • Ma'anyan • Murut • dll. Termasuk juga Bahasa Indonesia dan Bahasa Melayu Berau • Kutai • Mempawah • dll.
Dayak, turut dieja sebagai Dyak atau Dayuh merupakan salah satu rumpun bumiputera di Borneo.[4] Ia merupakan gelaran umum bagi 200 suku kaum yang menetap di kawasan sungai dan bukit, terutamanya di bahagian tengah dan selatan Pulau Borneo, dengan bahasa, dialek, adat, undang-undang, kawasan dan budaya yang tersendiri, walaupun terdapat juga persamaan umum tentang puak ini. Bahasa-bahasa Dayak dikategorikan sebagai sebahagian daripada cabang Bahasa-bahasa Austronesia. Pada zaman dahulu, sebahagian besar masyarakat Dayak memeluk kepercayaan animisme (turut dikenali sebagai Kaharingan di Indonesia), walaupun bermula pada abad ke-19 ramai yang mulai memeluk agama Kristian dan Islam.[5]
Etimologi
Nama Dayak dipercayai berasal daripada Bahasa Melayu Brunei dan Melanau bererti "orang yang berada di pendalaman", tanpa merujuk kepada mana-mana etnik khas. Gelaran tersebut kemudian diserap oleh penulis-penulis Belanda dan Jerman sebagai istilah umum bagi puak-puak peribumi bukan Islam di Borneo. Justeru, perbezaan utama antara Dayak dan bukan-Dayak adalah perbezaan agama. Namun, penulis-penulis Inggeris tidak bersetuju dengan pengelasan yang dilakukan oleh pihak Belanda dan Jerman, antaranya James Brooke yang hanya menggunakan istilah Dayak untuk dua kumpulan khas, Dayak Darat (Bidayuh) dan Laut (Iban).[6]
Pengelasan Belanda yang bermula pada abad ke-19 kemudiannyua dilanjutkan di Indonesia, sebagai istilah umum bagi kesemua suku-suku bukan Islam di Pulau Borneo sehingga. Manakala di Malaysia, istilah Dayak secara am-nya kekal sebagai rujukan kepada suku Iban (sebelumnya dikenali sebagai Dayak Laut) dan Bidayuh (disebut sebagai Dayak Darat pada waktu dahulu).[7]
Suku dan bahasa
Suku-suku Dayak tidak bertutur dalam sebuah bahasa yang sama.[8] Bahasa mereka termasuk dalam pelbagai cabang Rumpun Bahasa Melayu-Polinesia, seperti Rumpun bahasa Dayak Darat, Bahasa-bahasa Melayu, Bahasa Sabah, Bahasa Barito dan sebagainya.[9][10] Pada hari ini, kebanyakkan masyarakat Dayak mampu bertutur dalam dwi-bahasa dengan fasih, selain daripada bahasa ibunda mereka, mereka juga dapat berkomunikasi dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Indonesia, bergantung dengan negara asal mereka. Banyak bahasa-bahasa yang dituturkan di Borneo merupakan endemik (tidak dapat ditemukan di tempat lain).
Dianggarkan terdapat sebanyak 170 bahasa dituturkan di Borneo, dengan ada yang hanya mempunyai beberapa ratus penutur. Justeru membawa kebimbangan terhadap masa depan bahasa-bahasa ini dan kebudayaan yang berkaitan.
Pada tahun 1954, Tjilik Riwut telah mengkategorikan pelbagai kumpulan dayak kepada 18 suku di seluruh pulau boneo, dengan 403 puak berdasarkan bahasa, adat dan budaya. Namun, beliau tidak memberi penerangan selanjutnya tentang nama puak-puak ini.[11]
Di Indonesia, kepercayaan agama Dayak dikenali sebagai Kaharingan, boleh dikatakan sebagai salah satu bentuk animisme. Nama ini diperkenalkan oleh Tjilik Riwut pada tahun 1944 sewaktu beliau memegang jawatan sebagai Residen Belanda di Sampit, Hindia Timur Belanda. Pada tahun 1945, sewaktu pentadbiran Jepun, Jepun merujuk Kaharingan sebagai agama masyarakat Dayak. Sewaktu Orde Baru di Indonesia pada tahun 1980, Kaharingan didaftarkan sebagai sejenis kepercayaan Hindu Indonesia, kerana pada waktu itu Indonesia hanya mengeniktiraf 6 bentuk agama - Islam, Protestan, Roman Katolik, Hindu, Buddha and Konfusianisme. Penggabungan Kaharingan sebagai ajaran Hindu bukan kerana persamaan sistem agama tersebut, namun kerana Kaharingan merupakan ajaran tertua di Kalimantan.
Berbeza dengan perkembangan yang berlaku di Kalimantan, Kaharingan tidak digunakan sebagai rujukan agama di Malaysia dan Brunei, justeru kepercayaan asal masyarakat Dayak dinamakan sebagai animisme atau pagan di luar Indonesia.[13]
Kristian
Dalam lingkungan 2 abad yang lalu, ramai masyarakat Dayak mulai memeluk agama Kristian, disamping meninggalkan beberapa adat tradisional. Agama Kristian diperkenalkan oleh mubaligh Kristian di Borneo. Perbezaan agama antara penduduk Borneo pernah menyebabkan beberapa ketegangan agama sebelum ini.[14]
Islam
Secara tradisinya, memeluk agama Islam di Borneo dianggap sebagai Masuk Melayu, iaitu asimilasi dengan adat Melayu. Namun, terdapat juga beberapa kelompok Dayak yang mempunyai penganut agama Islam yang besar, namun sehingga ke hari ini menganggap diri mereka sebagai Dayak. Misalnya masyarakat Bakumpai yang memeluk agama Islam pada abad ke-19, dan mempunyai kekerabatan bahasa dan budaya yang erat dengan Orang Ngaju. Mereka melihat istilah Dayak secara baik dan menganggap diri mereka sebagai "Dayak Muslim".[15]
Galeri
Wanita Ma'anyan sewaktu Pesta Budaya Keang
Seni dinding suku Kenyah
Seorang lelaki Iban (Dayak Laut) daripada Sarawak dengan busana pahlawan
Sebuah Baluk di Kalimantan Barat, dewan keramaian masyarakat Bidayuh (Dayat Darat)
Seorang kanak-kanak perempuan Punan, terdapat beberapa puak Dayak dikenali melalui cuping telinga mereka yang dipanjangkan melalui anting-anting besi (1931-1932)
Lansaran, permainan trampolin tradisional masyarakat Murut.
Seorang lelaki Dayak bertatu di tengah Borneo, beliau berkemungkinan berasal dari puak Ot Danum (1880-1920)
^"Dayak". Britanicca. Encyclopædia Britannica. Dicapai pada 13 May 2022.
^Avé, J. B. (1972). "Kalimantan Dyaks". Dalam LeBar, Frank M. (penyunting). Ethnic Groups of Insular Southeast Asia, Volume 1: Indonesia, Andaman Islands, and Madagascar. New Haven: Human Relations Area Files Press. m/s. 185–187. ISBN978-0-87536-403-2.
^Adelaar, K. Alexander (1995). Bellwood, Peter; Fox. James J.; Tryon, Darrell (penyunting). "Borneo as a cross-roads for comparative Austronesian linguistics"(PDF). The Austronesians: Historical and Comparative Perspectives (ed. online). Canberra, Australia: Department of Anthropology, The Australian National University: 81–102. ISBN978-1-920942-85-4. Diarkibkan daripada yang asal(PDF) pada 29 Jun 2014. Dicapai pada 29 Jun 2014.
^Baier, Martin (2007). "The Development of the Hindu Kaharingan Religion: A New Dayak Religion in Central Kalimantan". Anthropos. 102 (2): 566–570. doi:10.5771/0257-9774-2007-2-566. JSTOR40389742.
^Chalmers, Ian (2006). "The Dynamics of Conversion: the Islamisation of the Dayak peoples of Central Kalimantan". Dalam Vickers, A.; Hanlon, M. (penyunting). Asia Reconstructed: Proceedings of the 16th Biennial Conference of the ASAA. Wollongong, NSW: Australian National University. hdl:20.500.11937/35283.
Bacaan lanjut
Benedict Sandin (1967). The Sea Dayaks of Borneo Before White Rajah Rule. Macmillan.
Derek Freeman (1955). Iban Agriculture: A Report on the Shifting Cultivation of Hill Rice by the Iban of Sarawak. H.M. Stationery Office.
Derek Freeman (1970). Report on the Iban. Bloomsbury Academic.
Eric Hansen (1988). Stranger in the Forest: On Foot Across Borneo. Vintage Books. ISBN9780375724954.
Hans Schärer (2013). Ngaju Religion: The Conception of God among a South Borneo People. Springer Science & Business Media. ISBN9789401193467.
Judith M. Heimann (2009). The Airmen and the Headhunters: A True Story of Lost Soldiers, Heroic Tribesmen and the Unlikeliest Rescue of World War II. Houghton Mifflin Harcourt. ISBN9780547416069.
Norma R. Youngberg (2000). The Queen's Gold. TEACH Services. ISBN9781572581555.
Peter Goullart (1965). River of the White Lily: Life in Sarawak. John Murray. ISBN0-7195-0542-9.
Raymond Corbey (2016). Of Jars and Gongs: Two Keys to Ot Danum Dayak Cosmology. C. Zwartenkot Art Books. ISBN9789054500162.
Syamsuddin Haris (2005). Desentralisasi dan Otonomi Daerah: Desentralisasi, Demokratisasi & Akuntabilitas Pemerintahan Daerah. Yayasan Obor Indonesia. ISBN9789799801418.
Victor T King (1978). Essays on Borneo Societies. Oxford University Press. ISBN9780197134344.