Ia mempunyai lapis bulu kasar padat yang melindunginya daripada cuaca dan daripada haiwan perosak. Schnauzer gergasi terdapat dalam tiga keragaman warna: lada dan garam, hitam pejal dengan lapis bulu bawah hitam, dan hitam dan perak.[7] Di tempat yang mengizinkannya, ia ditunjukkan dengan telinga dan ekor terpotong. Seperti schnauzer lain, ia mempunyai janggut dan bulu kening tersendiri. Kini, schnauzer gergasi menyertai banyak sukan anjing, termasuk schutzhund. Satu lagi sukan yang dalamnya ia cemerlang ialah suka yang berkaitan dengan kerja hidung. Oleh sebab sifat waspadanya, anjing ini juga digunakan dalam kerja polis.
Schnauzer gergasi pada asalnya dibiakbakakan sebagai anjing ladang serba guna untuk penjagaan harta benda dan penggiringan haiwan ke pasar.[9] Menjelang permulaan abad ke-20, schnauzer gergasi digunakan sebagai anjing pengawal di kilang, di kilang bir, pejagalan, dan kurungan ternakan di seluruh Bavaria.[1][8] Ia tidak terkenal di luar Bavaria sehingga ia digunakan sebagai anjing ketenteraan dalam Perang Dunia Pertama dan Perang Dunia Kedua.[1][8]Schnauzer gergasi pertama diimport ke Amerika pada tahun 1930-an, tetapi ia kekal jarang sehingga tahun 1960-an,[10] apabila baka ini menjadi popular. Pada tahun 1962, terdapat 23 ekor schnauzer gergasi baharu yang berdaftar dengan American Kennel Club; pada tahun 1974, bilangan ini ialah 386; pada tahun 1984, bilangannya melebihi 800 dan pada tahun 1987 terdapat sekitar 1000 ekor haiwan.[11][sumber terbitan sendiri?] Pada tahun 2012, terdapat 94 ekor anjing baharu yang didaftarkan, turun daripada 95 ekor pada tahun 2011.[12]
Walaupun schnauzer gergasi dipanggil 'gergasi', ini tidak sebanding dengan baka anjing besar lain seperti anjing besar Denmark atau anjing Rottweil, tetapi sebaliknya sebanding dengan schnauzer piawai dan schnauzer katik.[1]Piawaian bakaAKC mensyaratkan jantan untuk berdiri setinggi 65–70 sentimeter (25.5–27.5 in) pada paras kelasa dan betina untuk berdiri setinggi 60–65 sentimeter (23.5–25.5 in).[5]Schnauzer gergasi berbentuk segi empat sama[6] dan patut menyerupai versi lebih besar bagi schnauzer piawai.[8] Ekornya panjang dan telinganya merupakan telinga butang kecil yang terangkat tinggi-tinggi di atas kepala.[9] Di tempat dengan keizinan undang-undang untuk amalan ini, ekornya dan telinganya mungkin dipotong.[6]
Kepala adalah 1⁄2 panjang belakang anjing, apabila belakang diukur dari kelasa ke pangkal ekor.[8] Pipinya rata, namun cukup berotot.[8] Lapis bulunya padat, mirip dawai, dan kalis cuaca.[6][5] Bulu di muka schnauzer gergasi membentuk "janggut" dan kening tersendiri.[8] Langkahnya panjang dan segar.[2]
Perangai
Schnauzer gergasi biasanya merupakan baka pendiam.[2] Oleh sebab pembiakbakaannya, schnauzer gergasi sememangnya mencurigai orang asing dan dapat menjadi sangat teritorial.[1][2] Sebaik diperkenalkan, ia biasanya menerima orang atau situasi baharu.[1] Ia mempunyai potensi untuk menjadi agresif,[1] tetapi schnauzer gergasi biasanya menahan diri[2] – ia "ramah dalam rehat, dan merupakan watak berpendirian apabila terangsang".[8]
Schnauzer gergasi telah diperihalkan sebagai anjing yang boleh dipercayai dengan kanak-kanak.[2] Ia sangat cerdas dan dapat menjadi bosan dengan mudah.[1] Ia juga sangat bertenaga dan bersemangat tinggi,[8] yang, apabila ditambahkan dengan kebosanan, dapat membawa kepada tingkah laku yang tidak diingini dan bersifat pemusnah.[1] Ia mudah dilatih dan amat setia kepada pemiliknya.[8] Ia diketahui menjadi sangat terikat dengan pemiliknya. Sesetengah pembiak baka percaya bahawa schnauzer gergasi berwarna lada dan garam adalah lebih jinak daripada anjing berbulu hitam.[13]
Kesihatan
Sebuah kajian United Kingdom tahun 2024 mendapati jangka hayat sebanyak 12.1 tahun untuk baka ini berbanding dengan purata 12.7 tahun untuk baka tulen dan 12 tahun untuk baka silang.[14]
Schnauzer gergasi memerlukan penjagaan bulu nalar.[5][sumber terbitan sendiri?] Janggutnya dapat mengumpulkan air liur dan remah makanan, yang menjadikan pembersihan kerap penting.[15] Jika ditunjukkan, lapis bulu nya perlu dilucutkan setiap dua hingga empat minggu.[9] Jika ia hanya haiwan pendamping, lapis bulunya dapat digunting.[9] Sesetengah schnauzer gergasi mempunyai alahan terhadap syampu.[16]
^Jawi: شناءوزر ݢرݢاسيcode: ms is deprecated ; Jerman: Riesenschnauzercode: de is deprecated ; bahasa Inggeris: giant schnauzercode: en is deprecated
^ abcdefghijklmnStahlkuppe, Joe (31 Mac 2002). Giant Schnauzers: A Complete Pet Owner's Manual [Schnauzer Gergasi: Panduan Lengkap Pemilik Haiwan Peliharaan] (dalam bahasa Inggeris). Diilustrasi oleh Michele Earle-Bridges. Hauppauge, New York, Amerika Syarikat: B.E.S. Publishing. m/s. 5–11. ISBN9780764118845. OCLC47289437.
^ abcdefghRice, Dan (1 Mac 2001). "Giant Schnauzer" [Schnauzer Gergasi]. Big Dog Breeds [Baka Anjing Besar] (dalam bahasa Inggeris). Hauppauge, New York, Amerika Syarikat: B.E.S. Publishing. m/s. 166–167. ISBN9780764116490. OCLC44860848.
^ abcde"Giant Schnauzer" [Schnauzer Gergasi]. AKC Meet The Breeds (dalam bahasa Inggeris). American Kennel Club. Dicapai pada 8 Januari 2024.
^ abcdeKern, Kerry V.; Vriends, Matthew M. (1988). The New Terrier Handbook [Buku Panduan Terier Baharu] (dalam bahasa Inggeris). Hauppauge, New York, Amerika Syarikat: B.E.S. Publishing. m/s. 115. ISBN9780812039511. OCLC17508196.
^ abcdefgPalika, Liz (27 Ogos 2007). The Howell Book of Dogs: The Definitive Reference to 300 Breeds and Varieties [Buku Howell tentang Anjing: Rujukan Muktamad kepada 300 Baka dan Keragaman] (dalam bahasa Inggeris). Hoboken, New Jersey, Amerika Syarikat: Wiley. m/s. 250–251. ISBN9780470009215. OCLC85485148.
^"AKC Dog Registration Statistics" [Statistik Pendaftaran Anjing AKC] (dalam bahasa Inggeris). American Kennel Club. 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 7 Februari 2015. Dicapai pada 16 Januari 2024.
^Fields-Babineau, Miriam (2001). The Purebred Puppy [Anak Anjing Baka Tulen] (dalam bahasa Inggeris). Neptune City, New Jersey, Amerika Syarikat: TFH Publications. m/s. 137. ISBN9780793830947. OCLC1102103817.
^Bailey, Gwen (20 April 2009). "Giant Schnauzer" [Schnauzer Gergasi]. Training Your Superdog [Melatih Anjing Super Anda] (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-1 Amerika). New York, New York, Amerika Syarikat: Dorling Kindersley Publishing. m/s. 40. ISBN9780756649784. OCLC246886111.
^ abcdefgGough, Alex; Thomas, Alison (16 April 2004). "3-Dogs" [3-Anjing]. Breed Predispositions to Disease in Dogs & Cats [Predisposisi Baka terhadap Penyakit pada Anjing dan Kucing] (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-1). Oxford, United Kingdom: Wiley-Blackwell. m/s. 133–137. doi:10.1002/9780470690802.ch3. ISBN9781405107488. OCLC53231203.
^Stall, Sam (April 2005). "Schnauzer (Giant)" [Schnauzer (Gergasi)]. The Good, the Bad, and the Furry: Choosing the Dog That's Right for You [Yang Baik, yang Buruk, dan yang Berbulu: Memilih Anjing yang Betul untuk Anda] (dalam bahasa Inggeris). Philadelphia, Pennsylvania, Amerika Syarikat: Quirk Books. m/s. 169–170. ISBN9781594740213. OCLC61103847.
^"Summary results of the Purebred Dog Health Survey for Giant Schnauzers" [Keputusan ringkasan Tinjauan Kesihatan Anjing Baka Tulen untuk schnauzer gergasi] (PDF). Laporan daripada Jawatankuasa Sains The Kennel Club/ British Small Animal Veterinary Association (dalam bahasa Inggeris). The Kennel Club. 18 Ogos 2006. Diarkibkan daripada yang asal(PDF) pada 21 Oktober 2012. Dicapai pada 16 Januari 2024.