Bavaria, ialah salah satu daripada 16 buah negeri di dalam Republik Persekutuan Jerman. Negeri ini, yang terletak di tenggara Jerman, merupakan negeri Jerman yang terbesar dari segi saiz dengan keluasan mencecah 70,553 km², dan yang kedua terbesar dari segi jumlah penduduk dengan 12.5 juta orang. Ibu negerinya ialah Munich. Ia bersempadan dengan Austria.
Pentadbiran
Bayern dibahagi kepada 7 daerah pentadbiran yang disebut Regierungsbezirke.
Oberfranken
Mittelfranken
Unterfranken
Schwaben
Oberpfalz
Oberbayern
Niederbayern
Daerah-daerah pentadbiran ini terdiri dari 71 Kreise (seperti kabupaten) dan 25 Kreisfreie Städte (seperti kotamadya):