Terier rubah atau fox terrier[a] merupakan dua baka berlainan daripada jenis anjingterier: terier rubah licin dan terier rubah dawai. Kedua-dua baka ini berasal pada abad ke-19 daripada segelintir anjing yang diturunkan daripada keragaman terier British terdahulu dan berkaitan dengan baka terier putih moden lain. Di samping itu, sebilangan baka telah mencapah daripada kedua-dua jenis utama terier rubah ini dan telah diiktiraf secara berasingan, termasuk terier Jack Russell, terier rubah katik, dan terier tikus. Terier rubah dawai dan terier rubah licin mengongsi ciri-ciri serupa dengan perbezaan utama dari segi lapis bulu dan tanda-tanda. Baka ini telah berjaya dalam pertunjukan pengakuran, lebih menonjol di Amerika berbanding dengan di tanah airnya.
Sejarah
Pakar perubatan Inggeris John Caius menerangkan jenis terier Inggeris dalam karya tahun 1577 beliau English Dogges. Menjelang abad ke-18, ada catatan bahawa semua terier berbulu dawai dan berwarna hitam dan sawo matang.[1] Catatan terawal bagi mana-mana terier putih ialah seekor anjing yang bernama Pitch, yang dimiliki oleh Kolonel Thomas Thornton pada tahun 1790.[2] Anjing itu ialah subjek bagi sebuah lukisan oleh Sawrey Gilpin, yang mewujudukan sebuah potret tentangnya semasa ia masih hidup. Ukiran bagi lukisan ini, yang dibuat sebelum tahun 1810, disertai oleh teks, "Ada keperluan untuk melihat terier-terier milik Kolonel Thorton jika mereka hanya kerana Pitch yang terkenal milik beliau, yang daripadanya kebanyakan terier putih di kerajaan ini diturunkan."[2] Para penulis anjing pada awal abad ke-20 mencadangkan bahawa Pitch ialah seekor silangan terier-grehaun, yang merupakan punca pengenalan warna itu ke dalam baka ini.[3]
Mulai tahun 1870, pedigri lengkap untuk terier rubah wujud. Tiga ekor anjing, yang dikenali sebagai Old Jock, Trap, dan Tartar, merupakan leluhur kepada kebanyakan strain moden terier putih. Old Jock dibiakbakakan daripada seekor terier hitam dan sawo matang, sementara Trap adalah daripada strain daripada anjing-anjing milik Reverend John "Jack" Russell. Russell kemudian mempunyai siri baka terier Jack Russell yang dinamai sempena nama beliau.[3] Walaupun sejarah muktamad tentang Tartar tidak diketahui, ia juga dianggap berasal daripada ternakan terier hitam dan sawo matang.[5] Daripada anjing betina dari tempoh ini, Grove Nettle ialah yang paling terkenal.[6] Sebagai tambahan kepada anjing-anjing itu, seekor lagi yang bernama Old Tip dianggap sebagai moyang kepada terier rubah dawai moden.
Terier dari tempoh ini bertungkai pendek, berbinaan dengan gaya gempal, dan mempunyai tengkorak yang lebar di bahagian atas. Dengan penggunaan dalam kawanan perburuan dan pembelaan di kenel bersama-sama dengan anjing pemburu rubah Inggeris, ia dibiakbakakan kerana keupayaannya untuk mengusir rubah keluar dari sarangnya.[7] Secara beransur-ansur, rentak perburuan menjadi lebih cepat dan terier dibiakbakakan dengan tungkai lebih panjang untuk lebih kelajuan ke arah penghujung abad ke-18. Walau bagaimanapun, saiz meningkat bermakna bahawa terier rubah menjadi terlalu besar untuk digunakan untuk tujuan aslinya dan penggunaannya dalam pemburuan rubah mula berkurang.[8]
Fox Terrier Club of England diasaskan pada tahun 1876, dengan American Fox Terrier Club yang menyusul sembilan tahun kemudian, lalu menjadi kelab khusus baka pertama yang menjadi anggota American Kennel Club.[3] Seekor terier rubah licin betina yang dibiakbakakan oleh Winthrop Rutherfurd bernama Warren Remedy ialah pemenang pertama bagi Best in Show dalam Pertunjukan Anjing Westminster Kennel Club pada tahun 1907, tahun 1908, dan tahun 1909.[9] Ikutan kepopularan pertunjukan anjing pengakuran, terier rubah ialah hasil pembiakbakaan terpilih. Sebagai contoh, menjelang tahun 1949, 120 ekor daripada 140 ekor juara terier rubah dawai diturunkan daripada seekor anjing tunggal yang memenangi kejuaraan.[3]
The painting of Pitch ("Lukisan Pitch") (1790), oleh Sawrey Gilpin (1733–1807)
Terier rubah Cheroot lahir pada tahun 1886 dan merupakan penghubung antara terier rubah pekerja awal abad ke-19 dengan anjing pertunjukan pada penghujung abad tersebut.
Old Jock, Grove Nettle, dan Tartar, tiga ekor leluhur kepada terier rubah moden
Kedua-dua jenis utama terier rubah kebanyakannya berwarna putih dengan tanda-tanda berwarna dan mempunyai ciri-ciri muka serupa.[12][13] Baka-baka ini pada dasarnya adalah sama kecuali perbezaan lapis bulu dan sedikit perbezaan pewarnaan dan tanda-tanda.[14] Tanda-tanda pada mana-mana jenis dapat muncul dengan warna hitam semasa lahir pada kepala, tetapi mungkin mencerah pada usia dewasa, dengan warna-warna paling lazim iaitu sawo matang dan hitam.[15] Tandanya merupakan sejenis tompok piebald.[16] Walaupun kedua-dua baka utama pada asalnya lazimnya saling dibiakbakakan, ini tidak lagi berlaku dalam susur galur baka tulen.[17]
Terier rubah telah lebih berjaya daripada mana-mana baka lain dalam Pertunjukan Anjing Westminster Kennel Club, dengan empat gelaran Best in Show yang dianugerahkan kepada terier rubah licin dan empat belas gelaran yang dianugerahkan kepada terier rubah dawai.[3][15] Kedua-duanya ditunjukkan sebagai satu baka dengan dua variasi lapis bulu; ini berubah pada tahun 1985 apabila American Kennel Club menyenaraikan kedua-duanya sebagai baka berasingan.[13] Di United Kingdom, dalam Crufts, terier rubah licin belum memenangi sebarang gelaran Best in Show, sementara terier rubah dawai telah menang sebanyak tiga kali.[18]
Terier rubah licin mempunyai lapis bulu pendek dan keras yang kebanyakannya berwarna putih. Ia berukuran setinggi 14–15.5 inci (36–39 cm) pada paras kelasa dan seberat 15–19 paun (6.8–8.6 kg). Kepala baka ini panjang dan berbentuk baji dengan mata kecil dan gelap serta telinga berbentuk v.[12]
Baka ini telah dikenal pasti sebagai salah satu daripada beberapa Baka Asli Rentan di United Kingdom. Ini adalah apabila terdapat kurang daripada 300 pendaftaran tahunan dengan The Kennel Club. Pada tahun 2010, terdapat 155 ekor terier rubah licin yang didaftarkan, berbanding dengan 693 ekor terier rubah dawai dan 8,663 ekor anjing daripada baka paling popular dalam Kumpulan Terier, bulterier Staffordshire.[19]
Anjing paling berjaya dalam Pertunjukan Anjing Westminster Kennel Club ialah Ch. Warren Remedy, yang memenangi gelaran Best in Show sebanyak tiga kali pada antara tahun 1907 dengan tahun 1909.[9] Kemenangan-kemenangan ini diikuti oleh gelaran Best in Show lanjut untuk Ch. Sabine Rarebit pada tahun 1910.[20] Walaupun baka terier rubah licin memenangi empat gelaran Best in Show pertama dalam Pertunjukan Anjing Westminster, ia tidak pernah menang lagi sejak itu.[21]
Terier rubah berbulu dawai mempunyai lapis bulu ganda keras dan rangup dengan tekstur kasar di bawahnya yang memberikan perlindungan daripada kesejukan.[14][22] Lapis bulunya patut padat sehingga kulit tidak dapat dilihat atau dirasai.[22] Helaian bulu patut memintal, tetapi tidak keriting.[15] Rata-rata anjing baka ini patut berukuran setinggi 14–15.5 inci (36–39 cm) pada paras kelasa dan seberat 15–19 paun (6.8–8.6 kg). Ia mempunyai ciri-ciri serupa dengan terier rubah licin dengan mata gelap kecil dan telinga berbentuk v. Tubuhnya lebih pendek daripada ketinggiannya.[13]
Raja Edward VII memiliki seekor terier rubah dawai dari kenel Notts yang dipanggil Caesar of Notts,[23] yang melakukan banyak usaha untuk mempopularkan baka ini pada permulaan abad ke-20.[24] Seekor lagi anjing kenel Notts ialah pemenang awal Juara Terbaik dalam Crufts pada tahun 1911 yang bernama Collarbone of Notts.[25][26] Anjing individu lain yang sangat mempengaruhi baka ini termasuk Ch. Talavera Simon, yang lahir pada tahun 1924, dan Ch. Maharaja Zeloy, yang lahir pada tahun 1960.[24]
Terier rubah dibawa ke Brazil pada abad ke-18. Ia disilangkan dengan anjing Chihuahua, pincer kerdil, dan baka kecil lain semasa abad berikutnya dan sejak itu telah digunakan untuk pemburuan tikus dan haiwan lain.
Ia dikembangkan oleh Reverend John Russell pada awal abad ke-19. Selepas kematian beliau, susur galur itu diteruskan pada awal abad ke-20 sebagai keragaman pekerja lebih kecil bagi terier rubah. Terier Jack Russell mempunyai dua baka keturunannya sendiri, iaitu terier Parson Russell dan terier Russell.
Baka ini diturunkan daripada terier rubah yang dibawa ke Jepun oleh orang Belanda pada awal abad ke-18. Ia dikawankan dengan baka-baka sedia ada Jepun dan dikembangkan di bandar Yokohama dan di bandar Kobe.
Ia diwujudkan daripada terier rubah licin dan dibiakbakakan dengan pelbagai baka mainan termasuk pincer kerdil, grehaun kecil Itali, anjing Chihuahua, dan terier Manchester. Baka ini diiktiraf oleh American Kennel Club pada tahun 2003.
Ia diasaskan sebagai anjing pekerja selepas terier dibawa ke Australia oleh para imigran awal. Ia digunakan untuk membasmi haiwan perosak seperti tikus, arnab, dan rubah. Ia popular dalam kalangan masyarakat petani.
Ia dikembangkan sebagai silangan antara terier rubah, terier putih Inggeris, dengan terier biasa lain semasa zaman penghijrahan awal ke Amerika. Baka ini terdapat dengan tiga saiz: mainan, iaitu sehingga setinggi 8 inci (20 cm); miniatur, iaitu sehingga setinggi 14 inci (36 cm); dan piawai, iaitu lebih tinggi daripada 14 inci (36 cm).
Para peneroka Eropah membawa terier rubah bersama dengan mereka ke Amerika Selatan pada abad ke-18 untuk bertindak sebagai pemburu tikus. Baka ini disilangkan dengan anjing asli dan dikembangkan dalam komuniti pedalaman.
Miastenia gravis, iaitu penyakit saraf otot, ialah penyakit keturunan pada terier rubah licin melalui gen resesif autosom.[44] Ini juga dapat menjadi gejala bagi megaesofagus, iaitu isu kesihatan untuk terier rubah dawai.[45] Satu lagi keadaan keturunan pada terier rubah licin ialah katarak, yang lebih lazim daripada purata pada baka ini.[46] Kedua-dua jenis terier rubah dapat menjadi rentan terhadap alahan.[47]
Dalam tinjauan yang dijalankan oleh The Kennel Club, punca primer bagi kematian untuk terier rubah ialah usia lanjut, yang menyebabkan 31.8% daripada kematian yang dilaporkan. Punca sekunder ialah kanser daripada jenis yang tidak disebut, yang menyumbangkan 22.7% daripada laporan.[48] Purata jangka hayat terier rubah ialah sekitar 15 tahun;[49] tinjauan The Kennel Club melaporkan usia median pada kematian sebanyak 13 tahun dan 2 bulan.[48]
Terier rubah berbulu dawai cenderung terhadap dermatitis atopi.[50]
Catatan
^Jawi: تيريئر روبه; فوکس تيريئرcode: ms is deprecated ; bahasa Inggeris: fox terriercode: en is deprecated
^Lee (1902), m/s. 44 harvp error: no target: CITEREFLee1902 (help)
^Haynes (1912), m/s. 27 harvp error: no target: CITEREFHaynes1912 (help)
^Haynes (1912), m/s. 28 harvp error: no target: CITEREFHaynes1912 (help)
^ ab"Fox Terrier Wins Blue Ribbon Event" [Terier Rubah Menang Acara Riben Biru] (PDF). The New York Times (dalam bahasa Inggeris). 15 Februari 1907. Dicapai pada 8 Jun 2024.
^"Different Types of Terrier" [Jenis Terier Berlainan] (dalam bahasa Inggeris). Jack-Russell.co.uk. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 April 2010. Dicapai pada 8 Jun 2024.
^Warren, Dean Marvin (2002). Small Animal Care and Management [Penjagaan dan Pengurusan Haiwan Kecil] (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-2). Albany, New York, Amerika Syarikat: Delmar Thomson Learning. m/s. 82. ISBN9780766814240. OCLC43287547.
^"Supplements & Breed Showcases" [Tambahan dan Pameran Baka]. Dog World (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 15 Oktober 2008. Dicapai pada 8 Jun 2024.
^"Sabine Rarebit is Best Dog in Show" [Sabine Rarebit Ialah Anjing Terbaik dalam Pertunjukan] (PDF). The New York Times (dalam bahasa Inggeris). 12 Februari 1910. Dicapai pada 8 Jun 2024.
^"Best in Show Winners" [Pemenang Best in Show]. Westminster Kennel Club (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 25 Disember 2007. Dicapai pada 8 Jun 2024.
^ ab"Dogs Which Greatly Influenced Wires as We Know Them Today" [Anjing yang Banyak Mempengaruhi Terier Rubah Dawai Sebagaimana Kita Mengenalinya Kini]. Wire Fox Terrier Association (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 19 Oktober 2018. Dicapai pada 8 Jun 2024.
^"History" [Sejarah] (dalam bahasa Inggeris). Wire Fox Terrier Association. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 Oktober 2018. Dicapai pada 8 Jun 2024.
^Jackson, Frank (November 1990). Crufts: The Official History [Crufts: Sejarah Rasmi] (dalam bahasa Inggeris). London, United Kingdom: Pelham Books. m/s. 193. ISBN9780720718898. OCLC22241841.
^"Origen de la raza Ratonero Bodeguero" [Asal usul baka anjing pemburu tikus bodega]. Club Nacional Del Perro Ratonero-Bodeguero (dalam bahasa Sepanyol). Diarkibkan daripada yang asal pada 24 April 2014. Dicapai pada 8 Jun 2024.
^"Estadar de la raza Ratonero Bodeguero" [Piawaian baka anjing pemburu tikus bodega]. Club Nacional Del Perro Ratenero-Bodeguero (dalam bahasa Sepanyol). Diarkibkan daripada yang asal pada 24 April 2014. Dicapai pada 8 Jun 2024.
^"JRTCA Breed Standard" [Piawaian Baka JRTCA]. therealjackrussell.com (dalam bahasa Inggeris). Jack Russell Terrier Club of America. Dicapai pada 8 Jun 2024.
^"Breed Comparison" [Perbandingan Baka] (dalam bahasa Inggeris). Jack Russell Terrier Club of America. Dicapai pada 8 Jun 2024.
^"Breed History" [Sejarah Baka]. Mini Foxie Club of Australia (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 19 Oktober 2015. Dicapai pada 8 Jun 2024.
^"AKC Meet the Breeds: Toy Fox Terrier" [Kenali Baka AKC: Terier Rubah Mainan] (dalam bahasa Inggeris). American Kennel Club. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 Ogos 2012. Dicapai pada 8 Jun 2024.
^Barker, Arthur J.; Barker, H. A. (1992). The Complete Book of Dogs [Buku Lengkap Anjing] (dalam bahasa Inggeris). Stamford, Connecticut, Amerika Syarikat: Longmeadow Press. m/s. 106. ISBN9780681417663. OCLC29533134.
^Moore, Dan. "What is a Teddy Roosevelt Terrier" [Apakah Terier Teddy Roosevelt] (PDF) (dalam bahasa Inggeris). United Teddy Roosevelt Terrier Club of America. Diarkibkan daripada yang asal(PDF) pada 17 Julai 2011. Dicapai pada 8 Jun 2024.
^"Tenterfield Terrier" [Terier Tenterfield] (dalam bahasa Inggeris). Australian National Kennel Council. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 Julai 2011. Dicapai pada 8 Jun 2024.
^"Tenterfield Terrier" [Terier Tenterfield] (dalam bahasa Inggeris). Pedigree. Diarkibkan daripada yang asal pada 25 Mac 2012. Dicapai pada 8 Jun 2024.
^Palika (2007), m/s. 337 harvp error: no target: CITEREFPalika2007 (help)
^"Origin de la Raza" [Asal Usul Baka]. Club Nacional Terrier Chileno (dalam bahasa Sepanyol). Diarkibkan daripada yang asal pada 8 Julai 2010. Dicapai pada 8 Jun 2024.
^de Lahunta, Alexander; Glass, Eric N. (7 Ogos 2008). Veterinary Neuroanatomy and Clinical Neurology [Neuroanatomi dan Neurologi Klinikal Veterinar] (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-3). St. Louis, Missouri, Amerika Syarikat: Saunders. m/s. 93. ISBN9780721667065. OCLC222134753.
^Tams, Todd R. (2 Jun 2003). "Chapter 4 - Diseases of the Esophagus" [Bab 4 - Penyakit Esofagus]. Handbook of Small Animal Gastroenterology [Buku Panduan Gastroenterologi Haiwan Kecil] (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-2). St. Louis, Missouri, Amerika Syarikat: Saunders. m/s. 120. doi:10.1016/B978-0-7216-8676-9.50008-9. ISBN9780721686769. OCLC53224769.
^Martin, Charles Lloyd (25 September 2009). Ophthalmic Disease in Veterinary Medicine [Penyakit Mata dalam Perubatan Veterinar] (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-1). London, United Kingdom: Manson Publishing. m/s. 381. ISBN9781840761184. OCLC263296038.
^Mindell, Earl; Renaghan, Elizabeth (1 November 2007). Dr. Earl Mindell's Nutrition and Health for Dogs [Pemakanan dan kesihatan untuk anjing oleh Dr. Earl Mindell] (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-2). Laguna Beach, California, Amerika Syarikat: Basic Health Publications. m/s. 205. ISBN9781591202035. OCLC171151674.
Cunliffe, Juliette (2002). The Encyclopedia of Dog Breeds [Ensiklopedia Baka Anjing] (dalam bahasa Inggeris). Bath, United Kingdom: Parragon. ISBN9780752580180. OCLC59182873.
Lee, Rawdon Briggs (1902). A History and Description, with Reminiscences, of the Fox Terrier [Sejarah dan Keterangan, dengan Kesan Bekas, Terier Rubah] (dalam bahasa Inggeris). London, United Kingdom: Horace Cox. OCLC904349448.
Palika, Liz (27 Ogos 2007). The Howell Book of Dogs: The Definitive Reference to 300 Breeds and Varieties [Buku Howell tentang Anjing: Rujukan Muktamad kepada 300 Baka dan Keragaman] (dalam bahasa Inggeris). Hoboken, New Jersey, Amerika Syarikat: Wiley. ISBN9780470009215. OCLC85485148.
Vanderlip, Sharon Lynn (1 September 2001). Fox Terriers: A Complete Pet Owner's Manual [Terier Rubah: Panduan Lengkap Pemilik Haiwan Peliharaan] (dalam bahasa Inggeris). Hauppauge, New York, Amerika Syarikat: B.E.S. Publishing. ISBN9780764116360. OCLC45618239.