Pincer Jerman[a] ialah satu bakaterier Jerman dalam kumpulan pincer dan schnauzer.[4][1]:218 Ia mengongsi asal usul bersama dengan schnauzer, yang baginya ia pada intinya merupakan padanan berbulu pendek.[5] Ia terdapat dengan dua warna, sama ada hitam dan sawo matang atau merah berwarna sendiri, yang berbeza-beza antara merah rusa dengan perang kemerah-merahan gelap.[2][3]
Asal usul pincer Jerman tidak diketahui.[7] Anjing jenis ini, kedua-dua berbulu kasar dan berbulu licin, secara tradisional dibela sebagai anjing pedati atau sebagai anjing kandang kuda, dan kadang-kadang dikenali sebagai Stallpinscher ("pincer kandang kuda"); ia merupakan anjing pemburu tikus berkemampuan.[7] Kedua-dua jenis dikenali sebagai deutscher Pinscher ("pincer Jerman") dan berasal daripada zuriat sama; anak-anak anjing berbulu kasar dan berbulu licin boleh hadir dalam perinduk sama.[7] Pincer berbulu kasar, yang kemudiannya menjadi schnauzer piawai, juga dikenali sebagai Rattler ("[anjing] pemburu tikus").[7][8]:152
"Pincer licin" disebut oleh Heinrich Gottlieb Ludwig Reichenbach pada tahun 1836.[7] Pada tahun 1880, pincer dicatatkan dalam Deutschen Hundestammbuch ("Buku Pembaka Anjing Jerman") bagi Verein zur Veredelung der Hunderassen.[9] Pada tahun 1895, Ludwig Beckmann [de] memerihalkan lima keragaman puncer – pincer berbulu kasar dan berbulu licin, pincer katik berbulu kasar dan berbulu licin, dan pincer monyet; tentang pincer berbulu licin, beliau berkata bahawa ia semakin kurang umum dan tidak kerap terlihat dalam pertunjukan anjing.[7][8]:152 Pada tahun 1895, sebuah persatuan baka, Pinscher-Schnauzer-Klub, ditubuhkan untuk kedua-dua jenis, kedua-dua berbulu kasar dan berbulu licin.[9]
Pincer hampir lenyap pada tahun-tahun selepas Perang Dunia Kedua. Ia dibina semula oleh Werner Jung daripada seekor haiwan bersaiz piawai tunggal dan empat ekor pincer kerdil yang luar biasa besar.[5][7] Selepas lapan tahun tanpa kelahiran yang tercatat, satu perinduk telah dilahirkan pada tahun 1958.[7] Pincer diterima secara muktamad oleh Persekutuan Kinologi Antarabangsa pada tahun 1955.[4]
Pincer Jerman ialah baka terancam. Pada tahun 2003, dengan spits besar dan spits sederhana, ia merupakan 'baka terancam untuk tahun itu' bagi Gesellschaft zur Erhaltung alter und gefährdeter Haustierrassen; pada masa itu, terdapat 40 ekor anjing betina pembiakbakaan.[7] Pada tahun 2022, ia disenaraikan dalam kategori III, gefährdet ('terancam'), dalam Senarai Merah bagi pertubuhan itu.[6] Dalam setiap tahun dalam sepuluh tahun itu dari tahun 2008 hingga tahun 2017, angka anak anjing yang dilahirkan adalah antara 350 dengan 450; pada tahun 2016 dan tahun 2017, terdapat hanya lebih 50 perinduk setahun.[5]
Ciri
Pincer Jerman bersaiz sederhana dengan berat untuk kedua-dua jantan dan betina dalam julat 14–20 kg (31–44 lb) dan ketinggian pada paras kelasa sebanyak 45–50 cm (18–20 in).[2][3] Lapis bulunya padat, pendek, dan licin; warnanya mungkin sama ada hitam dan sawo matang atau merah berwarna sendiri, ini berbeza-beza antara merah rusa muda dengan perang kemerah-merahan gelap.[2][3][1]:218
Catatan
^Jawi: ڤينچر جرمنcode: ms is deprecated ; Jerman: deutscher Pinschercode: de is deprecated ; bahasa Inggeris: German pinschercode: en is deprecated
^ abcdFogle, Bruce (15 Julai 2013). Dennis-Bryan, Kim (penyunting). The Dog Encyclopedia: The Definitive Visual Guide [Ensiklopedia Anjing: Panduan Visual Muktamad] (dalam bahasa Inggeris). Disumbangkan oleh Ann Baggaley dan Katie John. (ed. berilustrasi). New York, New York, Amerika Syarikat: Dorling Kindersley Publishing. ISBN9781465408440. OCLC812257274.
^ abcDeutscher Pinscher(dalam bahasa Jerman). Witzenhausen, Jerman: Gesellschaft zur Erhaltung alter und gefährdeter Haustierrassen. Diarkibkan pada 16 Februari 2022.
^ abDie Rote Liste im Überblick(dalam bahasa Jerman). Witzenhausen, Jerman: Gesellschaft zur Erhaltung alter und gefährdeter Haustierrassen. Diarkibkan pada 30 Januari 2022.
^ abBeckmann, Ludwig (1895). Geschichte und Beschreibung der Rassen des Hundes [Sejarah dan Perihal Baka Anjing] (dalam bahasa Jerman). 2. Braunschweig, Jerman: Bieweg & Sohn. OCLC20621908.
^ abRasseportrait: Deutscher Pinscher(dalam bahasa Jerman). Remscheid, Jerman: Pinscher-Schnauzer-Klub 1895 e.V. Diarkibkan pada 23 Mac 2022.