Baka ini mempunyai lapis bulu ganda tebal dan padat;[perlu rujukan] anjing Leonberg ialah anjing besar, berotot, dan anggun dengan jenis tubuh seimbang, perangai sederhana, dan kehadiran dramatik.[1] Kepalanya dihiasi dengan topeng hitam yang mencolok. Anjing Leonberg yang sangat tangkas, yang kekal berpegang teguh pada akar awalnya sebagai anjing keluarga berkemampuan dan anjing pekerja serta anjing pencarian dan penyelamatan (khususnya air), adalah kukuh dan selaras, dengan kedua-dua kekuatan dari segi perawakan dan keanggunan dari segi pergerakan. Sebagai baka dimorfik secara seks, anjing Leonberg memiliki sama ada bentuk sangat maskulin atau bentuk feminin anggun, menjadikan jantina segera terlihat.[2]:5 Baka ini mempunyai kaki renang.[3]
Jantan: 71–80 cm (28–31 in), purata 75 cm (30 in)[2]:18[4]
Betina: 65–75 cm (26–30 in), purata 70 cm (28 in)[2]:18[4]
Berat:
Jantan: 120–170 lb (54–77 kg), purata 145 lb (66 kg)
Betina: 100–135 lb (45–61 kg), purata 115 lb (52 kg)
Dengan kemampuan untuk kerja mendesak, anjing Leonberg ialah anjing dengan tubuh berisi. Rangkanya disokong dengan tulang cukup berotot yang sederhana hingga berat berperkadaran langsung dengan saiznya. Dada lapang adalah cukup luas dan dalam untuk tujuan kerja. Terlihat dari sisi, dadanya melengkung ke arah dalam dari prosternum, bercantum secara tangen pada siku ke garis bawahnya pada 50% daripada ketinggian kelasa, dan kemudian berterusan sedikit ke atas ke arah stifel.[1][4]
Kepala
Kepalanya cukup seimbang dalam perkadaran dengan saiz anjing dan lebih dalam berbanding dengan kelebarannya dengan panjang muncung dan panjang tengkorak yang lebih kurang sama. Dengan kelopak mata rapat, matanya terletak ke dalam tengkorak di atas sedikit serong; matanya bersaiz sederhana, berbentuk badam, dan berwarna perang gelap. Telinganya berisi, bersaiz sederhana, dan berbentuk loket, dengan cukup ising untuk tergantung dekat-dekat dengan tengkorak dan melabuhkan hujung telinga separas dengan sudut dalaman bagi mulut. Telinga anjing Leonberg naik dari separuh jarak di antara mata dengan bahagian atas tengkorak ke paras bahagian atas tengkorak. Walaupun gigitan separas dan sedikit anomali yang tidak menjejaskan keteguhan rahang bawah adalah umum, anjing Leonberg unggul mempunyai gigitan gunting kuat dengan kegigian penuh.[4]
Bulu
Sebagai kedua-dua keperluan untuk kerja dan atribut penentu bagi baka ini, anjing Leonberg memilik lapis bulu ganda panjang dan padat kalis air pada tubuh yang dilengkapi oleh bulu lebih pendek dan halus pada muncung dan anggota tubuh. Lapis bulu luar panjang dan lebat adalah tahan lama, agak lurus, terbentang merata, dan muat rapat. Anjing Leonberg matang dan maskulin mempamerkan surai jelas. Begitu juga, ekornya terhias dengan sangat baik dari hujung ke pangkal. Di pangkal itu, ekornya berpadu secara harmoni dengan bulu lebih panjang di punggung. Asalkan iklim mengizinkan, lapis bulu bawahnya lembut dan padat. Selain daripada pengemasan kaki, anjing Leonberg dipersembahkan tanpa pemendekan bulu. Anjing ini tidak sesuai untuk iklim panas.[3]
Warna
Beberapa warna lapis bulu boleh diterima, termasuk semua kombinasi kuning singa, merah, merah-perang, dan pasir.[4][5] Kulit hidung, tapak kaki, dan bibir patut sentiasa hitam. Warna cacat termasuk perang dengan kulit hidung perang, hitam dan sawo matang, hitam, putih, atau perak, dan mata tanpa sebarang perang. Tompok putih kecil pada dada atau jari kaki diizinkan.[6]
Perangai
Pertama sekali sebagai anjing keluarga, perangai anjing Leonberg ialah salah satu ciri pembeza paling penting. Jika tersosialisasi dan terlatih dengan baik, anjing Leonberg berkeyakinan diri, tidak sensitif terhadap hingar-bingar, berserah kepada ahli keluarga, ramah terhadap kanak-kanak, cukup tenang dengan orang lalu-lalang, dan berdisiplin diri apabila melaksanakan kewajipan kepada keluarga atau harta bendanya dengan perlindungan. Sebagai anjing yang tegap, setia, cerdas, suka bermain, dan mesra, ia, dengan itu, dapat dibawa ke mana-mana tanpa kesukaran dan mudah menyesuaikan diri dengan pelbagai keadaan, termasuk pengenalan anjing lain.[2] Kawalan betul dan sosialisasi dan pelatihan awal adalah penting kerana ini merupakan baka gergasi.
"Ini ialah anjing penyelamatan air luar biasa. Tempoh pelatihan singkat sahaja dapat meningkatkan naluri semula jadinya." Lapis bulu ganda kalis air memerangkap udara dan membantu dalam keapungan. Kaki renang menjadikannya perenang berkuasa.[3]
Kesihatan
Sebuah kajian United Kingdom tahun 2024 mendapati jangka hayat sebanyak 10 tahun untuk baka ini berbanding dengan purata 12.7 tahun untuk baka tulen dan 12 tahun untuk baka silang.[7] Sebuah kajian Perancis tahun 2015 pula mendapati jangka hayat sebanyak 8.75 tahun.[8] Sebuah kajian Sweden tahun 2005 tentang rekod insurans mendapati bahawa 74% daripada jumlah anjing Leonberg mati menjelang usia 10 tahun, yang lebih tinggi daripada kadar keseluruhan pada 35% daripada jumlah anjing yang mati menjelang usia 10 tahun.[9]
Analisis pedigri anjing Leonberg mendapati pekali pembiakbakaan dalam sebanyak 0.29 dengan hanya 22 ekor anjing pengasas. Dari tahun 1989 hingga tahun 2004, jangka hayat menurun dari 9.4 tahun hingga 7.7 tahun. Hampir separuh menderitati sekurang-kurangnya satu keadaan kesihatan dan 21.5% menderitai neoplasia. Kumpulan keadaan paling lazim seterusnya merupakan keadaan ortopedik dan keadaan neurologi masing-masing pada 15.8% dan 14.8%. Keadaan khusus paling lazim merupakan artritis, polineuropati, hipotiroidisme, kilasan gastrik, dan kardiomiopati terdilat.[10]
Keadaan otot rangka
Sebuah kajian Norway mendapati bahawa 25% daripada jumlah anjing Leonberg menghidap displasia pinggul selepas usia 18 bulan.[11]
Keadaan mata
Sebuah kajian di United Kingdom mengenal pasti katarak pada 90 ekor daripada 211 ekor anjing Leonberg yang ditinjau.[12]
Keadaan saraf
Sebuah kajian mendapati prevalens tinggi bagi keadaan-keadaan saraf pada anjing Leonberg, yang berkemungkinan sebahagian besarnya disebabkan oleh kepelbagaian genetik terbatas.[10]
Satu lagi penyakit yang diperihalkan pada baka ini ialah leukoensefalomielopati permulaan juvenil yang disebabkan oleh varian resesif autosom pada gen NAPEPLD.[16]
Neoplasia
Anjing Leonberg mempunyai predisposisi terhadap hemangiosarkoma dan osteosarkoma.[10] Sebuah kajian di United Kingdom tentang lebih daripada 900,000 ekor anjing yang meneliti prevalens tahunan bagi osteosarkoma mendapati bahawa anjing Leonberg mempunyai kadar kedua tertinggi, iaitu pada 1.48%, berbanding dengan kadar keseluruhan 0.037%.[17]
Sejarah
Pada tahun 1830-an, Heinrich Essig, seorang pembiak baka dan penjual anjing dan datuk bandar bagi bandar Leonberg berhampiran dengan Stuttgart di Baden-Württemberg, Jerman, mendakwa telah menghasilkan anjing Leonberg dengan menyilangkan anjing Newfoundland Landseer betina dengan seekor "barry" jantan dari Hospis Santo Bernard Raya dan Biara Santo Bernard Raya (yang kemudiannya menghasilkan anjing Santo Bernard). Kemudian, menurut Essig, seekor anjing gunung Pyrénées ditambahkan, lalu menghasilkan anjing sangat besar dengan lapis bulu putih panjang, yang merupakan fesyen untuk masa itu, dan perangai menyenangkan. Anjing pertama yang didaftarkan sebagai leonberger lahir pada tahun 1846 dan mempunyai banyak kualiti berharga daripada baka-baka sumbernya.[1][2] Menurut legenda, anjing-anjing ini dibiakbakakan untuk memberikan penghormatan kepada singa pada gencana bandar[1] dan haiwan jata bagi Leonberg, iaitu singa.[18] Anjing Leonberg menjadi popular dalam kalangan beberapa buah keluarga diraja Eropah, termasuk Napoleon II, Maharani Elisabeth dari Austria, Putera Wales, Otto Von Bismarck,[19]Maharaja Napoleon III, dan Umberto I dari Itali. Dakwaan Essig tentang pembiakbakaan anjing seperti yang diterangkan dipertikaikan. Catatan seawal tahun 1585 mungkin menunjukkan kewujudan anjing jenis leonberger; dokumen-dokumen yang bertarikh dari tahun 1601 yang dipegang oleh keluarga Metternich memerihalkan anjing serupa yang digunakan untuk mencegah pencurian haiwan ternakan.[20] Bagaimana sekalipun, tiada keraguan bahawa Essig menamai dan mendaftarkan baka ini terlebih dahulu. Ukiran hitam putih tentang anjing Leonberg disertakan dalam The Illustrated Book of the Dog oleh Vero Shaw (di halaman 488) pada tahun 1881.[21] Pada masa itu, anjing Leonberg Essig dikecam sebagai tiruan acuh tak acuh bagi anjing Santo Bernard—bukan baka stabil dan beriktiraf—dan sebagai produk trend atau fesyen popular untuk anjing besar dan kuat, sebahagiannya ditimbulkan oleh kemahiran pemasaran Essig yang luar biasa (beliau memberikan anjing kepada orang kaya dan masyhur).[1][21]
Penampilan moden anjing Leonberg, dengan lapis bulu lebih gelap dan topeng hitam, dikembangkan semasa bahagian akhir abad ke-20 dengan memperkenalkan baka-baka lain semula, seperti anjing Newfoundland.[18] Ini adalah perlu kerana ternakan pembiakbakaan anjing Leonberg terjejas teruk akibat dua perang dunia. Hanya lima ekor anjing Leonberg terselamat daripada Perang Dunia Pertama[22] dan dibiakbakakan sehingga Perang Dunia Kedua apabila, sekali lagi, hampir semua anjing Leonberg lenyap. Semasa dua perang dunia, anjing Leonberg digunakan untuk menarik kereta peluru, iaitu perkhidmatan kepada negara baka ini yang menyebabkan anjing Leonberg hampir lenyap.[20] Karl Stadelmann dan Otto Josenhans disebut sebagai penyelamat bagi baka ini, dengan membawa anjing ini kembali dari ambang kepupusan.[19] Anjing Leonberg kini mempunyai keleluhurnya yang dijejak kembali kepada lapan ekor anjing yang terselamat daripada Perang Dunia Kedua.[22]
Secara tradisional, anjing Leonberg dibela sebagai anjing ladang dan banyak dipuji kerana kebolehannya dalam kerja anjing penjaga[23][24][25][26][27] dan kerja tarikan. Ia kerap terlihat menarik kereta barang di sekitar kampung-kampung di Bavaria dan di daerah sekitarnya.[2]:4 Pada sekitar permulaan abad ke-20, anjing Leonberg diimport oleh pemerintah Kanada untuk kegunaan sebagai anjing penyelamatan air/anjing penyelamatan nyawa.[28] Baka ini meneruskan peranan itu kini, bersama-sama dengan anjing Newfoundland, anjing pengutip Labrador, dan anjing pengutip keemasan; anjing ini digunakan di Sekolah Anjing Penyelamat Itali.[29][30][31][32] Ia telah berjaya digunakan sebagai anjing penjaga kawanan ternakan.[33]
Dalam cerita Murphy and the Great Surf Rescue dalam siri buku kanak-kanak Puppy Academy oleh Gill Lewis, Murphy ialah seekor anak anjing Leonberg yang mempunyai kemahiran istimewa berenang.[37]
^ abcdefJunehall, Petra (2005), Breed Standard: Leonberger [Piawaian Baka: Anjing Leonberg] (dalam bahasa Inggeris)
^ abcPugnetti, Gino (15 November 1980). Schuler, Elizabeth Meriwether (penyunting). Simon & Schuster's Guide to Dogs [Panduan Simon & Schuster untuk Anjing] (dalam bahasa Inggeris). New York, New York, Amerika Syarikat: Simon & Schuster. m/s. 66–67. ISBN9780671255275. OCLC778984341.
^Gagne, Tammy (25 Januari 2018). Huskies, Mastiffs and Other Working Dogs [Husky, Mastif, dan Anjing Pekerja Lain] (dalam bahasa Inggeris). Oxford, United Kingdom: Raintree. m/s. 19. ISBN9781474721004. OCLC1063636111.
^Heinrich, Christine L.; Lakhani, Ken H.; Featherstone, Heidi J.; Barnett, Keith Charles (25 Ogos 2006). "Cataract in the UK Leonberger population" [Katarak dalam populasi anjing Leonberg United Kingdom]. Veterinary Ophthalmology (dalam bahasa Inggeris). Wiley. 9 (5): 350–356. doi:10.1111/j.1463-5224.2006.00460.x. ISSN1463-5224. PMID16939464. S2CID23901565.
^ abLusby, Madeline (1 Mei 2005). Leonberger: Special Rare-Breed Edition: A Comprehensive Owner's Guide [Anjing Leonberg: Edisi Baka Jarang Khas: Panduan Komprehensif Pemilik] (dalam bahasa Inggeris). Allenhurst, New Jersey, Amerika Syarikat: Kennel Club Books. m/s. 14. ISBN9781593783143. OCLC60410491.
^ abShaw, Vero Kemball (1881). The Illustrated Book of the Dog [Buku Berilustrasi tentang Anjing] (dalam bahasa Inggeris). London, United Kingdom: Cassell. m/s. 479–480, 488–494. OCLC621710.
^ abc"Leonberger" [Anjing Leonberg] (dalam bahasa Inggeris). Pet Insurance by Nationwide. Diarkibkan daripada yang asal pada 11 September 2015. Dicapai pada 12 Januari 2024.
^"Leonbergers At Work – Herding Training" [Anjing Leonberg Bekerja – Pelatihan Penggembalaan] (dalam bahasa Inggeris). Leonberger Club of Ontario. 14 Mac 2008. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 Mei 2016. Dicapai pada 12 Januari 2024.
^"Leonberger" [Anjing Leonberg] (dalam bahasa Inggeris). Canada's Guide to Dogs. Diarkibkan daripada yang asal pada 20 Mei 2014. Dicapai pada 11 Januari 2025.
^Pfaumer, Sharon (Julai 1996). "The Leonberger, the golden-hearted lion dog" [Anjing Leonberg, anjing singa berhati emas]. Dog World (dalam bahasa Inggeris). BowTie. m/s. 14–22.
^Lewis, Gill (7 Julai 2016). Puppy Academy: Murphy and the Great Surf Rescue [Puppy Academy: Murphy dan Penyelamatan Luncur Air Besar] (dalam bahasa Inggeris). Oxford, United Kingdom: Oxford University Press. ISBN9780192739261. OCLC946990553.
^"Leonberger Stamps" [Setem Anjing Leonberg] (dalam bahasa Inggeris). animalstamps.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 30 Disember 2014. Dicapai pada 12 Januari 2024.
^"Don't Look Back by Karin Fossum" [Don't Look Back karya Karin Fossum] (dalam bahasa Inggeris). Nordic Noir. 21 April 2018. Dicapai pada 12 Januari 2024.
Bliss-Isberg, Caroline (15 Ogos 2016). The Leonberger: A Comprehensive Guide to the Lion King of Breeds [Anjing Leonberg: Panduan Komprehensif untuk Raja Singa Baka] (dalam bahasa Inggeris). Sea Cliff, New York, Amerika Syarikat: Revodana Publishing. ISBN9781943824243. OCLC986623533.
Hancock, David (31 Ogos 2014). Dogs of the Shepherds: A Review of the Pastoral Breeds [Anjing Para Gembala: Ulasan Baka Pastoral] (dalam bahasa Inggeris). Ramsbury, Marlborough, Wiltshire, United Kingdom: The Crowood Press. ISBN9781847978097. OCLC900020382.
Kojima, Toyoharu (4 Ogos 2005). Legacy of the Dog: The Ultimate Illustrated Guide [Legasi Anjing: Panduan Berilustrasi Muktamad] (dalam bahasa Inggeris). Diilustrasi oleh Tetsu Yamazaki. (ed. ke-2 semakan dan kemas kini). San Francisco, California, Amerika Syarikat: Chronicle Books. ISBN9780811851138. OCLC1348267081.
Lusby, Madeline (1 Mei 2005). Leonberger: Special Rare-Breed Edition: A Comprehensive Owner's Guide [Anjing Leonberg: Edisi Baka Jarang Khas: Panduan Komprehensif Pemilik] (dalam bahasa Inggeris). Allenhurst, New Jersey, Amerika Syarikat: Kennel Club Books. ISBN9781593783143. OCLC60410491.
Pavloská-Kuntová, Daniela (1994). Leonberger [Anjing Leonberg] (dalam bahasa Czech) (ed. ke-1). České Budějovice, Republik Czech: Dona. m/s. 370. ISBN9788090008021. OCLC85667522.
Perosino, Guido (1993). The Leonberger [Anjing Leonberg] (dalam bahasa Inggeris). Milan, Itali: De Vecchi Editore.
Pfaumer, Sharon (Julai 1996). "The Leonberger, the golden-hearted lion dog" [Anjing Leonberg, anjing singa berhati emas]. Dog World (dalam bahasa Inggeris). BowTie. m/s. 14–22.
Rahmer, Larry. History of the Leonberger in Great Britain [Sejarah Anjing Leonberg di Great Britain] (dalam bahasa Inggeris).
Stramer, Metha (2008). Der Hund von Leonberg = De hond van Leonberg = Le Chien de Leonberg = The Dog of Leonberg [Anjing Leonberg] (dalam bahasa Jerman, Belanda, Perancis, dan Inggeris). Dreumel, Belanda: Metha Stramer. ISBN9789081342612. OCLC775278674.
"The Leonberger: A special supplement" [Anjing Leonberg: Suplemen khas]. New Zealand Kennel Gazette (dalam bahasa Inggeris). Jil. 36 no. 3. New Zealand Kennel Club. April 1996.
White, Angela (1998). The Leonberger: The World of Dogs [Anjing Leonberg: Dunia Anjing] (dalam bahasa Inggeris). Waterlooville, Havant, Hampshire, United Kingdom: Kingdom Books. ISBN9781852790646. OCLC474292469.
Winslet, Kevin. The Complete Guide to Leonbergers [Panduan Lengkap untuk Anjing Leonberg] (dalam bahasa Inggeris). For Dogs Sake. ISBN9781908793089.
† = Diturunkan daripada anjing penjaga haiwan ternakan dan berkait rapat dengan anjing penjaga haiwan ternakan, tetapi secara tradisional digunakan dalam peranan lain