Ia merupakan baka semula jadi dengan asal usul di Pergunungan Karpatos (Romania). Perhatian khusus untuk perkembangan baka ini bangkit di rantau Romania timur laut, di rantau Bukovina, kawasan pindah ternak cukup terkenal bagi gembala sejak zaman dahulu lagi. Pemilihan dan penambahbaikan telah membawa kepada jenis sebenar. Baka ini berjaya digunakan untuk pertahanan kawanan ternakan dan sebagai anjing penjaga bagi isi rumah di rantau tersebut.[1]
Piawaian pertama ditulis pada tahun 1982 dan dikemaskinikan pada tahun 2001 oleh Asociația Chinologică Româna (Kelab Kenel Romania). Piawaian semasa, yang bertarikh dari 29 Mac 2002, ditulis dan dikemaskinikan menurut model yang diasaskan pada tahun 1987 oleh Perhimpunan Agung FCI di Jerusalem.[2]
Pada tahun 2019, anjing gembala Bukovina diiktiraf secara muktamad (sepenuhnya) oleh FCI.[3]
Perangai
Anjing gembala Bukovina dibiakbakakan untuk melindungi kawanan biri-biri dan kawanan lembu dan terbukti berani dan sangat agresif apabila pemangsa berpotensi hadir. Ia merupakan anjing pengawal cemerlang, yang mempunyai salakan sangat dalam dan berkuasa dan sangat berwaspada apabila orang asing memasuki wilayahnya.[1] Pada waktu malam, ia meronda di sekeliling hartanah atau kawanan. Anjing gembala Bukovina dewasa memerlukan banyak ruang untuk berlari dengan halaman belakang luas.
Baka ini seimbang, tenang, sangat setia, dan menyukai kanak-kanak. Ia sangat mencurigai orang asing.
Penampilan
Anjing bersaiz besar; memerintah, angkuh, dan bangga
Bulu
Kepala dan bahagian hadapan tungkai diliputi dengan bulu pendek. Pada tubuh, bulunya lebat, sepanjang 6–9 sentimeter (2.4–3.5 in), bulunya jauh lebih panjang sehingga membentuk surai; di sisi belakang sukuan hadapan, Bulunya membentuk rumbai; di sisi belakang sukuan belakang, bulunya lebih panjang dan membentuk kulot. Ekornya lebat.[1]
Warna
Warna utama lapis bulunya ialah putih metah atau putih-kuning air dengan tompok-tompok tersendiri berwarna kelabu, hitam, atau hitam dengan pantulan merah-perang muda. Bintik-bintik hitam atau kelabu dapat muncul pada tungkai. Unsur brindle pada tompok ditolak.[1]
Saiz
Anjing gembala Bukovina jantan adalah setinggi 68–78 sentimeter (27–31 in). Betinanya bersaiz hampir, iaitu pada 64–72 sentimeter (25–28 in).[1]
Pengakuran
Kepala anjing gembala Bukovina adalah besar, ternaik sedikit berhubungan dengan garis belakang. Tengkoraknya sederhana lebar. Stopnya bertanda sedikit. Hidungnya hitam, cukup terbentuk, dan lebar. Muncungnya mempunyai bentuk kon terpenggal, sama panjang dengan tengkorak, cukup terbentuk. Muncungnya beransur menjadi semakin tipis ke arah hujung tetapi tidak pernah runcing.
Bibirnya tebal, terpakai dengan baik, dengan pempigmenan kuat. Baka ini patut mempunyai rahang kuat, dengan gigi putih sihat dan gigitan gunting. Gigitan separas diizinkan.
Pipinya tidak menonjol. Matanya kecil berbanding dengan dimensi tengkorak, berbentuk badam, dan serong, berwarna perang berangan atau lebih cerah sedikit, tidak pernah kuning.
Kelopak matanya berpigmen dengan baik. Telinganya tinggi, berbentuk V, dengan hujung membulat, labuh, dan sangat dekat dengan pipi. Lehernya sederhana panjang, besar dan kuat, tanpa gelambir.
Tubuh berototnya besar dengan belakang yang tersokong dengan baik. Dadanya lebar dan tinggi, mencapai paras siku dengan rusuk cukup melengkung. Kulitnya tebal dan kelabu gelap. Bulunya pendek pada kepala dan tungkai depan. Pada tubuh, bulunya lebat, lurus, lebih tebal, dan lebih keras, sepanjang 2.5–3.5 inci (6.4–8.9 cm). Lapis bulu seterusnya lebih pendek dan tebal, dengan warna lebih cerah. Di leher, bulunya lebih panjang dan membentuk surai. Di sisi belakang tungkai, bulunya membentuk rumbai sederhana panjang.
Ekornya lebat, dilitupi dengan bulu yang lebih panjang dan lebih tebal. Apabila anjing berkenaan santai, ia cenderung untuk mengangkat ekor rendah-rendah, mencapai titik keting atau malah lebih rendah. Apabila anjing berkenaan berjaga-jaga dan memberikan perhatian atau sedang bertindak, ekornya ternaik. Dalam kes ini, ekornya mungkin naik melebihi paras belakang, berbentuk sabit.[1]
Gaya jalan
Berharmoni, anjal, selaras dengan baik, memberikan kesan kuasa tanpa susah payah. Gaya jalan yang diutamakan ialah ligas.[1]
^Jawi: انجيڠ ݢمبالا بوکوۏينا رومانياcode: ms is deprecated ; Romania: ciobănesc românesc de Bucovinacode: ro is deprecated ; bahasa Inggeris: Romanian Bucovina shepherd dog; Romanian Bucovina shepherdcode: en is deprecated
^Jawi: انجيڠ ݢمبالا بوکوۏيناcode: ms is deprecated ; Romania: Bucovina shepherd dog; Bucovina shepherdcode: ro is deprecated
† = Diturunkan daripada anjing penjaga haiwan ternakan dan berkait rapat dengan anjing penjaga haiwan ternakan, tetapi secara tradisional digunakan dalam peranan lain