Dahulu, anjing penjaga haiwan ternakan digunakan oleh para petani Romania. Setiap petani membiakbakakan anjing mengikut keperluan masing-masing dan tiada piawaian.[2]
Pada tahun 1979, sebuah pertunjukan anjing di Bucharest menampilkan 18 ekor anjing baka carpatin, yang kemudian menjadi anjing gembala Karpatos. Susulan ini, piawaian diubah suai sehingga piawaian semasa dimuktamadkan.[2]
Pada Mac 1998, sekumpulan peminat anjing gembala Karpatos mengasaskan Kelab Anjing Gembala Karpatos. Kelab itu kemudiannya dinamai semula sebagai Kelab Pembiak Baka Anjing Gembala Karpatos Kebangsaan. Kelab itu memerhatikan bahawa terdapat banyak anjing Karpatos di Rucăr, Wilayah Argeş yang dianggap sebagai leluhur bagi anjing Karpatos kini.[perlu rujukan]
Persidangan tentang faktor-faktor yang terlibat pada baka-baka Romania diadakan di Bistrița pada Mac 2003. Penghomologan sementara bagi anjing gembala Karpatos diluluskan pada 6 Julai 2005 di Buenos Aires dan ia diiktiraf sepenuhnya oleh FCI pada tahun 2015.[3]
^Jawi: انجيڠ ݢمبالا کرڤاتوس رومانياcode: ms is deprecated ; Romania: ciobănesc românesc carpatincode: ro is deprecated ; bahasa Inggeris: Romanian Carpathian shepherd dog; Romanian Carpathian shepherdcode: en is deprecated
^Jawi: انجيڠ ݢمبالا کرڤاتوسcode: ms is deprecated ; bahasa Inggeris: Carpathian shepherd dog; Carpathian shepherdcode: en is deprecated
Rujukan
^"Molosserworld's Ciobanesti Carpatini Page" [Halaman Anjing Gembala Karpatos Molosserworld]. Molosser World (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 21 September 2008. Dicapai pada 16 Januari 2024.
† = Diturunkan daripada anjing penjaga haiwan ternakan dan berkait rapat dengan anjing penjaga haiwan ternakan, tetapi secara tradisional digunakan dalam peranan lain