José Plácido Domingo EmbilKBE, lahir pada 21 Januari1941[1], lebih dikenali sebagai Plácido Domingo, ialah penyanyitenoropera terkenal dunia berasal dari Sepanyol. Beliau terkenal dengan memiliki suara yang bermutu tinggi, lantang dan mampu menyanyikan melodi tinggi dengan jelas dan nyaring. Beliau dianggap sebagai seorang penghibur yang berbakat tinggi dan mempunyai kesungguhan luar biasa dengan jumlah 151 repertoir [2][3]. Beliau juga amat dikagumi untuk keupayaan lakonan opera, kemerduan suaranya dan mempunyai intelektual muzik yang amat tajam, dengan jumlah lakonan dan kepelbagaian peranan-peranan opera yang telah beliau kuasai. Selain daripada menyanyi, beliau juga adalah seorang konduktor muzik dan pernah memegang jawatan Ketua Pengarah Opera seperti di Washington National Opera, Washington D.C. dan Los Angeles Opera, California.
Karier dan biografi
Plácido Domingo dilahirkan di Barrio de Salamanca, Madrid[4], Sepanyol dan berpindah bersama keluarganya ke Mexico pada usia 8 tahun. Ibu dan bapa beliau adalah penyanyi/pelakon dan juga pengusaha perniagaan zarzuela (operaSepanyol). Di Mexico City, beliau dihantar belajar muzik di Mexico National Conservatory. Beliau menjadi penyanyi latar untuk Los Black Jeans pada tahun 1958, sebuah band rock-n-roll yang diketuai oleh César Costa. Dalam masa itu juga, beliau telah mahir bermain piano dan mula menjadi konduktor muzik.
Domingo membuat pementasan sulungnya pada 12 Mei 1953 di Teatro Degollado memegang watak sampingan sebagai "Pascual" untuk "Guadalajara" di Marina. dan diikuti dengan peranan "Borsa" dalam "Rigoletto", "Padre Confessor" (Le dialogue des Carmelites) dan banyak lagi. Persembahan pertama opera beliau sebagai watak utama adalah di Monterrey, melakonkan watak "Alfredo" di dalam opera "La traviata" dan kemudiannya pada tahun 1962, Domingo menganggotai Israeli National Opera selama dua setengah tahun di Tel Aviv, di mana beliau telah menyanyi di dalam 280 persembahanan untuk 12 peranan berbeza.
Pada 19 September 1985, gempa bumi yang terbesar di dalam sejarah Mexico memusnahkan hampir keseluruhan ibu negara Mexico. Gempa bumi tersebut membunuh ribuan penduduk bandaraya tersebut termasuk makcik, pakcik, anak buah dan anak kepada anah buahnya apabila pangsapuri mereka, Nuevo León Apartment yang terletak di kawasan perumahan Tlatelolco, runtuh. Domingo bergegas ke tempat kejadian dan membantu penyelamat - penyelamat untuk mengeluarkan mangsa-mangsa gempa bumi. Pada tahun berikutnya, Domingo membuat konsert amal dan rakaman album untuk membantu mangsa-mangsa gempa bumi tersebut.
Pada 25 Januari 2007, Plácido Domingo mengumumkan sesuatu yang dipanggilnya sebagai ‘perubahan karier terakhir’ dengan bertukar dari seorang tenor kepada bariton. Ini ditunjukkan apabila beliau mengambil peranan "Simón Bocanegra" (Doge of Genoa), di dalam salah satu operaGiuseppe Verdi yang memerlukan bakat bariton yang dikatakan amat sukar dibuat.
Keluarga
Anak kepada Plácido Domingo Ferrer (Mac 8, 1907 - November 26, 1987) [5] dan Pepita Embil (1918 - September 1, 1994) [6], dua bintang zarzuelaSepanyol yang bertanggung jawab membimbing beliau dalam seni muzik dari usia muda. Pada tahun 1962, Plácido Domingo berkahwin dengan Marta Ornelas, seorang penyanyi soprano lirik, rakan persekolahan ketika di konservatori muzik. Mereka mempunyai dua anak lelaki, Plácido Jr yang lahir pada tahun 1965 dan Alvaro Maurizio, lahir pada tahun 1968. [7] Domingo mempunyai satu lagi anak lelaki José Dominguez[8] dari perkahwinan beliau yang pertama dengan rakan kolej beliau pada tahun 1958 ketika berusia 16 tahun[9].
Persembahan ulung dan peranan
Pada tahun 1996, beliau memegang watak utama di dalam operaDon Rodrigo, hasil karya penggubah Alberto Ginastera di New York City Opera dan mendapat kejayaan cemerlang. Beliau pertama kali membuat persembahan di Metropolitan Opera di New York pada 28 September 1968 bersama penyanyisopranoItali, Renata Tebaldi, di dalam operaAdriana Lecouvreur, hasil karya penggubah Francesco Cilea. Semenjak itu beliau telah membuat 21 persembahan di situ mengalahkan rekod yang dibuat oleh Enrico Caruso sebanyak 17 kali.
Beliau membuat persembahan pertamanya di Vienna State Opera pada tahun 1967, di Teatro alla Scala dan San Francisco Opera pada tahun 1969 dan di Covent Garden pada tahun 1971, dan kini beliau telah membuat persembahan di hampir semua rumah - rumah opera terkenal dan perayaan di serata dunia.
Lain-lain pencapaian
Sepanjang kariernya, selain dari menyanyi, Domingo juga menceburi bidang pengarahan muzik (konduktor muzik) termasuk pengarahan orkestra simfoni. Arahan opera pertama beliau ialah La traviata pada 7 Oktober 1973 di New York City Opera.
Pada tahun 1981, Domingo mendapat pengiktirafan tinggi dari luar dunia opera apabila beliau merakamkan lagu “Perhaps Love” berduet dengan mendiang John Denver, seorang penyanyi muzik country/folk Amerika Syarikat. Pada tahun 1987, beliau dan John Denver menyertai Julie Andrews berlakon di dalam filem yang memenangi anugerah Emmy "The Sound of Christmas” yang di filemkan di Salzburg, Austria.
Pada tahun 1993, Domingo mengasaskan Operalia, sebuah organisasi yang mengadakan pertandingan bakat-bakat muda opera sedunia.
Domingo ialah Ketua Pengarah kepada 2 syarikat opera, iaitu Washington National Opera dan Los Angeles Opera. Kontrak kerja beliau telah disambung sehingga sessi tahun 2010-2011.
Beliau telah menjadi nadi utama dengan memberi dorongan dan semangat kepada ramai artis muda opera. Salah seorang yang amat bertuah ialah Daniel Rodriguez, seorang tenor dari New York yang diundang khas ke Vilar/Domingo Young Artis Program untuk membantu bakat muda itu mengasahkan bakat seni di dalam opera.
Konsert The Three Tenors
Plácido Domingo menyertai 2 rakan tenornya, José Carreras and Luciano Pavarotti untuk sebuah konsert The Three Tenors pada malam pembukaan Piala Dunia FIFA pada 7 Julai 1990. Konsert ini memperkenalkan beliau kepada ramai pendengar di serata dunia, di luar dari dunia opera seperti yang biasa dibuatnya. Pada asalnya, konsert yang diilhamkan oleh pengurus/pengarah Itali, Mario Dradi, bertujuan untuk mengumpul dana untuk Yayasan Leukemia Carreras tetapi kemudiannya disambung dengan rangkaian konsert di serata dunia termasuk ketika 3 perlawanan akhir piala dunia pada tahun 1994 di Los Angeles, 1998 di Paris, and 2002 di Yokohama. Domingo juga membuat persembahan pada perlawanan akhir Piala Dunia FIFA pada 2006 tetapi kali ini bersendirian tanpa rakan – rakan The Three Tenors.
Arahan Franco Zeffirelli - La traviata (bersama Teresa Stratas dan menerima anugerah Grammy),
banyak lagi
Selain itu, lakonan beliau juga banyak dirakamkan di dalam video termasuk karya Giacomo Puccini untuk opera “Menon Lescaut” pada tahun 1978 di bawah terbitan Teatro alla Scala Production yang memperkenalkan penyanyi soprano, Sylvia Sass. Domingo juga muncul di dalam rancangan television untuk “Zarzuela Evenings” dan “Live at the Met”.
Domingo telah membuat lebih dari 100 rakaman, yang mana setiap rakaman – rakamannya adalah filem opera dan selalunya adalah lakonan watak yang sama. Antara rakaman-rakaman beliau adalah dari karya aria penggubah legenda Itali, Giuseppe Verdi yang mana beliau telah melakon/menyanyikan kesemua karya seni penggubah tersebut, termasuk beberapa versi persembahan yang jarang dipersembahkan di dalam pelbagai bahasa yang mana ditulis oleh Giuseppe Verdi untuk persembahan tertentu sahaja.
Pada Ogos 2005, EMI Classics melancarkan rakaman studio terbaru untuk operaTristan und Isolde , karya penggubah Richard Wagner, di mana Domingo menyanyikan lagu yang untuk watak utama, Tristan. Ulasan majalah The Economist, keluaran 8 Ogos 2005 di muka utama majalah, ditulis “Suara yang amat lengkap” dan memulakan rencana dengan perkataan “Monumental” dan diakhiri dengan , "a musical lyricism and a sexual passion that make the cost and the effort entirely worthwhile". Majalah The Economist juga mengulas persembahan Domingo pada Julai 2005 sebagai Siegmund di dalam opera karya Richard Wagner, Die Walküre di Covent Garden sebagai “sesuatu yang tidak mungkin dapat dilupai” dan “amat pintar dan gemilang”. Ulasan majalah tersebut juga menambah bahawa Domingo akan terus mengambil peranan di dalam watak-watak baru yang tidak pernah dibuat sebelumnya.
Rakaman terbaru yang diedarkan pada pertengahan tahun 2006 juga memuatkan rakaman studio untuk lagu Edgar, karya penggubah Giacomo Puccini, lagu Pepita Jiménez, karya penggubah Isaac Albéniz dan juga lagu pilihan Itali dan Neapolitan, berjudul Italia ti amo (di bawah label Deutsche Grammophon).
Di antara banyak kemunculan - kemunculan television beliau untuk selama beberapa tahun (kebanyakannya rancangan amal), beliau juga muncul sebagai bintang utama bersama New Orleans Opera Company untuk A Night For New Orleans bersama Frederica von Stade pada Mac 2006. Persembahan tersebut adalah untuk mengumpul dana untuk membina semula bandar tersebut dari malepetaka yang baru melanda.
Repertoir
Dari persembahan beliau yang pertama sehingga ke hari ini, Domingo telah mencatatkan repertoir sebanyak 147 peranan di atas pentas dan 4 rakaman studio sehingga ke tarikh ini (keseluruhan berjumlah 151) [10] yang meliputi karya seni Mozart ke Ginastera. Antara opera-opera lakonan beliau ialah opera Itali seperti (Otello, Il trovatore, Don Carlos), operaPerancis seperti (Faust, Werther, Don José di dalam Carmen, Samson di dalam Samson et Dalila), dan operaJerman (Lohengrin, Parsifal, dan Siegmund di dalam Die Walküre) dan banyak lagi.
Beliau terus menambahkan banyak lagi repertoir di dalam portfolio beliau dan yang terbaru Tamerlano, hasil karya penggubahHandel di Teatro Real pada Mac 26, 2008.
Di bawah adalah senarai repertoir lengkap beliau dari tahun 1959 sehingga ke tahun 2008.[11]
Domingo telah menerima banyak anugerah dan kurniaan, termasuklah:
Anugerah Grammy
1971 - Principal Soloist for Best Opera Recording untuk Verdi: Aida
1974 - Principal Soloist for Best Opera Recording untuk Puccini: La bohème
1983 - Principal Soloist for Best Opera Recording untuk Verdi: La traviata
1984 - Principal Soloist for Best Opera Recording untuk Bizet: Carmen
1984 - Best Latin Pop Performance untuk “Always in my Heart” (Siempre en mir corazon)
1988 - Principal Soloist for Best Opera Recording untuk Wagner: Lohengrin
1990 - Best Classical Vocal Performance untuk Carreras Domingo Pavarotti in Concert
1992 - Principal Soloist for Best Opera Recording untuk Strauss: Die Frau ohne Schatten
2000 - Best Mexican-American Performance untuk 100 years of Mariachi
Anugerah Grammy Latin
2000 - Best Classical Album untuk T. Breton: La Dolores
2001 - Best Classical Album untuk I. Albéniz: Merlin
Kurniaan kerajaan dan organisasi
Perancis
Ordre National de la Légion d’Honneur
Chevalier de la Légion d’Honneur
Commandeur Arts et Lettres
Grande Medaille de la Ville de Paris
Commandeur de la Légion d’Honneur – Mac 2002
Sepanyol
Isabel de Católica
Premio Prinicipe de Asturias de las Artes - 1991
Gran Cruz de la Orden del Mérito Civil – September 2002
Amerika Syarikat
Kennedy Center Honors – Disember 2000
The presendential Medal of Freedom – Julai 2002
Austria
Österreichisches Ehrenkreuz für Wissenschaft und Kunst 1. Klasse
Kammersänger und Ehrenmitglied der Wiener Staatsoper
Goldenes Ehrenzeichen für Verdienste um das Land Wien – 2007
Lain-lain negara
Aguila Azteca (Mexico)
Capo dell’Ordine "Al Merito della Repubblica Italiana" Grande Ufficiale (Itali)
Grã Cruz da Ordem do Infante d’Henrique (Portugal)
Cavalliere di Malta (Malta)
Knight Commander of the British Empire (Britain) – Oktober 2002
Order of the Cedars (Lebanon) - 2004
NPO
Unicef Socio de Honor (UNICEF)
Kurniaan kedoktoran
Royal Northern College of Music, England (1982)
Philadelphia College of Performing Arts, Amerika Syarikat (1982)
Oklahoma City University, Amerika Syarikat (1984)
Universidad Complutense de Madrid, Sepanyol (1989)
University of New York, Amerika Syarikat (1990)
Georgetown University, Amerika Syarikat (1992)
Washington College of Chestertown, Amerika Syarikat (2000)
Anhuac University, Mexico (2001)
Chopin Music Academy, Poland (2003)
Oxford University, England (2003)
Lain-lain anugerah dan penghargaan muzik
Bintang di Hollywood Walk of Fame – 1993 (Lokasi: Domingo, Placido LT 7000 Hollywood Blvd)[12]
Anugerah Sociedad General de Autores Española (Best Lyric Singer of the Year 1997) untuk peranan dalam persembahaan pembukaan sedunia "Divinas Palabras" - 1997
Anugerah Association of Argentinian Music Critics (Best Male Singer in 1997) untuk “Samson and Dalila" - 1997
Baltika Grand Prix untuk Outstanding Achievement - Jun 1998
Anugerah American Latina Media Arts (ALMA) (Outstanding Performances By An Individual or Act in A Variety) - 1998
Anugerah Hispanic Heritage Award for Arts - September 1999
Great Prize of the International Music Press - September 2000
Anugerah Ella - 2002
Dua anugerah untuk Classical BRIT - 2006 (Critics' Award untuk Tristan and Isolde dan Lifetime Achievement Award)[13]
Buku terbaru oleh Domingo, The Joy of Opera, akan dikeluarkan oleh WWW Norton pada tahun 2009[14],[15]
Kerja-kerja amal dan penghormatan
Pada Mac 4, 2006, Domingo membuat persembahan kebajikan di Gala Benefit Concert "A Night For New Orleans" di New Orleans Arena untuk membantu pembangunan semula bandaraya New Orleans yang musnah akibat taufan Katrina. Di gala tersebut, beliau membuat kenyataan, "If music be the food of love," is "MUSIC IS THE VOICE OF HOPE!" [16][17]. Pada Mac 23, 2008, sebagai penghormatan di atas sumbangan beliau untuk gala tersebut, Majlis bandaraya New Orleans menamakan teater bandaraya, Mahalia Jackson Theatre di Louis Armstrong Park sebagai "Plácido Domingo Stage". Persembahan beliau di gala tersebut berjaya mengutip sebanyak USD $700,000 untuk dana pembangunan bandaraya dan mangsa-mangsa taufan Katrina. [18].
Pada 1986, beliau membuat persembahan untuk konsert kebajikan bagi mengutip dana untuk mangsa-mangsa gempa bumi Mexico City 1985. Pada Ogos 21, 2007, sebagai penghargaan keatas sumbangan beliau kepada mangsa-mangsa gempa bumi tersebut dan juga kerja seni beliau, sebuah tugu penghormatan beliau dibina di atas sumbangan ramai. Tugu tersebut adalah hasil seni Alejandra Zúñiga, ketinggian 2 meter, seberat 300 kg (660 lbs) dan menjadi sebahagian dari program "Grandes valores".[19]
Domingo menyokong inisiatif Hear the World sebagai duta untuk menimbulkan kesedaran untuk orang-orang yang kurang upaya dan hilang pendengaran [20].
Pada tahun 1993, beliau mengasaskan Operalia, satu pertandingan Opera antarabangsa untuk penyanyi-penyanyi muda berbakat. Para pemenang mendapat peluang menyertai syarikat-syarikat opera terkemuka di seluruh dunia [21]. Domingo telah menjadi peranan penting dalam memberi galakan kepada artis-artis muda opera, contohnya pada tahun 2001, apabila beliau menjemput penyanyi tenor New York, Daniel Rodriguez untuk menghadiri "Vilar / Domingo Young Artists" untuk mempelajari kemahiran-kemahiran opera.
Pada Disember 21, 2003, Domingo membuat persembahan kebajikan di Cancun untuk Ciudad de la Alegria Foundation, sebuah yayasan yang menyediakan bantuan dan penginapan kepada orang-orang yang memerlukan, termasuk individu-individu berpendapatan rendah, anak-anak yatim, wanita – wanita yang mengandung, para pelarian perang, pemulihan untuk pesalah undang-undang dan pesakit-pesakit yang menghidap penyakit yang membawa maut [22].
Pada Jun 27, 2007, Domingo dan Katherine Jenkins membuat persembahan di konsert amal di Athen untuk mengumpul dana bagi membantu konflik di Darfur. Konsert tersebut dibuat untuk Medecins Sans Frontieres / Doktor Tanpa Sempadan[23].
Pada Oktober 2, 2007, Domingo menyertai lain-lain tokoh ternama di dalam dunia hiburan, kerajaan dan alam sekitar sebagai salah seorang penerima BMW Hydrogen 7 yang direka khas mengguna hidrogen untuk menggantikan petrol sebagai bahan api [24].