Rigoletto ialah opera tiga babak penggubahGiuseppe Verdi ditulis untuk libretoItali oleh Francesco Maria Piave berdasarkan lakonan pementasan Le roi s'amuse oleh Victor Hugo. Persembahan pertama opera ini dibuat di Teatro la Fenice di Venice pada Mac 11, 1851. Menurut perangkaan Persatuan Opera Amerika, Rigoletto adalah opera di tempat ke-9 paling kerap dimainkan di utara Amerika[1].
Latar belakang
Verdi telah diminta oleh Teatro la Fenice di Venice untuk membuat satu opera baru untuk dimainkan di situ. Pada ketika itu, Verdi telah pun terkenal dan sebagai penggubah yang dikenali ramai, beliau diberi kebebasan untuk memilih kerjaseni yang beliau gemari.
Beliau menyuruh Piave (yang telah membantunya untuk opera–opera sebelum ini seperti Ernani, I due Foscari, Macbeth, Il corsaro dan Stiffelio) untuk mengkaji lakonan pementasan Kean oleh Alexandre Dumas. Verdi kemudiannya berubah fikiran dan bercadang untuk mencari satu cerita yang lebih bertenaga untuk opera barunya.
Tidak lama kemudian, Verdi terjumpa kerjaseni Victor Hugo yang bertajuk Le roi s'amuse. Menurut beliau hasil kerja ini mengandungi kekuatan posisi yang amat padu ... Tema cerita ini amat menarik, menggambarkan sesuatu yang besar dan mempunyai gaya. Ini adalah ciptaan terpenting untuk semua jenis bangsa dan lapisan umur".
Pada hakikatnya, pemilihan opera tersebut merupkan isu kontroversi yang mana penulis kerja ini, Victor Hugo, telah menghadapi masalah dengan lembaga penapisan drama di Perancis. Lakonan pementasan beliau telah diharamkan selepas persembahan pertama yang dibuat hampir 20 tahun yang lalu (dan bersambung untuk 30 tahun lagi). Itali yang ketika itu berada di bawah Austria, negara yang mempunyai undang-undang penapisan drama yang ketat, menambahkan kesulitan untuk Verdi.
Dari awal lagi Verdi dan Paive sudah tahu risiko pembikinan opera ini. Sepucuk surat tulisan Verdi kepada Piave dijumpai berbunyi “Pergi ke bandar dan carikan seorang yang berpengaruh untuk memberi kelulusan agar operaLe Roi s'amuse boleh dibuat". Surat menyurat antara Verdi dan Piave menunjukkan betapa usaha mereka untuk menjayakan opera ini; namun mereka memandang rendah kuasa dan objektif negara Austria. Walaupun telah mendapat janji dari setiausaha daerah La Fenice, Guglielmo Brenna bahawa mereka tidak akan menghadapi masalah, namun mereka anggapan mereka adalah salah.
Pada awal musim panas pada tahun 1850, desas desus mula kedengaran bahawa “Lembaga Penapisan Austria” akan mengharamkan persembahan ini. Opera itu dianggap sebagai penghinaan kepada keluarga diraja yang penuh adegan skandal ; dan tidak akan mendapat kelulusan untuk dipersembahkan di Venice.
Pada bulan Ogos tahun yang sama, Verdi dan Piave secara senyap pergi ke Busseto, kampung halaman Verdi untuk meneruskan penggubahan dan menyediakan surat pembelaan. Surat itu kemudiannya dihantar kepada Teatro la Fenice untuk meyakinkan bahawa isu-isu penapisan adalah tidak berasas dan memandangkan masa sudah suntuk, tidak banyak lagi yang boleh dilakukan. Kerjaseni ini secara rahsia dikenali sebagai The Malediction (atau Sumpahan). Nama tidak rasmi ini juga digunakan oleh pengawai penapisan Austria, De Gorzkowski yang mendapat tahu dari sumber perisikannya.
Piave cuba menukar sedikit sebanyak isi kandungan libreto opera tersebut dan meletakkan beberapa kerjasani dari opera lain yang berjudul Il Duca di Vendome. Verdi tidak bersetuju dengan perubahan tersebut dan tetap mahu berbincang dengan lembaga penapisan Austria. Setelah perbincangan demi perbincangan, akhirnya kesemua pihak bersetuju dengan isi kandungan opera tersebut dengan syarat, lokasi tempat cerita yang asalnya berlaku di istana Perancis ditukar ke rumah bangsawan Perancis atau Itali. (Bermakna, cerita ini tidak menghina atau menceritakan skandal diraja tetapi mengenai orang bangsawan)
Babak di mana raja tersebut berehat di bilik tidur Gilda dipadam dan bahagian “The Duke” melawat Gilda dilebih-lebihkan untuk menjadikannya lebih menarik. Nama pelawak “ Triboulet”, ditukar kepada “Rigoletto” (bahasa Perancis bermaksud “kelakar”) dan nama opera juga ditukar kepada “Rigoletto”. Untuk persembahan pembukaan, Felice Varesi melakonkan watak “ Rigoletto”, penyanyi tenor muda Raffaele Mirate melakonkan watak “The Duke” dan Teresina Brambilla sebagai “Gilda”. Verdi sebenarnya lebih mengemari Teresa De Giuli Bors, seorang soprano yang amat terkenal dari keluarga penyanyi dan pemuzik.
Persembahan pembukaan mendapat kejayaan yang cemerlang, dan keesokan harinya aria nyanyian “The Duke” , "La donna è mobile", kedengaran dinyanyikan oleh ramai orang di jalanan. Untuk mengurangkan risiko dari penciplak, Verdi memaksa penyanyi dan pemuziknya bersumpah untuk tidak memberitahu apa-apa kepada orang luar sebelum malam persembahan. Pelakon watak “The Duke”, Mirate dipaksa bersumpah agar beliau tidak akan menyanyi dan bersiul melodi lagu itu. Beliau berpeluang berlatih menyanyikan "La donna è mobile" hanya beberapa malam sebelum persembahan itu. Anak perempuan kepada Felice Varesi (pelakon watak “Rigoletto”) berkata, bapanya betul-betul terasa tidak selesa memakai “false hump” (sebahagian dari pakaian badut) dan menjadi panik apabila tiba bahagian beliau untuk beraksi di atas pentas. Verdi menyedari Varesi kaku di tepi tabir and menolak beliau ke pentas. Ini menyebabkan beliau hampir terjatuh ketika muncul di atas pentas. Penonton ketawa dan terhibur kerana menyangkakan bahawa itu adalah sebahagian dari aksi lakonan beliau.
Peranan
Peranan
Jenis suara
Tayangan pembukaan Mac 11, 1851 [2] (Konduktor: - )