Tenor merujuk kepada penyanyilelaki yang mempunyai nada suara tertinggi.
Sejarah
Nama "Tenor" diambil dari bahasa Latin yang bermaksud "menahan". Pada zaman pertengahan (medieval) dan zaman pembaharuan (renaissance) di antara tahun 1250 dan 1500, seorang tenor adalah penyanyi struktur utama (mempertingkatkan melodimuzik dari latar belakang) untuk suara-suara nyanyian dan alatan muzik. Suara-suara nyanyian lain biasanya diukur mengikut gerak suara dan penahanan suara seorang tenor, yang kerapkali disambung dengan nada panjang yang diambil dari melodi "Kantus Firmus" [1] yang bermaksud nyanyian atau melodi tetap.Sehingga penghujung abad ke-15 pada pengenalan “kontratenor bassus” (penyanyibes moden) [2], penyanyi tenor kebiasaannya menyanyikan nada suara yang rendah untuk membantu kumpulan penyanyi mendapat suara nyanyian harmoni lengkap. Pada abad yang sama juga, suara “tenor” menjadi satu suara yang disyorkan untuk penyanyilelaki bagi bahagian tersebut.
Di dalam nyanyian 4 penyanyikoir, penyanyi tenor ialah yang bersuara ke-dua rendah, di atas suara penyanyibes dan di bawah suara penyanyisoprano dan penyanyialto. Lingkungan suara seorang penyanyi tenor koir biasanya tidak sehebat suara penyanyi tenor opera. Sesetengah nyanyian koir tidak memerlukan penyanyi tenornya menggunakan keseluruhan tenaga kuasa suara tenor, walaupun sesetengah koir tetap memerlukan tenor untuk menyanyikan nada B3 ke atas sehingga G4.
Di masa kini dan juga sebelumnya, banyak kumpulan nyanyian koir menghadapi kesukaran mendapat penyanyi yang memiliki suara seorang tenor. Ini adalah kerana ia amatlah sukar untuk lelaki dewasa sebenarnya memiliki suara tinggi yang unik untuk digelar tenor. Kebanyakan lelaki dewasa lebih gemar menyanyikan lagu untuk bahagian bes atau bariton. Oleh sebab itu, kerapkali penyanyi lelaki yang tidak memiliki suara tenor dilantik untuk memegang bahagian tersebut walaupun suara mereka tidak sampai ke tahap lingkungan suara seorang tenor. Apabila perkara sebegini wujud dalam sesetengah kumpulan koir, kebiasaanya penyanyialto disuruh menyanyikan bahagian tenor walaupun sesetengah alto yang dipilih juga mempunyai lingkungan suara yang tidak cukup tinggi.
Klasifikasi tenor
Walaupun lingkungan suara adalah ciri utama untuk seseorang diiktiraf sebagai penyanyi tenor, namun ia bukan semudah itu sahaja. Seorang tenor sebenarnya dipilih dari beberapa faktor dari corak vokal termasuklah dari lingkungan suara, kualiti nada, cara kenaikan vokal (untuk naik ke nota tinggi) dan tahap penukaran suara (passaggio) di dalam lingkungan suara mereka.
Untuk pemilihan tenor koir yang kurang profesional pula, mereka biasanya dipilih berdasarkan suara yang lebih bergetar / nyaring dan mempunyai jalinan atau corak suara (tessitura) yang baik.
Penggunaan lain
Di dalam corak muzik harmoni “Barbershop”, penyanyi tenor digunakan untuk suara yang paling tinggi. Empat suara penyanyi digunakan adalah (dari rendah ke paling tinggi) penyanyibes, penyanyibariton, penyanyi utama dan penyanyi tenor. Kebiasaannya penyanyi tenor dalam kumpulan ini menyanyi dengan menggunakan teknik pemalsuan suara (dikenali sebagai falseto dalam bahasa Itali). Istilah tenor di dalam corak muzik “Barbershop” kebiasaan dikaitkan dengan penyanyikauntertenor sepertimana yang diklasifikasikan di dalam lingkungan suaramuzik klasikal untuk mencapai harmoni lengkap sesebuah lagu. Lingkungan suara tenor untuk corak muzik “barbershop ialah, Bb-bawah-tengah C hingga D-atas-tinggi-C (dan menyanyikan oktaf bawah).
Kategori suara (fächer) dan bahagian tenor dalam opera
Lingkungan suara mengikut nota paparan keyboard
Di dalam opera, perbezaan untuk tenor dipecahkan kepada beberapa fächer (kategori suara):-
Tenor dramatik
Atau juga dikenali sebagai tenore drammatico atau tenore di forza atau robusto (Dramatic tenor): berdasarkan kekerasan suara yang kaya dan tinggi bersesuaian untuk watak hero atau watak lelaki utama.
Di antara penyanyi-penyanyi yang tergolong dalam fächer ini adalah Mario del Monaco, Franco Corelli dan Plácido Domingo.
Heldentenor
Banyak persamaan dengan tenor dramatik tetapi ditujukan khas untuk repertoir Jerman yang lebih kepada suara bariton (rendah daripada suara tenor) yang diketengahkan oleh Richard Wagner (penggubah lagenda Jerman).
Apollo (Daphne)
Claudio (Das Liebesverbot)
Cola Rienzi (Rienzi)
Sonny (Wakonda's Dream)atau bariton bernada tinggi
Florestan (Fidelio)
Tannhäuser (Tannhäuser)
Loge (Das Rheingold)
Lohengrin (Lohengrin)
Parsifal (Parsifal)
Paul (Die Tote Stadt)
Siegfried (Siegfried, Götterdämmerung)
Siegmund (Die Walküre)
Walter von Stolzing (Die Meistersinger von Nürnberg)
Tristan (Tristan und Isolde)
Di antara penyanyi-penyanyi yang tergolong dalam fächer ini adalah Lauritz Melchior, Wolfgang Windgassen, Jon Vickers dan Ben Heppner.
Tenor lirik dramatik
Juga dikenali sebagai tenore lirico (Lyric-dramatic tenor): Tenor lirik yang bersesuaian dengan adegan berwarna dan beraksi.
Di antara penyanyi-penyanyi yang tergolong dalam fächer ini adalah Enrico Caruso, Carlo Bergonzi dan Luciano Pavarotti.
Tenor lirik ringan
Juga dikenali sebagai tenore leggiero' atau di grazia (light-lyric tenor): Jenis suara tenor yang lebih ringan dan berpelbagaian, sesuai untuk opera – opera lagu gubahan Mozart, Rossini, Donizetti dan Bellini, dan juga sesekala digunakan untuk repertoir era zaman barok atau watak – watak lucu.
Di antara penyanyi-penyanyi yang tergolong dalam fächer ini adalah Juan Diego Florez.
Tenor buffo
Jenis suara tenor yang baik tetapi tidak dianggap begitu cemerlang sentiasa, kebiasaan menyampaikan untuk sesetengah watak tertentu sahaja seperti pembacaan watak yang berbunga dan watak-watak lucu.
Don Basilio (Le nozze di Figaro)
Don Curzio (Le nozze di Figaro)
Gabriel von Eisenstein (Die Fledermaus)
Mime (Das Rheingold)
Monostatos (Die Zauberflöte)
Pedrillo (Die Entführung aus dem Serail)
Watak – watak tenor di dalam opereta (opera skala kecil/ringan) dan teater muzikal
Adam/Noah (Children of Eden) Boleh dinyanyikan oleh baritenor. (Lingkungan B datar hingga A keatas dan pertengahan C)
Professor Abronsius (Tanz der Vampire)
Alex Dillingham (Aspects of Love)
Alferd Packer (Cannibal! The Musical)
Alfred (Tanz der Vampire)
Angel Dumott-Schunard (Rent)
Anatoly (the Russian in Chess) - boleh dinyanyikan oleh penyanyi bariton