Madama Butterfly atau bahasa Inggeris, (Madame Butterfly) ialah opera tiga babak (asalnya dua babak sahaja) arahan penggubahGiacomo Puccini, ditulis untuk libretoItali oleh Luigi Illica dan Giuseppe Giacosa. Opera ini berdasarkan cerita pendek karangan John Luther Long, yang dibuat sebagai lakonan pementasan oleh David Belasco; juga berdasarkan novel Madame Chrysanthème (1887) karangan Pierre Loti.
Latar belakang
Versi pertama untuk persembahan pembukaan dibuat pada Februari 17, 1904 di Teatro alla Scala, di Milan. Persembahan pertama cuma mempunyai dua babak dan tidak mendapat sambutan yang baik. Pada Mei 28 tahun yang sama, versi baru dipersembahkan di Brescia. Opera versi kedua ini mendapat sambutan hangat dan kejayaan yang amat besar kepada Puccini sehingga merentasi lautan Atlantik ke Metropolitan Opera di bandaraya New York pada tahun 1907.
Pada hari ini, peminat operaItali lebih memilih opera versi pertama (2 babak) manakala di Amerika Syarikat, peminat opera di sana lebih mengemari versi kedua ialah opera tiga babak. Menurut persatuan opera America, Madama Butterfly adalah opera yang paling digemari ramai dan yang paling kerap dipersembahkan di Amerika utara [1].
Opera ini berkisar kepada kehidupan di bandaraya Nagasaki, Jepun dan menurut ahli penyelidik Amerika, Arthur Groos, cerita ini adalah kisah benar yang berlaku di sana pada awal tahun 1890an.
Peranan
Peranan
Jenis suara
Tayangan pembukaan Februari 17, 1904 (Konduktor: Cleofonte Campanini)