Edisi ke-74 Piala Emas Raja-Raja telah diadakan bermula 14 November hingga 20 Disember 2014 di beberapa buah stadium di Pahang, Kelantan, Kedah dan Selangor. Edisi kali ini menyaksikan Perlis mempertahankan gelaran kejuaraan yang telah mereka menangi dalam kejohanan tahun 2013 yang lalu[1].
Pasukan
Untuk edisi kali ini, Perlis menghantar pasukan dari kalangan staf Universiti Malaysia Perlis[2]. Manakala, pasukan lain tertakluk kepada pemain yang disenaraikan oleh persatuan bola sepak Melayu masing-masing
Sebelum kejohanan ini bermula, Negeri Sembilan telah diberikan hak sebagai tuan rumah bagi kumpulan D, namun begitu Persatuan Bola Sepak Melayu Negeri Sembilan menarik diri sebagai tuan rumah atas sebab teknikal[4]. Oleh itu, Persatuan Bola Sepak Melayu Malaysia telah bersepakat memilih Kelantan sebagai tuan rumah bagi Kumpulan D[4].