Piala Emas Sultan-Sultan 1966 merupakan sebuah kejohanan bola sepak yang dianjurkan oleh Persatuan Bolasepak Melayu Semenanjong[1]. Ianya telah diadakan bermula pada 4 Mac hingga 5 Jun1966. Kejohanan ini telah diadakan di beberapa buah stadium dan padang bola sepak di sekitar Malaysia dan Singapura. Untuk edisi kali ini, pasukan PBM Johor akan cuba mempertahankan kejuaraan yang telah mereka menangi pada tahun 1965 yang lalu.
Pasukan
12 pasukan dari persatuan bola sepak Melayu (PBM) negeri dan Singapura dan sebuah pasukan bukan negeri menyertai kejohanan kali ini[1].
PBM Perlis
PBM Pulau Pinang
PBM Kedah
PBM Perak
PBM Negeri Sembilan
Angkatan Bersenjata Persekutuan (Tentera)
PBM Selangor
PBM Pahang
PBM Terengganu
PBM Kelantan
PBM Melaka
PBM Singapura
PBM Johor
Peringkat kumpulan
Pasukan-pasukan yang bertanding dipecahkan kepada empat kumpulan mengikut zon lokasi masing-masing.