Pentas Akhir Piala Emas Raja-Raja 2022 ialah perlawanan bola sepak untuk menentukan juara Piala Emas Raja-Raja 2022. Kejohanan ini telah dianjurkan oleh Persatuan Bola Sepak Melayu Malaysia bertempat di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya di Selangor. Pasukan PDRM dan PBM Selangor merupakan dua pasukan yang akan merebut trofi kejohanan Piala Emas Raja-Raja ini. Petrolife, syarikat berkaitan minyak dan gas tempatan merupakan penaja utama untuk perlawanan akhir ini.
Pasukan PBM Selangor melangkah ke peringkat kalah mati dengan mengumpul tujuh mata hasil daripada 2 kemenangan dan satu seri. Di peringkat kalah mati pula, pasukan PBM Selangor mengalahkan pasukan juara Piala Emas Raja-Raja 2017 iaitu PBM Pulau Pinang[2], dan mengalahkan pasukan PBM Kelantan dalam saingan separuh akhir. Pasukan PDRM pula mengikuti jejak pasukan PBM Selangor apabila berada dalam kumpulan yang sama, mengumpul enam mata hasil daripada dua kemenangan dan satu kekalahan, di mana mereka kalah kepada pasukan PBM Selangor dengan jaringan 1-2. Pasukan PDRM meneruskan kemaraan mereka dalam kejohanan ini apabila mengalahkan pasukan PBM Perlis dalam saingan suku akhir, sebelum memperoleh kemenangan ke atas pasukan PBM Melaka dalam saingan separuh akhir.
Pasukan layak
Berikut di bawah adalah dua pasukan yang layak ke perlawanan akhir.
Tempat
Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya dipilih sebagai lokasi perlawanan akhir Piala Emas Raja-Raja 2022. Stadium ini telah dibuka kepada umum pada tahun 1996 dan mampu menampung seramai 25,000 orang penonton dalam satu-satu masa. Stadium MBPJ ini merupakan stadium tuan rumah bagi pasukan Selangor FC buat masa kini kerana Stadium Shah Alam bakal dirobohkan dan diganti dengan stadium baru[3][4].
Bagi kejohanan Piala Emas Raja-Raja edisi kali ini, Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya hanya digunakan dalam perlawanan peringkat akhir sahaja.
Latar belakang
PBM Selangor merupakan antara pasukan bola sepak Melayu yang paling banyak menyertai kejohanan Piala Emas Raja-Raja (sebelumnya dikenali sebagai Piala Emas Sultan-Sultan). Dalam edisi pertama kejohanan ini yang diadakan pada tahun 1924, pasukan Melayu Selangor yang diwakili oleh Kelab Sultan Suleiman mengalahkan pasukan Melayu Negeri Sembilan dengan jaringan tiga gol berbalas kosong[5]. Walau bagaimanapun, kali terakhir pasukan PBM Selangor memenangi kejohanan ini adalah pada tahun 1997 di mana mereka menumpaskan pasukan PBM Kelantan dengan jaringan 3-1[6]. Ironinya, kali terakhir pasukan PBM Selangor melangkah ke perlawanan akhir adalah pada tahun 2003, menentang pasukan PBM Kelantan sekali lagi, namun kalah dengan jaringan 2-1.
Bagi pasukan PDRM pula, ini merupakan kali kedua mereka melangkah ke perlawanan akhir kejohanan Piala Emas Raja-Raja. Edisi ke-76 (2016) merupakan kali pertama pasukan PDRM melangkah ke perlawanan akhir[7], namun tewas kepada pasukan PBM Pahang dengan jaringan 2-6 di Stadium Darul Makmur[8]. Ini bermakna pasukan PDRM belum lagi pernah memenangi kejohanan Piala Emas Raja-Raja sepanjang penyertaan mereka.
Butiran perlawanan
|
|
|
GK |
18 |
Wilfred Anak Jabun |
|
|
|
4 |
Ahmad Nizam Mohd Rodzi (k) |
|
|
|
5 |
Mohd Zulhairi Mohd |
|
|
|
6 |
Muhammad Alif Najmi Ahmad |
|
|
|
9 |
Muhammad Akif Iqraiz |
|
|
|
11 |
Christopher Keli |
|
|
|
15 |
Mohd Fakhrullah |
|
|
|
17 |
Mohamad Iqbal Azmi |
|
|
|
23 |
M Luqman Hakim |
|
|
|
27 |
Muhamad Eskandar Ismail |
|
|
|
33 |
Muhammad Fakhrul Azmi |
|
|
Pemain gantian:
|
GK |
1 |
Muhammad Syahmin |
|
|
|
16 |
Muhammad Alif Aidil |
|
|
|
19 |
Aiman Syafiq Zakaria |
|
|
|
21 |
Amirul Adam Saarani |
|
|
|
28 |
Haziq Rahim Iskandar |
|
|
|
30 |
Nazaruddin Bohri |
|
|
|
32 |
Muhammad Aufa Syahir |
|
|
Jurulatih:
|
Rohaizan Md Ribi
|
|
|
|
|
|
GK |
1 |
Muhammad Aizul Hakim |
|
|
|
2 |
Danish Erfan Ezal |
|
|
|
3 |
Muhammad Hariz Mansor (k) |
|
|
|
5 |
Muhammad Adim Muzahhir |
|
|
|
6 |
Muhammad Raimi Shamsul |
|
|
|
8 |
Muhammad Azrul Haikal |
|
|
|
11 |
Aleff Haedi Za'ba |
|
|
|
14 |
Alif Daniel Abd Aziz |
|
|
|
15 |
Niamulhasan Alias |
|
|
|
19 |
Muhammad Haleif Hazriel |
|
|
|
22 |
Mohamad Mustakim Mustapha |
|
|
Pemain gantian:
|
GK |
18 |
Aif Danish Saifudin |
|
|
|
4 |
Muhammad Sahil Mohd Husni |
|
|
|
9 |
Nazrin Mohamad Nasir |
|
|
|
10 |
Muhammad Fakrul Iman |
|
|
|
16 |
Muhammad Haiqal Haqeemi |
|
|
|
20 |
Muhamamd Syazwan Irfan |
|
|
|
21 |
Muhammad Amirul Haziq |
|
|
Jurulatih:
|
Shaiful Nizam Ab Khamis[9]
|
|
Trivia
- Jawatankuasa Pertandingan Persatuan Bola Sepak Melayu Malaysia menyenaraikan penentuan juara menerusi balingan duit syiling sebanyak tiga kali sebagai pilihan keempat jika perlawanan akhir masih lagi berkesudahan seri, termasuklah selepas selesai sepakan penalti yang diambil oleh kesemua 11 orang pemain[10].
- Kesemua pemain serta pegawai sukan pasukan yang memenangi kejohanan ini bakal menerima kepingan emas seberat dua gram yang ditaja oleh syarikat KAB Gold Sdn Bhd[11]. Selain itu, emas edisi khas Piala Emas Raja-Raja 100 tahun turut dikeluarkan dalam stok yang terhad.
- Menurut ketua jurulatih PDRM, Rohaizan Md Ribi, pasukannya tidak mengadakan perlawanan persahabatan kerana rata-rata pemain adalah anggota polis yang sedang sibuk bertugas untuk persiapan Pilihanraya Umum ke-15[12].
Rujukan
|
---|
Era Piala Emas Sultan-Sultan | |
---|
Era Piala Emas Raja-Raja | |
---|
Pentas Akhir | |
---|
|