Amaran: Tajuk paparan "mStar" mengatasi tajuk paparan awal "<i>MStar</i>".
mStar ialah sebuah laman web berita berbahasa Melayu di Malaysia. Ia dimiliki oleh Star Media Group Berhad yang turut menerbitkan akhbat The Star. Ia mula boleh dicapai pada 15 Oktober 2005 dan dirasmikan pelancarannya pada 31 Oktober 2005 oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak[1].
Perkembangan
Berita-berita dalam mStar pernah diterbitkan secara fizikal secara mingguan menerusi Mingguan mStar sebagai sisipan kepada Sunday Star bermula Februari 2010. Walau bagaimanapun, penerbitannya dihentikan pada 2011.
Pada 17 April 2014, mStar melancarkan wajah baharunya dengan menambah baik kandungan yang ketika itu lebih tertumpu kepada berita dan hiburan[2][3]. Namun bagi memenuhi selera pembaca yang terdiri daripada golongan muda dan pertengahan usia, maka kandungannya diperkemaskan lagi pada 20 November 2018 dengan corak penulisan diubah kepada pendekatan yang lebih semasa.
Anugerah dan pengiktirafan
mStar juga turut diiktiraf pada peringkat antarabangsa apabila dianugerahkan Pingat Gangsa bagi Laman Web Gaya Hidup Terbaik Asia, Anugerah Media Digital Asia 2015 yang diadakan di Hong Kong pada 18 November 2015. Ia dianjurkan oleh World Association of Newspapers and News Publishers (WAN-Ifra).
Pada 18 Ogos 2016 mStar menerima Anugerah Spark 2016 untuk kecemerlangan media Asia Pasifik bawah kategori ‘Acara Terbaik Oleh Pemilik Media’ yang berlangsung di Singapura.
Di peringkat nasional pula, mStar merangkul anugerah Kritikan Filem Terbaik, anjuran Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) yang dianjurkan pada 26 November 2017.
mStar turut menerima tempat kedua bagi penerbitan video dokumentari Anugerah Media Pembinaan CIDB 2018 anjuran Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia pada 3 Disember 2018.
Lihat juga
Pautan luar
Rujukan
|
---|
Akhbar cetak |
---|
Bahasa Melayu | Semenanjung Malaysia | | Kerajaan negeri | |
---|
Parti politik | |
---|
|
---|
|
---|
Bahasa Inggeris | Semenanjung Malaysia | |
---|
Malaysia Timur | |
---|
|
---|
Bahasa Cina | Semenanjung Malaysia | |
---|
Malaysia Timur | |
---|
|
---|
Bahasa Tamil | |
---|
|
|
Akhbar dalam talian / Laman web berita |
---|
|
|
|