Liga Futsal Premier Malaysia (MPFL) ialah liga futsal peringkat teratas kebangsaan di Malaysia. Ia sebelum ini dikenali sebagai Liga Futsal Kebangsaan (LFK). Pertandingan diasingkan kepada kategori Lelaki dan wanita category.
Sejak penubuhannya pada 2004, gelaran itu telah dimenangi oleh tujuh juara berbeza. Juara terkini ialah Selangor FA.
Sejarah
Pada tahun 2004, Persatuan Bola Sepak Malaysia telah memperkenalkan liga futsal (format karnival) pertama yang ditaja oleh Hyundai. Liga itu dikenali sebagai Kejohanan Futsal Kebangsaan Hyundai, yang kemudiannya disertai oleh 18 pasukan dan diadakan di Planet Sukan Ampang.
Pada tahun 2006, liga ini dinamakan Kejohanan Futsal Kebangsaan Celcom selepas Celcom mengambil alih sebagai penaja utama. Ia adalah format karnival yang berlangsung di empat zon (Utara, Tengah, Selatan & Timur). Sebanyak 33 pasukan bertarung kali ini untuk merebut kejuaraan liga.
Pada tahun 2007, FELDA mengambil alih sebagai penaja rasmi dan digelar sebagai Liga Futsal Kebangsaan FAM/FELDA. Kategori wanita diperkenalkan buat pertama kali pada tahun tersebut.
Figos RSA menjadi kelab pertama yang memenangi gelaran berturut-turut pada musim 2008-09 dan 2009-10. Pada musim 2014–15, Felda United menyamai rekod selepas memenangi musim ini untuk kali kedua.[1]
Liga ditangguhkan untuk musim 2016 selepas masalah kewangan dan ditangguhkan ke Januari 2017 untuk musim baharu.[2][3][4][5] Bagi musim 2017, sebanyak 10 kelab sepatutnya bersaing dalam kategori lelaki. Bagaimanapun, Selangor menarik diri daripada saingan sebelum permulaan musim. Bagi kategori wanita, sebanyak enam kelab bertanding dalam pertandingan tersebut.
Kelab
Di bawah adalah senarai kelab yang bertanding dalam Liga Futsal Premier Malaysia 2019.[6][7][8]
Venue
Pemenang
Anugerah pemain
Pemenang kasut Emas
Pemain Terbaik
Penjaga gol Terbaik
Pemain Muda Terbaik
Bilangan penampilan
Lihat juga
Rujukan
Pautan luar
|
---|
Pasukan kebangsaan | |
---|
Pertandingan Liga | Utama | |
---|
Lain-lain | |
---|
Tidak dianjurkan | |
---|
|
---|
Pertandingan Piala | |
---|
Lain-lain | |
---|
|
|