Perikatan penerbangan adalah sebuah perjanjian antara beberapa penerbangan untuk melakukan usaha sama dalam operasi mereka. Sehingga ke hari ini, terdapat tiga perikatan utama iaitu SkyTeam, Star Alliance dan Oneworld
Galeri
Peta Perikatan Penerbangan, versi bekas.
Am / Perihal
Pakatan Syarikat Penerbangan adalah pengaturan industri penerbangan antara dua atau lebih syarikat penerbangan yang bersetuju untuk bekerjasama pada tahap yang besar. Perikatan mungkin menyediakan penjenamaan pemasaran untuk memudahkan pelancong membuat hubungan antara syarikat penerbangan melalui perjanjian perkongsian kod dalam Negara. Penjenamaan ini mungkin melibatkan Liveri pesawat ahli.[1]
pada Tahun 2015, pakatan Star Alliance yang merupakan pakatan terbesar dengan jadual trafik dengan jumlah keseluruhan iaitu 23% dari pendapatan penumpang perbatu (RPMs)/pendapatan penumpang perkilometer (RPKs), lalu diikuti dengan pakatan SkyTeam yang merupakan pakatan kedua terbesar dengan jumlah keseluruhan iaitu 20.4% dari pendapatan penumpang perbatu (RPMs)/pendapatan penumpang perkilometer (RPKs), dan diikuti dengan pakatan Oneworld yang merupakan pakatan ketiga terbesar dengan jumlah keseluruhan iaitu 17.8% dari pendapatan penumpang perbatu (RPMs)/pendapatan penumpang perkilometer (RPKs), menyisakan sebanyak 38.8% untuk pakatan lainya.[2][3]
Pada tahun 2019, dengan jumlah penumpang, pakatan Star Alliance mendahului pakatan SkyTeam dan Oneworld, dengan jumlah iaitu (762 juta),[4] lalu dikuti oleh pakatan SkyTeam, dengan jumlah iaitu (630 juta)[5] dan diikuti oleh pakatan Oneworld dengan jumlah iaitu (535 juta).[6]
Rasional
Manfaat boleh terdiri daripada rangkaian yang diperluas, yang sering direalisasikan melalui perjanjian perkongsian kod. Banyak pakatan yang bermula sebagai hanya rangkaian perkongsian kod. Pengurangan kos datang dari perkongsian pejabat penjualan, kemudahan penyelenggaraan, kemudahan operasi (seperti sistem katering atau komputer), kakitangan operasi (misalnya kakitangan pengendalian darat, di meja daftar masuk dan menaiki kapal terbang), pelaburan dan pembelian (misalnya untuk berunding tambahan potongan jumlah). Manfaat pelancong boleh merangkumi harga yang lebih rendah kerana kos operasi yang diturunkan untuk laluan tertentu, lebih banyak masa keberangkatan untuk dipilih di laluan tertentu, lebih banyak destinasi dalam jarak yang mudah dicapai, masa perjalanan yang lebih pendek hasil daripada pengangkutan yang dioptimumkan, julat yang lebih luas dari bilik rehat di lapangan terbang lounge dikongsi dengan ahli pakatan, akses trek pantas pada semua anggota pakatan sekiranya mempunyai status penerbangan kerap, ganjaran jarak tempuh lebih pantas dengan memperoleh batu untuk satu akaun di beberapa syarikat penerbangan yang berbeza, tiket pusingan dunia, membolehkan pelancong untuk terbang ke seluruh dunia dengan harga yang agak rendah.[7]
Perikatan syarikat penerbangan juga boleh menimbulkan keburukan bagi pelancong, seperti harga yang lebih tinggi apabila persaingan terhapus di laluan tertentu atau penerbangan yang kurang kerap; sebagai contoh, jika dua syarikat penerbangan secara berasingan terbang masing-masing tiga dan dua kali sehari di laluan bersama, pakatan mereka mungkin terbang kurang dari 5 (3 + 2) kali sehari di laluan yang sama. Ini mungkin berlaku terutamanya di antara bandar hub bagi setiap syarikat penerbangan. misal, penerbangan antara Detroit (Lapangan Terbang Metropolitan Detroit Wayne County; Hab utama Delta Air Lines) dan Amsterdam (Lapangan Terbang Schiphol; Hab utama KLM).
Isu
Kemampuan syarikat penerbangan untuk bergabung dalam pakatan mungkin dihadkan oleh undang-undang dan peraturan atau tertakluk kepada persetujuan pihak berkuasa. masalah Undang-undang persaingan juga mesti dipertimbangkan di beberapa negara.
Sejarah
Perikatan syarikat penerbangan pertama dibentuk pada tahun 1930-an, ketika syarikat penerbangan Panair do Brasil dan syarikat induknya Pan American World Airways bersetuju untuk menukar laluan ke Amerika Latin. Pada tahun 1990, Perjanjian Perkhidmatan Bersama Afrika (AJAS) antara Tanzania, Uganda dan Zambia membawa kepada pelancaran Alliance Air pada tahun 1994, dengan Syarikat Penerbangan South African Airways, Air Tanzania, Uganda Airlines dan kerajaan Uganda dan Tanzania sebagai pemegang saham.[perlu rujukan]
Perikatan besar pertama bermula pada tahun 1989, ketika syarikat penerbangan Northwest Airlines dan syarikat penerbangan KLM bersetuju untuk perkongsian bersama dengan berskala besar. Pada tahun 1992, Belanda menandatangani perjanjian langit terbuka (Perjanjian mengenai Langit Terbuka) pertama dengan Amerika Syarikat, walaupun ada bantahan dari Kesatuan Eropah, yang memberikan kedua-dua negara hak pendaratan tanpa batas di tanah negara lain. Lazimnya hak pendaratan diberikan untuk jumlah penerbangan tetap setiap minggu ke destinasi tetap. Setiap penyesuaian memerlukan rundingan, sering antara kerajaan dan bukan antara syarikat yang terlibat. Sebagai balasannya, Amerika Syarikat memberikan kekebalan antimonopoli terhadap pakatan antara syarikat penerbangan Northwest Airlines dan syarikat penerbangan KLM. Perikatan lain akan bertahun-tahun berjuang untuk mengatasi halangan transnasional dan kekurangan imuniti antimonopoli, dan masih melakukannya.[perlu rujukan]
perikatan Star Alliance ditubuhkan pada tahun 1997,[8][9] yang membawa syarikat penerbangan yang bersaing untuk menubuhkan perikatan Oneworld pada tahun 1991 dan menubuhkan perikatan SkyTeam pada tahun 2000.[perlu rujukan]
Pada tahun 2007 perikatan Tai Tung ditubuhkan. Terdapat tiga syarikat penerbangan, iaitu syarikat penerbangan City Express yang berpangkalan di Korea Selatan, syarikat penerbangan Super Flyer yang berpangkalan di Jepun dan syarikat penerbangan Vacation Line yang berpangkalan di Sepanyol.
Pada tahun 2010 Richard Branson, ketua kumpulan Virgin, mengumumkan hasratnya untuk membentuk pakatan keempat di antara syarikat penerbangan berjenama Virgin (Virgin Atlantic; Virgin America; dan kumpulan syarikat penerbangan Virgin Australia Holdings).[10] Then in September 2011, Branson said that Virgin Atlantic would join one of the existing alliances;[11] this idea was repeated in October 2012.[12] Pada bulan Disember 2012, Syarikat penerbangan Delta Air Lines membeli 49% (empat puluh sembilan peratus) kepentingan syarikat penerbangan Singapore Airlines di syarikat penerbangan Virgin Atlantic dengan harga £ 224 juta.[perlu rujukan] syarikat penerbangan Virgin America telah diserap ke dalam Syarikat penerbangan Alaska Airlines, yang dimana syarikat penerbangan tersebut bergabung ke dalam Pakatan Oneworld pada tahun 2021.[13][14]
Pada Tarikh 14 Februari 2013, diumumkan bahawa syarikat penerbangan American Airlines dan US Airways akan bergabung, mengekalkan nama American Airlines dan akan kekal dalam pakatan Oneworld. Penyertaan Syarikat penerbangan US Airways dalam pakatan Star Alliance tidak lagi berlaku. Pada tahun 2012, di Amerika Selatan, syarikat penerbangan LAN Airlines dan TAM Airlines memulakan penggabungan mereka. Pada bulan Mac 2014, selepas penggabungan selesai, TAM meninggalkan pakatan Star Alliance dan menjadi sebahagian daripada LAN di dalam pakatan Oneworld.[perlu rujukan]
Pada Tarikh 18 Januari 2016, pakatan pertama syarikat penerbangan tambang murah dibentuk, yang bernama perikatan U-FLY Alliance. Ahli pengasas - HK Express, Lucky Air, Urumqi Air, dan West Air - semuanya berafiliasi dengan Kumpulan HNA, walaupun pakatan itu juga mencari syarikat penerbangan yang tidak termasuk dalam kumpulan.[15]
Pada Februari 2022, kedua-dua Delta dan KLM mengumumkan penggantungan perjanjian perkongsian kod mereka dengan Aeroflot berkaitan dengan pencerobohan Rusia ke atas Ukraine 2022.[17][18]
Pada April 2022, Perikatan syarikat penerbangan SkyTeam mengumumkan penggantungan keahlian syarikat penerbangan Rusia Aeroflot. Penggantungan keahlian Aeroflot, disahkan di Laman Web Perikatan SkyTeam, dan Aeroflot mengesahkan penggantungan sementara keahlian syarikat penerbangan itu dalam perikatan itu. Ia sedang berusaha untuk meminimumkan kesan keputusan ini terhadap pelanggan. Syarikat penerbangan Rusia itu tidak berhenti menggunakan tanda dagangan, produk dan perkhidmatan SkyTeam, tetapi beberapa sekatan mungkin dikenakan pada keistimewaan perikatan dalam penerbangan Aeroflot PJSC. [19]
perikatan SkyTeam, ditubuhkan pada tahun 2000, kini mempunyai 18 ahli dalam pakatan itu (18 Ahli, setakat Tahun 2021, kerana Alitalia telah muflis sejak 15 Oktober2021 dan digantikan oleh ITA Airways. [24]):[25][26] Dan 17 Ahli sejak April 2022, kerana Aeroflot telah dikeluarkan dari perikatan secara sementara untuk semasa [27]
• NokScoot (XW) (Syarikat Penerbangan sudah muflis)
• Tiger Airways (TR) (Syarikat Penerbangan sudah muflis)
• Tigerair Australia (TT) (Syarikat Penerbangan sudah muflis)
• Vanilla Air (JW) (Syarikat Penerbangan sudah muflis)