United Air Lines, Inc., beroperasi sebagai United Airlines (NASDAQ: UAUA), ialah sebuah syarikat penerbangan utama yang berpusat di Amerika Syarikat dan merupakan antara salah satu penerbangan terbesar di dunia.[1] Ia merupakan subsidiari UAL Corporation dengan pejabat korporat di Chicago.
United mempunyai 48,000 pekerja di seluruh dunia[3] dan menjalankan 359 pesawat.
Pada 2 Mei 2010, Lembaga Pengarah Continental Airlines dan United Airlines meluluskan perjanjian pertukaran saham yang akan menggabungkan kedua syarikat menjadi sistem penerbangan terbesar di dunia dari segi jumlah pekerja. Sistem penerbangan ini akan menggunakan nama United Airlines, logo Continental dan berpusat di pangkalan United di Chicago. United baru ini akan dijalankan CEO Continental Airlines Jeffery Smisek, bersama dengan CEO United Airlines Glenn Tilton, sebagai pengerusi bukan-eksekutif lembaga. Perjanjian ini masih memerlukan kelulusan daripada pengawal antimonopoli dan pemegang saham sebelum boleh dilaksanakan.[4] Kedua syarikat ini menjangka akan menyelesaikan urus niaga ini, bernilai USD $3.2 bilion,[5] pada suku keempat 2010.
Rujukan
|
---|
perihal dan alamat ibu pejabat
• Jeffrey Goh (CEO)
• Scott Kirby (Pengerusi)
|
Ahli penubuhan perikatan Star Alliance | | |
---|
Ahli-ahli semasa perikatan Star Alliance | |
---|
Ahli bersekutu perikatan Star Alliance | |
---|
Ahli Penyambung Star Alliance | |
---|
Ahli Penyambung Masa Depan Star Alliance | |
---|
Bekas ahli perikatan Star Alliance | |
---|
|