Pastor Maldonado
Pastor Rafael Maldonado Motta (lahir pada 10 Mac 1985 di Maracay, Venezuela[1]) ialah seorang pemandu Formula Satu, yang kini memandu untuk pasukan Wiliams. Sebelum membuat penampilan sulungnya dalam Formula Satu pada tahun 2011, beliau memenangi kejuaraan GP2 pada tahun sebelumnya. Beliau menjadi pemandu Venezuela yang pertama untuk memenangi sebuah perlumbaan Grand Prix Formula Satu selepas Maldonado memenangi Grand Prix Sepanyol pada tahun 2012 selepas bermula dari petak pertama. KerjayaFormula Renault 3.5Maldonado berlumba dalam Formula Renault 3.5 Series bersama Draco Racing pada tahun 2006. Beliau mendapat tempat ketiga dalam kejuaraan tersebut, dengan memenangi lima perlumbaan dan mendapat lima petak pertama.[2][3] Formula SatuMaldonado adalah salah satu calon untuk menjadi pemandu untuk pasukan Campos Meta pada tahun 2010. Ketua pasukan Campos, Adrián Campos berkata bahawa rakan pasukan Bruno Senna mungkin ialah Pedro de la Rosa, Vitaly Petrov atau Maldonado,[4] Tetapi masalah kewangan dalam pasukan dan perubahan pemilikan mengubah keadaan tersebut, dan Karun Chandhok disahkan sebagai rakan sepasukan Senna.[5] Terdapat laporan yang mengatakan bahawa Maldonado hampir untuk menandatangani perjanjian untuk menjadi pemandu ujian dan simpanan untuk Stefan Grand Prix, yang cuba untuk bersaing pada musim 2010 berikutan pengunduran US F1 Team.[6] Stefan kemudiannya telah dihalang daripada bertanding pada musim 2010.[7] Williams (2011–)Menjelang akhir musim 2010, Maldonado telah dikaitkan dengan pasukan Williams untuk musim 2011, dan dijangka untuk menggantikan Nico Hülkenberg dan menjadi rakan sepasukan baru Rubens Barrichello. Maldonado mengambil bahagian dalam ujian pemandu muda di Litar Yas Marina di Abu Dhabi, dengan memandu untuk Williams dan Hispania Racing (pasukan Campos yang dinamakan semula). Pada 15 November, Williams mengesahkan bahawa Hülkenberg telah digugurkan daripada barisan pemandu musim 2011, dan Maldonado telah disahkan sebagai penganti Hülkenberg pada 1 Disember.[8] Maldonado juga membawa penajaan daripada kerajaan Venezuela (melalui syarikat minyak milik negara Venezuela; PDVSA) kepada pasukan.[9] 2011![]() Maldonado bersara daripada perlumbaan pertamanya di Grand Prix Australia disebabkan masalah transmisi. Di Grand Prix Malaysia, beliau gagal untuk memasuki Q2 dan bersara daripada perlumbaan. Beliau berjaya menamatkan perlumbaan pertamanya di Grand Prix China selepas mendapat tempat ke-18. Di Grand Prix Sepanyol, beliau memasuki Q3 buat kali pertama, dan akhirnya melayakkan diri di tempat kesembilan untuk perlumbaan tersebut. Beliau memasuki Q3 sekali lagi di Monaco, dan melayakkan diri di tempat kelapan, dan ketika berada di tempat kelima dengan baki lima pusingan, beliau berlanggar dengan Lewis Hamilton dan menyebabkan Maldonado bersara. Beliau kemudiannya bersara di Kanada. Pada pusingan kelayakan di Grand Prix Belgium, Maldonado telah terlibat dalam sebuah insiden bersama Lewis Hamilton selepas Hamilton dihimpit oleh Maldonado apabila kedua-dua mereka sedang menetapkan masa pusingan kelayakan mereka. Maldonado menerima penalti lima-petak kedudukan manakala Hamilton diberikan teguran. Tetapi dalam perlumbaan tersebut, beliau mendapat mata kejuaraan pertamanya dalam Formula Satu dengan mendapat tempat kesepuluh. Namun begitu, Maldonado gagal mengutip sebarang mata lagi untuk sepanjang musim ini, dan gagal memasuki Q3 untuk sepanjang musim. Kekecewaan Maldonado berterusan sehingga ke Grand Prix Abu Dhabi, di mana beliau mendapat tempat ke-17 pada pusingan kelayakan dan bermula dari tempat ke-23 (selepas menerima penalti sepuluh petak kedudukan kerana menggunakan enjin kesembilannya pada musim ini), menerima penalti pandu dalam pit, dan kemudiannya diberikan penalti masa 30 saat selepas perlumbaan. Maldonado menerima kedua-dua penalti tersebut kerana mengabaikan bendera biru. Maldonado menamatkan musim di tangga ke-18 dalam Kejuaraan Pemandu Dunia dan pada 1 Disember 2011, ia telah disahkan bahawa beliau akan dikekalkan oleh Williams bagi musim 2012.[10] 2012![]() Maldonado memulakan musim 2012 bersama rakan sepasukan barunya dari Amerika Selatan, Bruno Senna, bersama pasukan Williams. Beliau memulakan musim ini dengan baik, dengan mendapat tempat kelapan pada pusingan kelayakan di Australia. Pada perlumbaan tersebut, Maldonado beraksi dengan baik sehinggalah beliau mengalami kemalangan pada pusingan akhir, ketika berjuang dengan Fernando Alonso untuk tempat kelima. Di Grand Prix Malaysia, Maldonado bersara sekali lagi ketika berada dalam kedudukan untuk mendapat mata. Beliau mendapat mata pertamanya pada musim ini selepas mendapat tempat kelapan di China. Di Bahrain, beliau bersara sekali lagi selepas mendapat tempat ke-17 pada pusingan kelayakan. Di Sepanyol, Maldonado mendapat tempat kedua pada pusingan kelayakan, di belakang Lewis Hamilton. Maldonado kemudiannya diberikan petak pertamanya yang sulung dalam kerjayanya selepas Hamilton telah dikecualikan daripada keputusan kelayakan tersebut kerana tidak mempunyai bahan api yang secukupnya di dalam keretanya.[11] Maldonado dipintas di selekoh pertama oleh Fernando Alonso, tetapi kembali mendahului perlumbaan tersebut selepas perhentian pit kedua. Maldonado mengekalkan kedudukannya selepas melengkapkan perhentian pit ketiganya, dan akhirnya memenangi perlumbaan tersebut di hadapan Alonso dan Kimi Räikkönen. Maldonado menjadi pemandu Venezuela yang pertama untuk mendapat podium dalam Formula Satu.[12] Semasa sambutan selepas perlumbaan, sebuah kebakaran tercetus di dalam pit Williams, dan Maldonado telah dilihat membawa sepupunya ke tempat yang selamat.[13] Di Monaco, Maldonado menerima penalti sepuluh-petak kedudukan selepas menyebabkan sebuah insiden yang boleh dielakkan dengan Sergio Pérez pada sesi latihan bebas pada hari Jumaat, dan menerima penalti tambahan lima-petak kedudukan kerana menukar kotak gear, dan memulakan perlumbaan di tempat terakhir.[14] Beliau bersara pada awal perlumbaan selepas merempuh pemandu HRT, Pedro de la Rosa. Pada akhir sesi Q2 di Kanada, Maldonado melanggar dinding Walls of Champions, dan terpaksa memulakan perlumbaan di tempat ke-17. Beliau menerima penalti lima-petak kedudukan kerana menukar kotak gear, bermakna beliau memulakan perlumbaan di tempat ke-22. Maldonado akhirnya menamatkan perlumbaan di tempat ke-13. ![]() Di Eropah, Maldonado memulakan perlumbaan di tempat ketiga, tetapi jatuh ke tempat kelima selepas permulaan dan kesepuluh selepas memasuki pit di bawah keadaan kereta keselamatan pada pertengahan perlumbaan. Maldonado kemudiannya memintas beberapa pemandu termasuk pemandu Red Bull, Mark Webber dan berada di tempat keempat pada peringkat akhir perlumbaan. Pada pusingan ke-56 (pusingan kedua terakhir), Maldonado bertarung dengan pemandu McLaren, Lewis Hamilton, untuk tempat ketiga. Bagaimanapun Hamilton dan Maldonado berlanggar dan Hamilton terpaksa bersara selepas melanggar dinding tayar, manakala Maldonado meneruskan perlumbaan tanpa sayap depan keretanya dan menamatkan perlumbaan di tempat kesepuluh. Maldonado menyalahkan Hamilton atas kejadian tersebut,[15] namun steward perlumbaan memberikan penalti masa 20 saat kepada Maldonado, dan menyebabkan beliau jatuh ke tempat ke-12.[16] Maldonado memulakan perlumbaan di tempat ketujuh di Grand Prix British dan berada di tempat keenam sebelum memasuki pit untuk menukar tayar pada pusingan kesebelas. Maldonado kemudiannya terlibat dalam sebuah kemalangan dengan Sergio Pérez. Pérez bersara, namun Maldonado meneruskan perlumbaan dan menamatkan perlumbaan di tempat ke-16. Dalam temu bual televisyen, Pérez mengatakan bahawa Maldonado ialah seorang yang amat berbahaya dan mendakwa beliau telah menghancurkan perlumbaan orang lain. Pérez juga meminta steward untuk mengambil tindakan yang tegas terhadap Maldonado.[17] Maldonado berkata bahawa perlanggaran tersebut adalah sebuah insiden perlumbaan.[18] Steward mengukum Maldonado dengan menegurnya dan mengenakan denda sebanyak €10,000.[19] Di Jerman, Maldonado memulakan perlumbaan di tempat keenam dalam keadaan hujan lebat, namun gagal mengekalkan prestasinya yang baik itu selepas menamatkan perlumbaan di tempat ke-15. Di Hungary, Maldonado mendapat tempat kelapan pada pusingan kelayakan, tetapi memulakan perlumbaan dengan teruk dan jatuh ke tempat ke-12 selepas pusingan pertama dan ke-13 selepas menukar tayar. Maldonado juga menerima penalti pandu dalam pit selepas "menyebabkan perlanggaran yang boleh dielakkan" ketika cuba memintas pemandu Force India, Paul di Resta untuk tempat ke-12. Beliau akhirya menamatkan perlumbaan di tempat ke-13. ![]() Di Grand Prix Belgium, Maldonado menerima tiga penalti lagi. Walaupun mendapat tempat ketiga pada pusingan kelayakan, beliau diturunkan tiga petak kedudukan kerana menghalang Nico Hülkenberg pada sesi kelayakan bahagian pertama.[20] Beliau kemudiannya melompat permulaan perlumbaan, dan menyebabkan perlanggaran yang boleh dielakkan dengan pemandu Marussia, Timo Glock. Ini menyebabkan Maldonado menerima dua penalti berasingan, oleh itu beliau diturunkan sebanyak sepuluh-petak kedudukan di Monza.[21] Maldonado memulakan perlumbaan di tempat ke-22 dan menamatkan perlumbaan di tempat kesebelas, hanya 0.5 saat di belakang Senna, yang mendapat tempat kesepuluh. Di Singapura, beliau memulakan perlumbaan di tempat kedua, di belakang Lewis Hamilton. Namun begitu, Maldonado bersara pada pusingan ke-37 selepas mengalami kegagalan hidraulik. Di Jepun, Maldonado mendapat tempat ke-14 pada pusingan kelayakan dan menamatkan perlumbaan di tempat kelapan. ![]() Di Grand Prix Korea, Maldonado mendapat tempat ke-14, selepas memulakan perlumbaan di tempat ke-15. Beliau sekali lagi berjaya untuk memasuki Q3 di India, tetapi telah melakukan satu kesilapan pada pusingan kelayakan tersebut yang menyebabkan beliau memulakan perlumbaan di tempat kesembilan.[22] Maldonado menamatkan perlumbaan ini di tempat ke-16 selepas tayar keretanya pancit selepas memintas pemandu Sauber, Kamui Kobayashi.[23] Maldonado mendapat tempat keempat pada pusingan kelayakan di Abu Dhabi, dan kemudiannya dinaikkan ke tempat ketiga selepas Vettel telah dikecualikan daripada pusingan kelayakan kerana tidak mempunyai bahan api yang mencukupi di dalam keretanya.[24] Beliau berjaya mengekalkan tempat ketiganya pada permulaan dan mengekalkan prestasi yang baik dalam perlumbaan tersebut. Namun unit KERS keretanya gagal, dan tanpa KERS, keretanya tidak dapat mengekalkan prestasi yang baik itu dan akhirnya Maldonado menamatkan perlumbaan di tempat kelima.[25] Maldonado mendapat tempat kesembilan di Grand Prix Amerika Syarikat, dan kemudiannya bersara pada perlumbaan terakhir musim ini di Brazil, setelah menerima penalti sepuluh petak kedudukan pada pusingan kelayakan. 2013Pada 28 November 2012, Maldonado dikekalkan oleh pasukan Williams bagi musim 2013, dan menjadi rakan sepasukan Valtteri Bottas.[26] Pada permulaan musim ini, Maldonado mengatakan bahawa casis FW35 adalah satu langkah ke belakang, di mana pasukan berada pada tahun 2011.[27] Beliau gagal untuk melepasi Q1 pada perlumbaan pertama di Grand Prix Australia, dan mendapat tempat ke-17 pada pusingan kelayakan tersebut.[28] Rakan sepasukan baru, Bottas, memulakan perlumbaan satu petak di hadapan Maldonado. Maldonado terbabas keluar dari litar selepas pusingan ke-24 dan bersara.[29] Di perlumbaan seterusnya di Malaysia, Maldonado memasuki Q2 tetapi keadaan litar yang basah menyebabkan beliau gagal untuk menetapkan masa pusingan dan memulakan perlumbaan di tempat ke-16. Ketika Maldonado berada di tempat ke-15, masalah KERS menyebabkan beliau bersara sekali lagi.[30] Di Grand Prix Kanada, Maldonado dan Max Chilton berlanggar dan menyebabkan perlumbaan tersebut dihentikan buat sementara waktu. Maldonado tidak mengalami sebarang kecederaan. Rekod perlumbaanRingkasan kerjaya
* Musim sedang dijalankan. Keputusan lengkap GP2 Series(kunci)
Keputusan lengkap GP2 Asia Series(kunci)
Keputusan lengkap Formula Satu(kunci)
† Tidak menamatkan perlumbaan, namun diklasifikasikan kerana melengkapkan 90% jarak perlumbaan. Kehidupan peribadiMaldonado ialah seorang tokoh politik yang lantang, dan ia jarang berlaku dalam dunia sukan permotoran. Beliau menganggap dirinya sebagai seorang sosialis, dan merupakan kawan kepada mendiang presiden Venezuela, Hugo Chávez.[31] Beliau merupakan salah seorang pengawal kehormatan pada upacara pengebumian Chávez. Maldonado berkahwin dengan wartawan Venezuela, Gabriela Tarkanyi, pada 15 Disember 2012, di Canaima, Venezuela. Rujukan
Pautan luar
|