Grand Prix British 2013 (nama rasmi: 2013 Formula 1 Santander British Grand Prix)[1] ialah sebuah perlumbaan bermotor Formula Satu yang berlangsung pada 30 Jun 2013 di Litar Silverstone di Silverstone dan Buckinghamshire, United Kingdom.[2] Ia merupakan perlumbaan ke-8 dalam kalendar Formula Satu musim 2013, dan merupakan Grand Prix British yang ke-68.
Lewis Hamilton mendapat petak pertama, di hadapan rakan sepasukan, Nico Rosberg, dan pendahulu Kejuaraan Dunia, Sebastian Vettel, memulakan perlumbaan di tempat ketiga. Rosberg memenangi perlumbaan ini di hadapan Mark Webber dan Fernando Alonso.[3][4] Perlumbaan ini telah dicemari oleh beberapa insiden tayar meletup. Tayar kereta Hamilton, bersama-sama dengan Felipe Massa, Jean-Éric Vergne dan Sergio Pérez meletup dalam perlumbaan di bahagian tayar kiri belakang, manakala tayar bahagian kiri hadapan kereta Esteban Gutiérrez meletup, dan bahagian tayar kanan belakang kereta Alonso kempis sebelum melakukan perhentian pitnya.[5] Vettel pula mengalami masalah kotak gear ketika mendahului perlumbaan.[6]
120,000 orang hadir untuk menonton perlumbaan ini, dan ia merupakan jumlah ketiga tertinggi untuk acara tersebut.[7]
Klasifikasi
Kelayakan
Nota:
- ↑1 — Paul di Resta dikecualikan selepas keretanya tidak mengikut berat yang ditetapkan. Beliau memulakan perlumbaan di tempat ke-21.[9]
- ↑2 — Giedo van der Garde diberikan penalti lima-petak kedudukan kerana menyebabkan perlanggaran yang boleh dielakkan dengan Nico Hülkenberg pada perlumbaan sebelumnya.[10] Beliau kemudiannya diberikan penalti kedua kerana menukar kotak gear, dan ia menyebabkan beliau memulakan perlumbaan di tempat ke-22 dan terakhir.[11]
Perlumbaan
Kedudukan kejuaraan selepas perlumbaan
- Kedudukan Kejuaraan Pemandu
|
- Kedudukan Kejuaraan Pemandu
|
- Nota: Hanya lima kedudukan teratas dimasukkan dalam senarai.
Rujukan
Pautan luar