Grand Prix Abu Dhabi 2012 (nama rasmi: 2012 Formula 1 Etihad Airways Abu Dhabi Grand Prix)[2] ialah sebuah perlumbaan bermotor Formula Satu yang diadakan di Litar Yas Marina di Pulau Yas, di Emiriah Arab Bersatu. Perlumbaan ini diadakan pada 4 November 2012, dan merupakan perlumbaan yang ke-18 dalam musim 2012[3], dan merupakan Grand Prix Abu Dhabi yang keempat.
Perlumbaan ini dimenangi oleh Kimi Räikkönen, dari Lotus, selepas Lewis Hamilton bersara ketika mendahului perlumbaan. Ia merupakan kemenangan yang pertamanya sejak beliau kembali ke Formula Satu. Fernando Alonso mendapat tempat kedua, dan pendahulu Kejuaraan Pemandu Dunia, Sebastian Vettel, yang bermula dari lorong pit, mendapat tempat ketiga.
↑1 — Sebastian Vettel, yang menetapkan masa pusingan 1:41.073 pada Q3 dan sepatutnya bermula dari tempat ketiga, telah disingkirkan daripada keputusan kelayakannya kerana tidak mempunyai bahan api yang secukupnya untuk kembali ke pit. Bagaimanapun, steward perlumbaan membenarkannya untuk memulakan perlumbaan dari lorong pit.[5]